Monday, August 29, 2011

Ziarah Makam DiPetang Aidilfitri

29.08.2011, Isnin - Petang tadi Syah dan anak saudara Syah Haziq ke Tanah Perkuburan Islam batu 40 untuk ziarah makan nenda-nenda dan bonda saudara syah Memang menjadi kebiasaan Syah setiap tahun pada petang menjelang hari raya Syah akan ke makam nenda-nenda syah iaitu Almarhum Ahmad Al-Haj, Almarhumah-Almarhumah Maharum Al-Hajjah, Sadu Al-Hajjah dan Che Zan Al-Hajjah untuk mengantikan kain pelapik nesan dan membersihkan makam-makam berkenaan. Biasanya kalau Syah pergi petang hari raya, esoknya kalau ada kesempatan Syah akan datang semula kesini. Hari nie my brother, Razak yang hantar kami ke makam dan selepas selesai dia ambil kami semula. Balik dari makam Syah mandi dan penat betul rasanya badan-badan Syah walhal bukannya buat kerja berat kat makam tadi. Tahun nie mungkin Syah tak dapat ziarah makam bonda Syah di Tanah Perkuburan DiRaja Kampung Kota kerana waktu Syah singkat kat kampung, lagipun tahun nie Syah balik tak bawa kereta. Hanya doa sahajalah yang Syah dapat panjatkan untuk Almarhumah Bonda Soadah @ Sokdah Al-Hajjah.

Al-Fatihah kepada Ahmad Al-Haj, Almarhumah Maharum Al-Hajjah, Almarhumah Sadu Al-Hajjah, Che Zan Al-Hajjah dan Soadah @ Sokdah Al-Hajjah semuga Almarhum dan Almarhumah Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Soleh. AMIN.

No comments: