Sunday, August 28, 2011

Raja Puan Muda Perlis Dilantik Semula Sebagai Pro Canselor UniMAP

28.08.2011, Ahad - Universiti Malaysia Perlis atau UniMAP dalam kenyataannya rasminya hari ini memaklumkan bahawa Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil akan dilantik semula sebagai Pro Canselor UniMAP. Perlantikan semula ini berkuatkuasa mulai 13.12.2011 sehingga 12.12.2016 untuk tempoh lima tahun lagi. Perlantikan semula ini telah dicadangkan oleh Senat Universiti dan diperakukan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta mendapat perkenan Raja Muda Perlis yang juga merupakan Canselor UniMAP. Menurut Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Husin, Pro Canselor akan memegang jawatan berkenaan selama tempoh yang diperkenankan oleh Canselor. Menurut beliau lagi Pro Canselor berperanan mewakili Canselor mempengerusikan Istiadat Konvokesyen atau menghadiri mana-mana majlis rasmi atas jemputan universiti.

Tahniah Syah ucapkan kepada Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil diatas perlantikan semula sebagai Pro Canselor UniMAP.

No comments: