Monday, June 13, 2011

Temankan Issyaz Tempah Dress dan Beli Boutique Stim Iron

Arip nampak letih hari nie kerana katanya kerja ditempat dia buat latihan industri tu agak banyak hari nie.

13.06.2011, Isnin - Hari ini Syah temankan Azrin dan Arip buat tempahan baju untuk Issyaz Wedding Enterprise di Selayang. Dari office Syah tunggu Arip di Platform atas KL Sentral dan sama-sama turun di Last station Melati dan Azrin tunggu kami disana. Dari Melati ke Selayang sebab Arip dan Azrin hendak hantar kain yang mereka beli Ahad lepas untuk dibuat baju raja sehari. Hari nie Syah puasa dan geli hati pal Syah kerana dalam train tadi Aip makan gula-gula dan dia beri Syah satu dan Syah terus masukkan dalam mulut dan tiba-tiba baru teringat Syah puasa lalu Syah luihkannya. Sampai Melati Syah beli buah, bun ikan bilis dua dan mineral untuk stanbby buka puasa. Sampai kedai tu sudah hampir masuk waktu Maghrib. Syah sama-sama lihat Arip dan Azrin deal dengan Makcik tailor tu dan macam seronok plak kerja yang mereka buat nie. Makcik yang buat dress nie memang friendly dengan semua orang termasuklan Syah yang dia baru kenal. Masa kat kedai ni sudah masuk Maghrib dan Syah berbuka dengan makan suppliment lutut tu dulu kemudian makan bun tadi. Setelah selesai kami balik ke Rawang untuk cari Boutique Stim Iron.

Mula-mula ke Seng Heng, habis stock, ke Tesco pula hanya ada display item. lalu Syah cadangkan mereka ke kedai elektrik seberang jalan berhadapan Seng Heng. Mula-mula kami tanya benda tu dia kata sudah habis, tiba-tiba kata ada pula dan memang banyak stocknya - Jenama Philips. Kat sini dapat harga murah sedikit RM410.00 dan siap bagi FOC tempat gantung baju lagi. kalau tempat lain kena beli. Itulah rezeki mereka namanya kan. Terlepaslah juga hajat Arip nak beli dan dapatkan alat tu dalam minggu nie juga.

Masa balik, ingat nak makan di gerai berhampiran Rawang Residence Syah tetapi tutup dan Syah inform mereka yang Syah makan kat rumah dan buat meggi dan sandwich jer. Azrin dan Arip ajak makan rumah mereka kerana Kak Cik buat Ikan Bakar dan Syah kata tak apalah.... Mereka hantar Syah sampai depan rumah.

No comments: