Sunday, April 24, 2011

Sultan Brunei Menghadiri Majlis Bersama Rakyat Brunei Di London

Sessi Ramah Mesra diantara Sultan Brunei dan Rakyat Brunei di United Kingdon dan Irlend Utara di Hotel Hilton Park On Lane, London

02.05.2011, Isnin -Semalam KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha yang masih berada diLondon sempena Istiadat Perkahwinan Duke and Duchess of Cambridge telah berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di United Kingdom dan Northern Ireland. Tetamu-tetamu pada malam ini terdiri daripada penuntut-penuntut, pegawai pegawai kerajaan yang bertugas, berkursus dan dalam percutian bersama keluarga. Majlis diadakan Hotel Hilton Park On Lane, London.

Keberangkatan tiba baginda di sambut oleh TYT Awang Haji Mohd Aziyan bin Abdullah, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom. Majlis dimulai dengan doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Abdul Aziz bin Juned. Sembah alu-aluan disampaikan oleh wakil penuntut, Dayang Nur Amirah Izzati binti Mohd Noor, Yang Di-Pertua Persatuan Penuntut Penuntut Negara Brunei Darussalam di United Kingdom dan Northern Ireland (Brunei Student Union). Baginda Sultan seterusnya telah berkenan menyampaikan titah nasihat kepada para tetamu yang hadir.

Selepas bertitah, baginda berdua telah mencemar duli untuk menerima cenderahati daripada Penuntut-Penuntut Negara Brunei Darussalam di United Kingdom dan Northern Ireland (Brunei Student Union). Kemudiannya kedua baginda telah dihiburkan dengan Lagu Patriotik dari Penuntut-Penuntut Brunei di Hull (Bru Hull). Setelah selesai persembahan baginda berdua telah mencemar duli untuk beramah mesra dengan para tetamu.

Turut serta dalam majlis ini adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah dan kerabat diraja yang lain.

No comments: