Thursday, April 14, 2011

Sultan Johor Terima Zakat Perniagaan RM4.5 Juta bagi tahun 2010 Bagi Pihak MAIJ

22.04.2011, Jumaat - Hari ini Sultan Johor, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah menerima pembayaran zakat perniagaan bagi pihak Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dalam satu majlis yang diadakan di Istana Besar Johor Baharu. Zakat perniagaan berkenaan adalah bagi tahun 2010 diterima daripada Bank rakyat diserahkan oleh anggota lembaga pengarah Bank Rakyat, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berjumlah RM2,305,743 manakala daripada Tenaga Nasional Berhad berjumlah Rm2,222,733.87 disampaikan oleh Pengurus Besar TNB Johor, Datuk Aminuddin Mohd Amin.

Turut serta dalam majlis ini adalah Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Dato' Abdul Rahim Ramli, Penasihat MAIJ, Dato' Nooh Gadut, Mufti Johor, Dato' Mohd Tahrir Samsudin, anggota-anggota exco kerajaan negeri johor dan pegawai kanan kerajaan.

No comments: