Saturday, August 20, 2011

Makam Baru Almarhum Tun Sardon bin Haji Jubir


20.08.2011, Sabtu - Kedua-dua makam diatas dan dibawah merupakan makam individu yang sama dimana gambar diatas adalah makam sebelum diubahsuai dan dibawah selepas pengubahsuaian baru-baru ini. Gambar ini Syah rakamkan semalam sewaktu ziarah ke Makam Pahlawan sebelum menunaikan Solat Jumaat. Makam ini adalah kepunyaan Almarhum Tun Datuk Haji Sardon bin Haji Jubir yang merupakan bekas Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang (1975 - 1981). Makam lamanya diperbuat daripada batu mamar manakala yang baru dibuat daripada batu granite kelabu.

Almarhum dilahirkan pada 19.03.1917 dan mangkat pada 14.12.1985 dalam usia 79 tahun. Anak jati kelahiran Rengit, Johor ini berkahwin dengan Toh Puan Hajjah Saadiah pada 1944 dan telah dikurniakan dengan tiga orang anak lelaki dan dua orang anak angkat perempuan. Antara perkhidmatan Almarhum dalam kerajaan adalah sebagai Menteri Kerjaraya dan Komunikasi pada tahun 1971-1975. Pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO -1948, Ketua Pemuda UMNO - 1951, Menteri Kerjaraya, Telekom & Pos -1957, Menteri Pengangkutan - 1959 - 1968, Timbalan Presiden UMNO - 1967, Menteri Kesihatan - 1969, Menteri Pengangkutan - 1972-1974, Menteri Komunikasi - 1972 dan Wakil Tetap Malaysia Di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) - 1974.


No comments: