Saturday, April 23, 2011

Ke KL International Book Fair dan Beli Buku Raja Bilah and The Mandailings in Perak : 1875-1911

Syah dan Abdur-Razzaq Lubis, penulis bulku Raja Bilah and The Mandailings in Perak : 1875-1911.

01.05.2011, Ahad - Petang tadi akhirnya Syah keluar juga selepas Solat Zohor. Tetiba Syah teringat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang Ke-30 di PWTC yang Syah pergi dengan Tunku Shah pada 24.04.2011 lepas. Pesta buku ini bermula 22 April dan hari ini adalah hari terakhir. Ianya dibuka bermula jam 10:00hrs dan ditutup jam 21:00hrs. Saja jalan-jalan tiba-tiba terlihat buku Raja Bilah and The Mandailings in Perak : 1875-1911. Hari ini mereka offer dan hargannya RM50.00 sahaja. Syah bertuah pada hari ini kerana penulisnya Abdur-Razzaq Lubis ada pada waktu itu. Terus Syah minta di autograph buku yang Syah beli tu. Dia Malaysian dan menetap di Pulau Pinang tetapi lengok percakapannya seperti Indonesian. Syah tanya mengapa dan jawapnya dia berketurunan Sumetera.

Syah juga beli Kamus Bahasa Malaysia-Ingeris Dewan Bahasa dan Pustaka dengan harga RM24.00 dan harga asalnya RM60.00 dan Syah juga beli buku Syeikh Abdullah Fahim - Tokoh Intelek Melayu dan Perjuangan Kemerdekaan dengan harga RM4.00 dan asal harganya RM5.00. Ingatkan hendak balik jam 17:00hrs tetapi hujan lebat dan hampir jam 19:00 Syah redah jer dan basah sedikit dan untung ada jalan berbumbung dari Perhentian Bas Putra ke KTM Putra. Ingatkan sudah lambat dan alamat naik teksilah jawabnya. Sampai KTM Rawang 10minit sebelum jam 20:30hrs dan terus Syah ke bas stop untuk kejar last bus. Sampai bus stop bas tak sampai lagi rupannya dan Syah ketandas. Biasannya toilet dah tutup waktu begini tetapi hari ini buka lagi plak dia. Hampir jam 20:30hrs baru bas datang.

Kalau lambat tadi ingatkan hendak makan di Pekan Rawang dan naik teksi balik rumah tapi sempat rupannya dan Syah tak jadi makan dan balik rumah terus sebab naik bas RM1.00 tetapi teksi RM10.00. Sampai jer Rawang Residence, jumpa Arip kat luar rumah Azrin dan dia hantar Syah balik guna payung sebab dia nampak Syah tutup kepala dengan suratkhabar. Lepas mandi dan solat Syah call Azrin ingat nak ajak dia makan digerai Taman sebelah tetapi dia dan Arip dah kat luar. So Syah buat Mee Segera jer sebab nak makan ubat. Ok hingga berjumpa lagi dilain entry...............

No comments: