Monday, March 21, 2011

YMM Tengku Ampuan Bariah Mangkat

21.03.2011, Isnin - Dukacita dimaklumkan bahawa YMM Tengku Ampuan Bariah telah disahkan mangkat pagi tadi lebih kurang jam 01:30hrs di Hospital Seri Kota, Bandar Diraja Kelang, Selangor. Almarhumah mangkat dinegeri kelahirannya sendiri. Patutlah malam tadi Syah tak boleh tidur dan jam 02:45hrs baru Syah terlena, rupa-rupanya ada perkara seperti ini berlaku. Setakat yang Syah tahu, Almarhumah dikatakan menghadiri satu majlis di sebuah hotel malam tadi dan terjatuh ditempat kejadian. Almarhumah mangkat dalam perjalanan ke hospital.

Sekarang jenazah berada di Lapangan Terbang TUDM untuk dihantar ke Kuala Terengganu dan dijangka akan tiba pada jam 10:45hrs. Jenazah akan disemayamkan di Istana Maziah sebelum dimakamkan mengikut adat istiadat diraja Terengganu didalam Makam Diraja Masjid Al-Muktafibillah, Ladang, Kuala Terengganu. Dimakan yang sama juga menempatkan Almarhum Paduka Suami Almarhumah iaitu Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah.

Almarhumah merupakan Bonda Tiri kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Almarhumah merupakan Mantan Tengku Ampuan Besar Terengganu. Bonda Tuanku Mizan adalah isteri kedua Almarhum Sultan Mahmud iaitu YTM Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Alsagoff. Almarhumah tidak dikurniakan sebarang cahayamata. Almarhumah juga merupakan bonda saudara kepada Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Sepatutnya Almarhumah dimakamkan di Makan Diraja Selangor, Bandar Diraja Klang kerana memang telah disediakan tempat Almarhumah di Bangunan yang menempatkan Makam Tengku Ampuan dimana setiap kerabat diraja Selangor yang mendapat gelaran Tengku Ampuan/Raja Perempuan dinegeri/negara lain dimakankan dibangunan ini. Walaupun bagaimanapun atas permintaan pihak tertentu Almarhumah dimakamkan di Terengganu.

Al-Fatihah kepada Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah semuga Roh Almarhumah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. AMIN.

3 comments:

Putra Blog said...

Alfatihah....moga Tuanku ditempatkan dikalangan para solihin.

tengkusyah said...

AMIN

Senyum Kambing said...

http://www.facebook.com/pages/Her-Royal-Highness-Yang-Maha-Mulia-Tengku-Ampuan-Bariah/179896285468404?ref=hl

Info dan gambar terbaru Almarhumah DYMM TENGKU AMPUAN BARIAH. Mari kita sama-sama click "like" :)