Thursday, August 25, 2011

OKU Mangkat Dilanggar Kereta

25.08.2011, Khamis - Seorang lelaki OKU, Raja Aris bin Raja Mat berusia 54 tahun mangkat petang tadi akibat dilanggar oleh sebuah kereta ketika Almarhum dalam perjalanan ke Pasar Ramadhan untuk membelikan makanan ayahandanya yang sedang uzur. Menurut penduduk setempat memang menjadi rutin seharian Almarhum dari Kampung Kubur, Kuala Terengganu membelikan juadah berbuka puasa untuk ayahandanya. Almarhum mangkat ditempat kejadian dan dibawa ke Hospital Tuanku Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk bedah siasat. Almarhum telah dilanggar oleh sebuah kereta Myvi pelajar UiTM Perlis yang dalam perjalanan pulang ke kampung untuk bercuti sempena Hari Raya. Pemandu mengaku berada dalam keadaan mengantuk dan telah terbabas kebahu jalan lalu melanggar mangsa. Kereta berkenaan kini ditahan di IPD Terengganu.

Al-Fatihah kepada Almarhum Raja Aris bin Raja Mat Semuga Rohnya Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. Amin.

No comments: