Thursday, August 4, 2011

Ke TNB Jalan Bangsar Bayar Bill Elektrik

04.08.2011, Khamis - Cepat benar masa berlalu tanpa kita sedari sudah masuk hari keempat kita berpuasa hari ini. Tengahari tadi Muss call Syah inform mengenai bill Elektrik bulan nie untuk KL Residence berjumlah RM129.46 dan ada outstanding untuk bulan lepas sebanyak RM129.20. Jumlah keseluruhan RM258.65 setelah ditolak penggenapan RM0.01. Muss minta Syah bayarkan bill Elektrik tu. So selepas Syah siapkan payment untuk SL1M, jam 14:55 Syah minta kebenaran dengan my boss Dik Nor untuk ke Tenagan Nasional di Jalan Bangsar berhampiran Pusat Perubatan Pantai. Syah jalan kaki jer sebab kat situ sahaja boleh guna kad kredit. Tak lah jauh sangat jalan kaki 15 minit kot tapi kena naik bukit dan lintas jalan utama. Sampai jer ada 10 number lagi dihadapan Syah lalu Syah terlelap seketika dan bangun jer Syah nampak nombor 319 di skrin dan terus Syah ke kaunter. Syah nampak ada seorang lelaki menuju ke kaunter tu, mungkin dia ingat nombor tu tak ada orang.

Kerani kaunter tergelak tengok Syah dan Syah kata tertidur tadi. Kerani tu siap tanya pasal Menara TM ada tak kaunter bayaran telefon dan Syah kata ada TM Point dalam Menara TM tue. Syan bayar RM258.65 untuk bill KL Residence dan RM45.45 untuk Rawang Residence. Actually selepas ambil nombor giliran tadi Syah minta kaunter pertanyaan printkan bil terbaru Rawang Residence. Manalah bil elektrik KL Residence tak tinggi kerana kadangkala aircond dalam bilik buka tapi orangnya keluar dan yang ada dalam tu kucing. Heheheh lawak betul mereka nie kan? By the way Muss............... I dah edit dah entry yang kita bincangkan tadi tu.

No comments: