Tuesday, August 23, 2011

Sultan Kedah Bertitah Supaya Golongan Asnaf Miskin Berusaha Memajukan Diri Sendiri

23.08.2011, Selasa - Semalam Sultan Kedah telah merasmikan Pusat Haemodialisis Zakat Kedah dan Pusat Kemahiran Jahitan Zakat bertempat di Menara Zakat, Alor Star, Kedah. Tuanku juga telah berkenan mengagihkan zakat kepada golongan asnaf miskin yang telah dikenalpasti. Semalam juga baginda telah menyempurnakan penyerahan zakat kepada Kolej Universiti Insaniah (RM1.1 juta), Sekolah Menengah (Arab) Yayasan Khairah, Baling (RM500,000.00), Pusat Pendidikan Al-Islah, Sungai Petani (RM300,000.00) dan Sekolah Akademi Islam Abdullah Suboh, Sungai Petani (RM139,000.00)
Dalam titahnya baginda memaklumkan bahawa Zakat merupakan tunjang dalam pembangunan ekonomi dan taraf hidup masyarakat sesebuah Negara dimana ianya akan dapat membantu golongan asnaf menjalani kehidupan dengan lebih sempurna. Walau bagaimanapun, baginda mahukan golongan asnaf miskin berusaha memajukan diri sendiri serta keluarga dan seterusnya menjadi pembayar zakat pula dimasa hadapan.
Baginda juga menyarankan agar syarikat-syarikat korporat diberi inisiatif perlepasan cukai bagi membolehkan mereka memberi sumbangan yang lebih terhadap bayaran zakat. Semalam juga baginda telah menerima pembayaran zakat daripada Syarikat Air Darul Aman (sada) sebanyak RM600,000.00,

4 comments:

Amirul Farid Abdullah said...

Syah... Tahun ni tak hantar kad raya dekat Sultan ke ?

tengkusyah said...

Saya busy dengan kerja, tak sempat nampaknya tahun nie

Amirul Farid Abdullah said...

Ohh...tahun ni sy sempat juga hntr kpd beberapa sultan termasuk Tuanku Muhriz.Mcm mana nak hntar kad pd Sultan Brunei? Boleh pos mcm pos surat dlm negara letak setem atau ada cara lain?

tengkusyah said...

Untuk Sultan Brunei boleh hantar ke Pesuruhjaya Tinggi Brunei di Malaysia atau
Hantar terus ke Istana Nurul Iman, Brunei Darussalam tetapi kena timbang dulu sebab harga stem tak sama dengan penghantaran dalam negara.`