Wednesday, July 6, 2011

Upacara Pengibaran Bendera Kebangsaan Brunei Darussalam di kawasan lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri bersama jemputan khas menyaksikan upacara menaikkan bendera besar.

06.07.2011, Rabu - 15 Julai 2011 merupakan tarikh yang dinanti-nantikan oleh warga Brunei Darussalam kerana iannya merupakan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 65 dan akan diadakan secara besar-besaran dan ianya sangat signifikan dengn rakyat Brunei. Pada 01.07.2011 lepas, Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan telah mengadakan upacara pengibaran Bendera di kawasan lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah sebagai tanda bermulannya sambutan Hari Keputeraan Tuanku Sultan.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang juga merupakan pengerusi jawatankuasa berkenaan, YB Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman menghadiri majlis ini. Turut serta menyaksikannya adalah Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Haji Md Yussof. Turut memeriahkan majlis adalah ahli Jawatankuasa Kebangsaan, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, ketua jabatan, penghulu, ketua kampung dan orang ramai.

Majlis dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat sebelum sepasukan terdiri 65 pembawa Bendera Negara memasuki kawasan menaikkan bendera besar. Diantara yang terlibat adalah anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan Jabatan Penjara dengan diiringi Pancaragam Pasukan Polis Diraja Brunei. Seterusnya, pasukan pengibaran yang terdiri daripada anggota Tentera Laut Diraja Brunei bergerak masuk dengan diiringi pancaragam.

Setelah itu, penerimaan dan penyerahan Bendera Besar Brunei disempurnakan oleh YB Pehin Menteri untuk dinaikkan dan dikibarkan diikuti nanyian koir lagu Kebangsaan Brunei oleh kumpulan koir dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan disertai beberapa kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan diiringi Pasukan Pancaragam Polis Diraja Brunei. Selepas itu mereka mendendangkan lagu "Bendera Negara" dan "Rahmat" oleh kumpulan koir DBP dengan diiringi pasukan pancaragam.

YB Pehin Menteri kemudian menyempurnakan penyerahan Bendera Negara berukuran 1.8 meter x 3.7 meter kepada Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Pegawai Daerah Daerah Belait, Pemangku Pegawai Daerah Tutong dan Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Bendera gergasi itu kemudian dinaikkan tinggi dan dikibarkan dengan megahnya di ibu negara sebagai lambang kedaulatan raja dan negara.

No comments: