Tuesday, May 17, 2011

Raja Muda Perak Hadiri Majlis Penutup Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011

Mufti Kerajaan Negeri Perak menyerahkan resolusi muzakarah kepada Menteri Besar Perak sambil disaksikan oleh Raja Muda Perak - Gambar dari Bernama

17.05.2011, Selasa - Hari ini Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan menghadiri majlis penutup Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011 di Ipoh, Perak. Muzakarah tiga hari ini bertajuk Kepelbagaian Aliran Pemikiran dan Ajaran di Malaysia : Menepati atau Menyanggahi Aqidah Ahli Sunah Wal Jamaah. Muzakarah diadakan sempena sambutan ulangtahun keputeraan Sultan Perak ke-83. Turut hadir dalam majlis ini adalah Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Haji Harussani Zakaria dan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir.

No comments: