Wednesday, July 6, 2011

Ada Orang kata Macam Belanda Dapat Tanah

06.07.2011, Rabu - Gambar apa tu yer? Cubical secretary GM yang baru berpindah dari Aras 13 ke 14 . Actually tak ada yang peliknya mengenai cubical nie tetapi yang jadi bualan dan umpatan hangat di Aras 14 adalah kerana secretary tu letakkan drawer putih disebelah kiri tu. Dulu tempat tu laluan kami dan sebelum nie boss dan secretary sebelum ini yang duduk situ tak tutuppun. Dia baru tak sampai seminggu dan tutup jalan tu. Tak tahulah arahan boss dia ker atau kreativiti dia sendiri. Mungkin dia ada alasan tersendiri untuk menjaga urusan-urusan Private and Confidential. Tapi entahlah nak cakap lebih-lebih nanti kena tindakan plak? Adalah suara-suara yang tak puas hati kata "Macam Belanda Dapat Tanah".

Pada zaman dulu Raja Melaka telah menjualkan tapak tanah untuk Belanda berdagang, seluas kulit lembu yang sudah kering. Memang melucukan permintaan pedagang Belanda ketika itu kerana Sultan sendiri terfikir eloklah diberikan sahaja tanah sebidang itu secara percuma. Dalam benak raja Melayu dan pegawai istana ketika itu pedagang Belanda yang datang sudah sewel. Bagaimana mahu membuat tapak niaga sebesar kulit lembu? Tetapi, apabila perjanjian sudah dipersetujui, pedagang Belanda pun menghiris kulit itu menjadi tali dan tali itu pun diregang untuk dijadikan ukuran kawasan tanah yang diperlukan. Tanah tu lebih besar dari kulit lembu tu rupanya. Itulah kawasan 'Stadthuys' yang merupakan warisan sejarah Belanda di Tanah Melayu sekarang nie. Dari sinilah perumpamaan "Macam Belanda Dapat Tanah tu wujud. So Lu Fikirlah Sendiri .......... hehehehhe

Sebelum niepun secretary tu ada buat hal dengan secretary lama tu. Arahan pindah 01.07.2011 dan dia sebelum tarikh tu dah naik bawa barang dan tanya secretary lama tu mengapa tak pindah lagi. Sampai tension Syah tengok budak tu kerana terpaksa tergesa-gesa berkemas kerana dia dah longgokkan barang-barang dia depan cubical tu. bila Syah tanya somebody kat bahagian dia, orang tu kata big boss turun bawah tanya bila nak pindah sebab tu mereka naik keatas sebelum waktunya. Sebelum tu masa dia tarik drawer tu, Ita one of our executive lalu kat situ terus dia cakap "lepas nie tak boleh lalu sini lagi" Ita ingat dia berguruau dan say something tetapi dia buat tak tahu jer dengan muka seriouse.

Hari Selasa lepas tak silap Syah dia ada datang kat Syah dan tanya siapa boleh buat scan dokumen tetapi caranya bercakap bukan macam minta tolong tetapi beri arahan. Dia sepatutnya minta kami ajarkan dia macam mana nak scan bukannya suruh orang sebab lain kali kalau boss dia suruh scan mesti dia suruh kita buatkan. Cubalah belajar dan buat sendiri sebab tu kan kerja awak. Syah pula busy dan tension ngan urusan payment dan masalah vendor yang tak faham-faham mengenai E-Invoicing, terus syah kata kat dia kalau nak suruh saya buat nanti dulu sebab nak selesaikan kerja dan dia kata bila, Syah kata jam 12:00. Dia buat muka dan membebel. Angin satu badan terus syah cakap kat dia " Kalau nak Cepat Cari Orang Lain Tolong".

No comments: