Thursday, June 30, 2011

Harta Karun DiJumpai Dalam Stor Istana Hanuman Dhoka

Hanuman Dhoka Palace, Kathmandu, Nepal

30.06.2011, Khamis - Kerajaan Nepal pada Selasa lepas bersamaan 27.06.2011 memaklumkan bahawa para pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian bekas Istana Rasmi Raja Nepal, Hanuman Dhoka Palace telah menjumpai sejumlah besar barang-barang perhiasan dan duit siling yang diperbuat daripada emas dan perak. Sebanyak tiga peti harta karun telah dijumpai dalam keadaan berselerak didalam salah sebuah stor di Istana yang dibina pada abad ke-16 itu. Istana ini telah diwartakan sebagai salah satu Warisan Dunia UNESCO. Berat barangan yang dijumpai itu dipercayai seberat 300 kilogram.

Istana Hanuman Dhoka ini dibina oleh Pemerintah Malla yang yang telah dikalahkan oleh Prithvi Narayan Shah, Pengasas Kerajaan Nepal pada 1768. Namanya diambil sempena nama Hanuman yang merupakan Dewa Monyet Agama Hindu. Sebelum sistem beraja dimansuhkan pada 2008 lepas oleh pemberontak maiost , Istana ini merupakan Istana rasmi Raja Nepal dan tempat pertabalan raja-raja Nepal. Proses ubahsuai bermula pada April lepas dan dijangka berakhir September ini. Kini Istana ini dijadikan Muzium.

Buat masa ini hanya sebuah peti sahaja yang telah dibuka. Duit siling dan perhiasan yang dijumpai ini dipercayai merupakan persembahan kepada dewa-dewa dan dewi-dewi agama Hindu. Mengikut nilai pasaran sekarang harta karun ini dianggarkan bernilai 17.5 Juta Rupee. Dua buah peti harta karun yang dijumpai akan dibuka dalam minggu ini. Raja terakhir Nepal, King Gyanendra dan keluarganya telah meninggalkan Istana ini selepas kerajaan beraja dimansuhkan. Gyanendra menaiki tahta Nepal berikutan kemangkatan kekandannya dan kerbat Diraja lain dalam trajedi amuk Putera Mahkota Dipendra pada 2001 yang menembak sembilan orang kerabat diraja termasuk Raja dan Permaisuri Nepal, King Birendra dan Queen Aishwari sebelum menembak dirinya sendiri.

No comments: