Thursday, February 3, 2011

YB dihadap Ke Mahkamah Gara-Gara Didakwa Menghina Sultan Selangor

Gara-gara salah satu entry dalam blog Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, YB Shuhaimi Shafiei pada 30.12.2010 yang didakwa mempertikaikan keputusan DYMM Sultan Selangor memperkenankan perlantikan SUK Selangor yang baru, Dato' Mohd Khusrin Munawi telah membawa padah kepada YB berkenaan apabila beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Shah Alam Isnin depan. Pertuduhan terhadap YB adalah dibawah seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan. Hari ini Shuhaimi telah telah menyerah diri di IPD Shah Alam untuk diambil keterangan dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis. Walau bagaimanapun YB dalam kenyataannya memaklumkan bahawa beliau menafikannya entry berkenaan untuk menghasut rakyaat dan menghina Sultan.

No comments: