Monday, August 22, 2011

Raja Muda Perlis Minta Masyarakat Selidik Pusat Tuisyen Sebelum Menghantar Anak Mereka Belajar di Pusat berkenaan.

22.09.2011, Isnin - Semalam Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan menghadiri majlis berbuka puasa Jabatan Pelajaran Perlis yang diadakan di Komplek Warisan, Kangar, Perlis. Tuanku yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam titahnya menyarankan agar ibu bapa menyelidiki latarbelakang sesebuah pusat tuisyen sebelum menghantar anak mereka belajar bagi mengelakkan tiada agenda tersembunyi yang menimbulkan masalah atau kecurigaan agama.

Kenyataan ini berikutan insiden sebuah pusat tuisyen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur yang didakwa menyebarkan agam Kristian kepada pelajar termasuk pelajar yang beragam Islam yang menimba ilmu di tempat itu. Turut mengiringi Tuanku adalah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Yazid Mat serta Pengarah Pelajaran Perlis, Don Kasa.

No comments: