Friday, December 31, 2010

Breakfast @ Para-Para Cafe, JB Grand Paragon - 31.12.2010



Jam 07:30hrs Muss sudah keluar kerana ada audit di Kilang Sawit Kulai di Felda Taib Andak berhampiran kawasan rumah keluarga Mawi (Bekas Peserta AF 3). Selepas mandi Syah dan Cd ke Pari-Pari Cafe untuk breakfast. Macam biasa breakfast bermula seawal 06:30hrs hingga jam 10:00hrs. Memang banyak dan puas makan kerana pihak hotel menyediakan pelbagai pilihan untuk sarapan pagi disini dari western food hingga ke menu tempatan. Kami lepak-lepak disini hingga jam 10:30hrs sambil melayari facebook untuk update saudara mara dan sahabat mengenai aktiviti Syah. Untuk melihat photo-photo breakfast Syah sila ke Photo Album Syah di FB dengan click button berikut :-


Selepas Mamam dengan banyaknya dipagi hari, Syah melawat kolam renang untuk mengambil gambar Cd dan kemudiannya Syah lepak-lepak di Gym @ Level 11th, Grand Paragon Hotel untuk buat exercise ringan Almaklumlah banyak sangat bank in pagi nie. Adalah berlari-lari anak sekejap. Gambar kat atas tu saja jer .............. untuk mengimbau kenangan lama sewaktu Syah jadi pelanggan tetap Gym di Legend Hotel. Sekarang tak pergi lagi dah.

Gambar-gambar Syah di Gym. Sila click

Dinner @ Pusat Penjaja Taman Seri Tebrau JB - 30.12.2010

Dari kiri, Cd, Muss dan Syah sedang bersantap (menjamu selera/makan) @ Sila Mampir

Untuk dinner malam ini Muss bawa kami untuk makan di Pusat Penjaja Taman Seri Tebrau, Johor Baharu. Kami makan di gerai Sila Mampir. Malam nie Syah makan Nasi Goreng Kampung dan Daging Masak Merah, Muss makan Nasi Putih dan Ayam Kunyit, Cd pula Nasi Putih Paprik. Kami makan kongsi dan rasa masing-masing punya makanan/lauk. Selain itu kami order Sotong Goreng, Sayu Campur dan Satay. Minum pula Syah dan Cd, Kelapa Muda dan Muss Epal Juice. Semuanya Satay RM10.00, minuman RM8.50 dan makanan RM34.50. Muss bayar air dan selebihnya Cd. Thaks U All. Selepas makan kami terus balik ke Hotel sebab esok Muss kena bertugas.

Untuk photo-photo dinner sila click :-

Thursday, December 30, 2010

Syah @ JB Today - 30.12.2010

Pagi tadi Muss service kereta di Medan Idaman dan syah tumpang sekali kerana nak buat scalling di Kelinik Gigi Azlina. Setelah selesai lebih kurang jam 11:30hrs, syah call Muss dua kali tapi tak jawab dan semasa Syah sudah separuh jalan baru Muss call dan Syah kat Syah jalan kaki balik. Sampai rumah ada aci tu panggil Syah dia ingat Syah nie anak kawan dia tapi dia tersilap. Sampai rumah Cd sedang kemas kucing dan Syah tertinggal kunci dalam kereta Muss dan Cd pula tak ada kunci. So adalah 1/2 jam Syah tunggu Muss baru balik. Tension puna ada juga. Uncle depan rumah tanya Syah tunggu rakan ker? Syah kata kunci tak ada dan dia tanya macam mana dan Syah inform dia My Brother balik sebentar lagi.


Muss @ Reception Counter, Grand Paragon Hotel, Johor Baharu


Ingatkan hendak bertolak selepas Zohor tapi Muss kata dah lewat dan gerak sekarang. Jam 12:15hrs Syah, Cd dan Muss bertolak ke Johor Baharu. On the way ke highway jumpa sebuah kereta berlanggar dengan motor didepan Kolej Tunku Abdul Rahman atau Kolej TAR. Perempauan cina (student) dan lelaki Melayu. Muss kat lelaki tu tadi bawa motor laju sangat. Tapi kira salah perempuan tulah sebab itu jalan motor tu.

Jalan memang sesak menuju Tol Sungai Besi dan kami sampai tol jam 13:50hrs. Kami singgah lunch dan solat di R&R Seremban jam 14:15hrs. Muss dan Cd makan nasi campur manakala Syah Laksa. Laksanya Yang Ado dan Syah tak makan habispun, Muss seattlekan laksa itew. Lepas tu Syah beli Kacang Rebus dan Kacang Kuda Rebus. Adalah lebih kurang satu jam kami disini dan jam 15:15hrs kami meneruskan semula perjalanan. Jam 16:20 kami singgah di satu perhentian rehat untuk buang air kecil dan tak tahu apa nama tempat tu kerana tak ada signboard. Jam 17:45 kami sekali lagi singgah di hentian rehat Kulai Jaya, kali ini dapat tanya pekerja disitu apa nama tempat tu.

Syah @ Room 1810, Grand Paragon Hotel JB

Jam 18:12hrs kami sampai Tol Skudai dan bayaran tolnya RM41.30. Selepas Tol Skudai kami masuk Tol Kempas dengan kadar bayaran RM2.10. Jam 18:45 kami sampai di Grand Paragon Hotel, No.18, Jalan Harimau, Johor Baharu. Syah dan Muss ke kaunter untuk check in manakala Cd jaga kereta. Harga bilik disini RM250.00 nett tapi dapat Government Rate RM190.00 net + Breakfast for two dan biliknya pula ada dua single bed yang besar boleh muat empat orang. Kami di JB, Insyallah hingga hari Ahad. Muss kata dia tak mahu breakfast coz jam 07:00hrs dia hendak keluar kerana ada kerja di Kilang Sawit Kulai , Jadi breakfast tu untuk Cd dan Syah. Sekarang jam 20:45hrs dan Syah sedang update blog, Cd mengambil gambar dan Muss mandi. Jap lagi hendak keluar makan dan ronda-ronda Bandar JB.

Wednesday, December 29, 2010

Rambut Baru - 29.12.2010


Petang tadi Syah ke Medan Idaman sebab hendak buat scalling gigi tapi kelinik tak available dan Syah singgah ke Plaza Idaman. Semasa di Plaza Idman, Muss cadangkan Syah gunting rambut Tattoo Hair Style. Saja nak cuba style nie dan jangan risau, rambut Syah cepat panjang dan tak sampai dua minggu hilanglah tobekan itew. Mula-mula rambut dinipiskan dan corak tu dibuat menggunakan pisau blade dimana rambut diukir dengan mencukur bahagian yang bercorak hingga menampakkan kulit kepala. Earring tu bukannya Syah bertindik tetapi Syah gunakan subang bermegnet untuk sessi fotography jer. Teknologi zaman sekarang tak payah tindik-tindik. Michael Ong (Sarawakian) yang merupakan creative stylist di Design Saloon yang mencorakkan rambut Syah ini. Saloon ini terletak di G-30 Plaza Idaman (Ground Floor). Jika berminat boleh hubungi beliau di 012 654 8004 / 013 322 2281. Jangan salah anggap pula Syah buat style nie yer? Saja suka-suka kejap nanti tumbuhlah balik rambutnya.

Tuesday, December 28, 2010

Photo-Photo Makam Dol Said, Sultan Hussien Shah, Sultan Ali, Tun Teja, Masjid Tengkera & Lain-Lain - 28.12.2010

Kepada anda semua Syah ingin berkongsi photo-photo Ziarah Syah ke Makam-Makam Sekitar Melaka dan Gambar-Gambar Sempena Lawatan Syah Ke Melaka Pada 26 - 27.12.2010 lepas. Sila ketik (click) link dibawah. Gambar-gambar berkenaan ada dalam facebook Syah dan jika anda hendak menjadi Sahabat Syah di facebook anda boleh add Syah - Tengku Sahiyar Shaari Al-Haj.

Bercuti Di Melaka 26 - 27.12.2010 - 28.12.2010

Dua hari Syah tak update blog kerana Syah ke Melaka dan tak sempat hendak update tengkusyah.blogspot.com kerana kesuntukan masa dengan aktiviti yang tidak di rancang di Melaka. Actually balik dari Ipoh pada 25.12.2010 lepas Muss ajak Syah ikut dia dan Cd ke Tampin kerana anak Chu Bit hendak bertunang dan katanya boleh ke Melaka sekali. Kami hanya bawa baju standby jika ada hotel kami stay jika tidak baliklah jawapnya al-maklum lah cuti sekolah nie. Dalam kepala Syah, kalau ke Melaka Syah hendak melawat Makam Almarhum Sultan Ali dan Sultan Hussin yang Syah sendiri tidak tahu lokasinya cuma tahu melalui internet sahaja. Apa-apapun dalam hati kata mesti minta Muss cari tempat tu. Shukur Alhamdullilah Muss ikutkan jer kerenah Syah walaupun adalah seciput masalah-masalah teknikal yang tak menjejaskan apa-apapun yang penting top up duit minyak dia dan belanja makan. Ialah bukannya senang hendak memandu, kita yang duduk niepun letih inikan pula Cd dan Muss yang gilir-gilir memandu tu. Bukan sahaja dua makam tu kami pergi tapi empat iaitu Makam Dol Said dan Tun Teja sekali disamping melawat Masjid Tengkera yang indah itew. Memang puas hati dan berbaloi Syah ke Melaka.

Upacara Menyarung Cincin Iera, Anak Chu Bit

Jam 14:00hrs kami bertolak ke Tampin, Negeri Sembilan dengan membawa sedikit bekalan makanan seperti air minuman dan meehon goreng yang Cd buat tengahari tu. Jam 15:40hrs kami sampai di Tol Alor Gajah dan disana Zul & Family sudah menunggu kami untuk sama-sama saing ke rumah Chu Bit. On the way ke Tampin Syah nampak signboard Makam Dol Said dan inform Muss nanti singgah yer............ Heheheheh. Cari punya cari akhirnya jumpa rumah Chu Bit coz Muss dah lama tak datang sini dan lupa jalan. Mak Aii besonya kawasan rumah Chu Bit yang dinamakan Desa Impian. Kami dihidangkan denganpelbagai jenis makanan seperti Pelbagai Kuih Muih Melayu, Cucur, Kambing Pangang, Pulut Kuning, Rendang, Kuih Teow Goreng Panas (digoreng masa itu juga) dan banyak lagi tak ingat Syah. Majlis bertunang approx 16:30hrs tak silap Syah dan selepas majlis kami bergambar sekejap sebelum kami balik ke distinasi masing-masing jam 17:30hrs. Cuaca memang panas hari ini.


Makam Dol Said

On the way ke Highway untuk ke Melaka Syah singgah di Makam Dol Said di dalam kawasan Masjid Taboh, Naning. Makam Dol Said berada jauh sedikit di belakang Masjid berkenaan. Dol Said merupakan Pahlawan Melayu yang terkenal. Dol Said atau Abdul Sayid dilantik sebagai Orang Kaya Seri Merah, Dato' Naning atau Penghulu Naning pada 1802 menggantikan Dato' Anjak sebagai Dato' Naning Ke-9. Inggeris menaluki Melaka daripada Belanda pada tahun 1824. Pada 1829 Gabenor Inggeris menuntuk Naning membayar cukai tahunan 1/10 daripada hasil padi mereka kepada Melaka tetapi telah ditolak oleh Dato' Dol Said. Sehubungan dengan itu, pihak Inggeris menghantar dua pasukan tentera untuk menaluki Naning iaitu pertama kali pada 1831 tetapi berundur selepas 20 hari dan kali kedia dengan 1000 orang bala tentera pada tahun 1832. Dato Dol Said dan pengikutnya menentang Inggeris secara peperangan gerila. Walau bagaimanapun Inggeris dapat menawan Taboh kali ini setelah berperang selama lima bulan. Dol Said dapat meloloskan diri daripada Inggeris tetapi kemudiannya menyerah diri pada tahun 1834 dan kemudiannya menetap di Melaka dengan diberi elaun sebanyak $100.00 sebulan oleh pihak Inggeris sehingga Dol Said meninggal duia pada 1849. Beliau dikebumikan di Taboh, Naning. Sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka Syah sempat solat Jamak Asar/Zohor di Masjid Taboh, Naning.

Muss dan Cd @ Dataran Pahlawan

Sampai Melaka agak lewat dan hampir senja. Pusing keliling cari hotel tetapi banyak yang penuh dari 5 star sampailah tak berstar. Heheheeh........maklumlah musim cuti sekolah dan ramai mengambil kesempatan ini untuk bercuti bersama keluarga. Akhirnya cari punya cari dapat Hotel Tropicaville di 7,9 & 11, Jalan PM15, Plaza Mahkota, Melaka. Masa kami sampai memang tinggal satu bilik nie sahaja dan itupun dua katil single dan harganya RM128.00. Malas nak fikir panjang ambil sahaja room tu dan besar juga biliknya dan bersih. Selepas solat kami keluar jalan-jalan di Dataran Pahlawan dan Jonker Street serta sekitar bandar Melaka dan beli sedikit jajan. Kemudiannya kami ke Pahlawan Walk jalan-jalan. Pahlawan Walk nie macam uptown dan dibuka setiap hari Jumaat hingga Ahad sahaja dari jam 17:00hrs hingga 02:00hrs tak silap Syahlah. Kami sempat makan disini, Muss dan Cd Nasi Lemak dan Nasi Goreng dan Syah Nasi Lemak. Lepas makan kami bertolak balik dan memang letih. Rehat sekejap dibilik dan terus tertido.

Mimbar Masjid Tengkera, Melaka.

Pagi 27.12.2010 Mus inform sebelum jam 12:00hrs keluar sebab nanti katanya cepat balik KL dan Syah kata kalau nak cepat balik tak payah pergi berjalan? Hehehhe So pagi ini kami sempat melawat Kota A'Farmosa dan kawasan sekitar berhampiran Dataran Taming Sari. Selepas tu Syah belanja Muss dan Cd McDonald sebagai alas perut sebab sudah hampir waktu lunch sebab kami hendak ke Tengkera mencari Makam Sultan Hussin Shah. Pusing keliling mengikut tunjuk arah jalan akhirnya kami sampai di Masjid Tengkera. Indah sungguh struktur binaan masjid berusia 130 tahun ini yang dipercayai dibina pada tahun 1780. Sampai sahaja di masjid sudah Azan Zohor dan Syah bergesas ke tandas untuk salin seluar panjang untuk solat jemaah bersama. Selepas solat, Syah mengambil gambar didalam dan luar Masjid. Selepas selesai baru Syah ke Makam Almarhum Sultan Hussin yang terletak bersebelahan Masjid ini sahaja. Masa hendak balik Muss minta ambilkan air perigi Masjid berkenaan kerana katanya Cd hendak buat mandi dan ubat. Syah inform kolah adalah tapi perigi tu mereka sudah kunci. Masa hendak ambil air kolah Masjid, Syah minta kebenaran dari seorang lelaki yang bekerja membaik pulih Masjid dan dia kata ambillah dan Syah sempat tanya air di telaga tu boleh ambil ker? Dia kata boleh dan Syah kata kunci tetapi katanya angkat sahaja penutup tu dan gayung ada didalam tempat bertutup disebelah telaga tu dan dia tunjukan dimana tempat gayung tu. Sudah rezeki Cd dan Syah ambil air telaga tu. Airnya nampak keroh tapi bila dia ambil ianya jernih. Syah masukkan dalam botol mineral water 1 Liter dan lebihnya Syah basuhkan Muka.

Makam Sultan Hussin Shah

Inilah dia Makam Almarhum Sultan Hussin Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud III. Sultan Hussin Shah juga dikenali sebagai Tengku Long atau Tengku Embong. Ayahanda baginda merupakan Sultan Empayar Johor yang melitupi Tanah Besar Johor, Pahang, Lingga. Singapura, Riau, Karimon dan kepulauan sekitarnya. Apabila ayahanda baginda mangkat, telah berlaku konspirasi dimana adinda baginda telah dilantik sebagai Sultan dimana sepatutnya baginda adalah waris yang sah untuk menggantikan ayahanda baginda. Baginda yang berada di Pahang ketika itu telah kembali ke Riau untuk menuntut haknya tetapi Baginda gagal dalam tuntutannya.


Thomas Stamford Raffles yang ingin memilik Singapura bagi Syarikat Hindia Timur Inggeris telah mengambil kesempatan ini dengan membawa Tengku Long ke Singapura dan menabalkan baginda sebagai Sultan Johor - Singapura dengan gelaran Sultan Hussin Shah. Keadaan ini menyebabkan empayar Johor terpisah dengan pulau-pulau hak Johor jatuh ketangan Belanda manakala Tanah Besar Johor kepada Temenggung. Akhirnya Singapura dimiliki oleh Inggeris dengan bayaran wang tunai $33,200.00 dan Sultan Hussin Shah menerima bayaran bulanan sebanyak $1300.00. Baginda tinggal di Singapura sehingga 1834 dan kemudiannya berpindah ke Melaka bersama keluarganya. Pada awalnya baginda bersemayam di Bandar Hilir dan kemudiannya berpindah ke Kampung Belanda dan menyewa rumah di Jalan Heeran atau sekarang dikenali sebagai Jalan Tun Tan Cheng Lock. Baginda mangkat pada bulan Disember 1835 dan dimakamkan di Kawasan Masjid Tengkera dengan penuh adat istiadat Diraja.



Makam Sultan Ali

Dari masjid Tengkera kami terus menuju jalan arah ke Muar untuk ke Umbai. Dalam perjalanan ke Umbai kami singgah di Alai untuk minum petang di gerai tepi jalan. Mus order Air Kelapa Blanded (air kelapa di blend dengan ice cream vanilla), Mus dan Cd minum Air Kelapa Muda dan kami Makan Mee Rebus (Muss dan Syah) manakala Cd makan Soto. Cd order Roti Goreng (macam chakoi tapi lain sedikit) dan Syah order Karipap Sardin RM2.00 bungkus untuk makan dalam perjalanan ke Umbai nanti.

Akhirnya kami sampai di Masjid Al Kauthar, Kampung Umbai atau juga dikenali sebagai Masjid Umbai yang terletak di tepi jalan raya sahaja. Muss parking di sekolah Ugama sebelah Masjid dan Syah ambil air sembahyang dan solat sunat sekejap sebelum ke Makam disebelah Masjid sahaja. Dari tepi jalan lagi sudah nampak makam ini didalam didalam kubah bewarna kuningg berbentuk segi lapan. Struktur binaannya diperbuat daripada Batu Mamar dan menyerupai Makam-Makam di Makam Diraja Johor.

Almarhum Sultan Ali ibni Almarhum Sultan Hussin Syah merupakan Sultan Johor - Singapura terakhir dan putera ketiga Sultan Hussin Shah dari bondanya Tengku Prabhu binti Tengku Panglima Besar Terengganu Tengku Mahmud Ibni Sultan Daud (Sultan Terengganu Ke-6). Semasa pemerintahan baginda, baginda dan Temenggung Ibrahim telah bersaing bagi mengusai kerajaan Johor dimana baginda akhirnya terpaksa menyerahkan kuasa kepada Temenggung Ibrahim akibat campurtangan Inggeris lalu berundur ke Kesang, Muar, Johor. Temengung Ibrahim adalah Ayahanda kepada DYMM Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Johor iaitu keturunan Sultan Johor sekarang ini. Sultan Ali mangkat pada 20.06.1877 dan dimakamkan di Umbai, Melaka. Didalam komplek makam ini terdapat beberpa makam keluarga diraja lainnya. Setelah selesai sesilawatan Syah dimakam, Syah jumpa Muss ditempat letak kereta dan katanya hendak ke Makam Tun Teja tak dan terkejut Syah. Rupa-rupanya masa tunggu Syah tadi dia jalan-jalan dengan Cd dan jumpa signboard Makam Tun Teja dan Syah kata ok lah apa lagi ............. Gembirannya dalam hati. Rezeki namanya dan berbaloi kedatangan Syah Ke Melaka kali ini. Shukur Alhamdulillah.


Makam Tun Teja

Dari Masjid Umbai Muss bawa Syah ke Masjid Kampung Sentang, Merlimau tak berapa jauh dari Umbai. Berdasarkan arah tunjuk Makam Tun Teja kami akhirnya sampai ke Makam Tun Teja. Kawasan makam ini agak jauh sedikit dari jalan besar dan iannya berada dalam kawasan sawah padi. Untuk ke makam agak jauh sedikit lebih kurang 50 - 60 meter dan disediakan jalan batu bata yang begitu selesa sekali. Dipintu masuk makam ada disediakan gerai makanan yang dinamakan Seri Teja untuk keselesaan para penjung.

Tun Teja merupakan isteri kepada Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka (1458 - 1511) dan puteri kepada Dato Seri Amar DiRaja Bendaraha Pahang (Inderaputera). Apabila Melaka jatuh ke tangan Protugis pada 1511, Sultan Mahmud telah berundur ke Bentayan dalam daerah Muar. Dalam perjalanan in Tun Teja telah jatuh gering (sakit) dan mangkat dan dimakamkan dikawasan ini.

Tun Teja bukan sahaja seorang wanita yang jelita dan berhemah tinggi tetapi merupakan isteri yang setia dan disayangi oleh Sultan Mahmud. Tun Teja dikatakan telah menyemarakkan semangat kepahlawanan dikalangan kaum wanita untuk menentang penjajah dan mempertahankan Melaka dari serangan Portugis.



Makan-Makan di Umbai

Dari Makam Tun Teja kami bergerak ke Medan Ikan Bakar Umbai Melaka. Kami makan Pari Asam Pedas, Sotong Goreng, Ikan Masak Tiga Rasa, Kupang Masak Pedas, Ketam Black Paper, Kangkung Goreng, Nasi Putih dan Nasi Lemak. Minuman Pula, Air Kelapa, Laici dan Teh O. Semuanya RM 118.00. Muss dan Cd kata tak sedap tapi Syah makan jer. Hehehhehe.... Dari tempat makan kami bertolak ke KL dan singgah di satu makam ditepi jalan tapi tak tahu siapa punya cuma ada kain kuning sahaja. Makam ini di Jalan Pernu 4. Tak tahu siapa punya tapi dari bentuknya macam makam Raja-Raja dan dibalut kain kuning. Adalah 2 atau 3 makam didalamnya.

Sampai KL Residence lebih kurang 21:30hrs. Penant tapi kami kemas barang-barang dan kemudiannya tidur.

Monday, December 27, 2010

Ke Negeri Sembilan dan Melalka - 27.11.2010

Semalam Syah ke Tampin, Negeri Sembilan kerana Menghadiri Majlis Pertunangan Anak Perempuan Chu Bit Muss di Kediaman Chu Bit di Desa Impian Villa. Kami sekarang ada di Melaka dan berhampiran rumah Chu Bit on the way ke Melaka Syah Sempat Menzirahi Makam Dol Said. Sekejap lagi kami akan jalan-jalan di Melaka dan Syah tak sempat nak update blog kerana kesuntukan masa. Insyallah petang nie Syah balik semula ke KL, Syah akan update blog. Dibawah tu gambar Syah didepan Makam Dol Said. Sehingga berjumpa lagi semua dan Terima kasih Kerana Menyokong dan Melawat Tengkusyah.blogspot.com. Sayang Semua..............

Sunday, December 26, 2010

Melawat Makam Mak Engku - 26.12.2010

Shukur Alhamdulillah akhirnya semalam 25.12.2010 sampai juga hajat yang terpendam selama ini iaitu untuk menziarahi makam Almarhumah Dato' Seri Che Puan Hajjah Norizan binti Haji Hamzah walaupun pada mulanya kami menghadapi sedikit kesukaran mencari lokasi makam berkenaan. Syah tidak pernah bersua muka dengan Almarhumah cuma berhubung melalui telefon sekitar 1990an dan Syah membahasakan Almarhumah sebagai Mak Engku. Mak Engku merupakan Isteri Bongsu kepada Sultan Perak Ke-33, Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah atau selepas kemangkatan baginda dikenali sebagai Marhum Affifullah. Mak Engku merupakan seorang peramah dan yang paling penting beliau merupakan seorang bonda yang bertanggung jawab dan membesarkan anak-anaknya dengan sempurna walaupun ketiadaan Almarhum Paduka Suami Tercinta disisi dalam usia Mak Engku yang masih muda. Mak Engku tidak pernah berkahwin lain selepas kemangkatan Tuanku Sultan.

Mak Engku diputerikan pada 23.03.1960 dan mangkat pada 05.03.2006 iaitu 18 hari sebelum sambutan hari lahir Mak Engku yang Ke-46 tahun. Mak Engku mangkat di Hospital Raja Perempuan Bainum, Ipoh, Perak setelah lebih kurang lapan bulan mendapatkan rawatan kanser buat kali kedua akibat Barah Pangkal Rahim yang dihidapinya. Kali pertama Mak Engku mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur tetapi penyakit berkenaan berulang semula. Allah lebih sayangkan Mak Engku dan Mak Engku menghembuskan nafas terakhir disisi anakanda tersayang Kudiah dan Kuess. Jenazah telah diuruskan oleh pihak hospital dan diziarahi oleh kaum keluarga dan kerabat diraja dan dari hospital jenazah dibawa terus ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih sepertimana amanat Mak Engku untuk disemadikan disitu.

Sewaktu menghampiri makam Mak Engku Syah tercium bau wangi seperti bau air mawar, hendak dikatakan ada orang datang melawat tidak ada pula taburan bunga atau daun pandan pada makamnya atau kawasan bersebelahan dan bau itu kemudiannya hilang beberapa ketika. Syah sempat membacakan Al-Fatihah untuk Mak Engku dan Almarhum/Almarhumah di Tanah Perkuburan ini. Syah juga sempat membersihkan sedikit kepok makam Mak Engku dan mencium batu nisannya sebagai tanda hormat Syah pada Mak Engku. Dihadapan Mak Engku adalah pusara Ayahanda tercinta Mak Engku yang merupakan seorang Imam iaitu Allahyarham Haji Hamzah bin Abdullah yang telah meninggal dunia pada 08.11.2007. Makam Mak Engku biasa sahaja seperti mana amanahnya, Terdapak kepok untuk makam ini dan nisannya diperbuat daripada batu sungai.
..... Al-Fatihah ......
Almarhumah Dato' Seri Che Puan Hajah Norizan binti Haji Hamzah
Semuga Roh Mak Engku DiTempatkan Bersama Orang-Orang Yang Beramal Soleh.
AMIN

Menziarahi Makam Almarhum Mantan Menteri Besar Perlis 1 - 26.12.2010

Syah @ Makam Almarhum Raja Dato' Haji Ahmad bin Raja Endut, Mantan Menteri Besar Perlis Pertama di Tanah Perkuburan Islam Masjid Paloh, Ipoh, Perak.

Semalam 25.12.2010 Syah ke Ipoh dan sempat singgah ke Masjid Paloh untuk menziarah Makam Almarhum Raja Dato' Haji Ahmad bin Raja Endut yang merupakan Mantan Menteri Besar (MB) Pertama Perlis yang dilantik pada 1948 hingga 1954. Almarhum tidak mewakili sebarang parti politik. Sebagai MB Perlis, Almarhum telah menghadiri mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi pembentukan Malaya yang diadakan di Dewan Mesyuarat Undangan Persekutuan di Kuala Lumpur pada 18.02.1948.

Batu Nisan Sebelah Kepala Almarhum Raja Dato' Haji Ahmad bin Raja Endut.
Al-Fatihah
Semuga Rohnya DiTempatkan Bersama-Sama Orang Yang Beramal Soleh.
AMIN.

Almarhum Raja Dato' Haji Ahmad diputerakan di Bandar DiRaja Perak, Kuala Kangsar pada 15.06.1892. Ayahanda Almarhum iaitu Raja Endut atau Tengku Bongsu Kenali adalah berketurunan dari Sultan Long Yunus ibni Sultan Long Sulaiman yang memerintah Kelantan pada 1763 - 1795. Almarhum juga pernah mendapat pendidikan di MCKK dan merupakan bekas Pegawai Daerah Larut dan Matang, Perak. Almarhum mangkat pada 26.08.1977 dan telah dimakamkan di Tanah PerkuburanIslam Masjid Paloh, Ipoh, Perak.

Aktiviti Sabtu Syah - 25.12.2010

25.12.2010 Syah balik kampung dan ke Ipoh - Balik hari jer. Malam Jumaat hari tu, Syah call anak Saudara Syah, Mamat dan tanya apa program dia hari Sabtu dan dia kata tak ada apa-apa dan Syah minta tolong dia hantar Syah ke Ipoh untuk melawat Makam Almarhumah Mak Engku atau Dato' Seri Norizan binti Haji Hamzah yang merupakan Isteri Bungsu Sultan Idris Shah atau Marhum Affifullah, Sultan Perak Ke-33 di Ipoh, Perak. Actually jika Mamat busy, Syah plan naik Shuttle Train atau ETS sahaja tapi kena naik teksilah ke kawasan perkuburan Kampung Pasir Putih dan mesti ada problem sedikit kerana first time datang dan tak tahu dimana lokasinya dan mungkin gunakan perkhidmatan teksi. Shukur Alhamdulillah mamat kata Ok tapi kena tuang minyak dan Syah kata No Problem. Syah inform Mamat fetch Syah jam 09:30hrs ker 10:00hrs tetapi Mamat sampai lewat sedikit dan 10:40hrs baru kami bertolak. Mamat inform dia lambat Malam tadi kerana ada program dengan member-member di Highland Tower malam 24.12.2010.

Anak Saudara Syah, Mamat. Hendsome gak orangnya kerana dimana tumpahnya kuah kalau tidak di nasi ...... KAN.

Sebelum bertolak kami singgah di Cemerlang Petroservice di Taman Melati untuk mengisi minyak, RM50.00. Ada pertandingan .......... mereka bagi borang untuk diisi kepada pelanggan yang mengisi minyak RM30.00 keatas dan Syah hentam isi jer dan sempat menjeling jawapan Kakak sebelah Syah itew.Heheheheh. Mamat kata hendak ikut jalan lama dan boleh singgah ke Kampung di Sabak Bernam dan Syah kata ok because dah lama Syah tak menjenguk Kampung. Mamat kata dia biasa jalan ke Ipoh kerana dia pernah study di Seri Iskandar. Tak tahu mengapa jalan menuju ke Sabak Bernam dari Kuala Selangor lagi sesak mungkin cuti Hari Natal banyak orang hendak ke Lumut kot. On the way tanya Mamat hendak makan tak dan dia kata terpulang pada uncle dan Syah kata nanti singgah Sungai Besar boleh makan tetapi bila Syah terbangun dah sampai Sabak Bernam rupanya. Mungkin Mamat tak mahu kejutkan Syah kot?

Dari kiri :- Firdaus, Ku Cik, Mamat, Aunty Ejon, Ika, Kak Ngah, Haziq dan Fana di Rumah Pusaka Nenda Syah di Sabak Bernam. Rumah ini sekarang di tadbir oleh Kak Long Zaibab sebagai Tuan Punya Rumah.

Sampai sahaja ke Kampung di Sabak Bernam Syah lihat ada kereta Kak Lang Ella, Sah orang tua nie balik kampung tapi yang herannya semalam dia call Syah tanya hendak ikut dia bercuti ke Port Dickson atau tidak tapi nape balik kampung pula dia nie? Rupa-rupanya pagi semalam dia call hotel dan hotel inform penuh dan anak-anak dia cadangkan balik kampng saja. Sampai jer dalam rumah, Syah salam semua dan cium my beloved aunty Ejon. Lepas tu Syah makan nasi dan Syah tengok sepinggan penuh nasi Mamat, petutlah banyak dia lapo ropanya. Heheheheh...... Masa makan Haziq pula masuk rumah, rupa-rupanya Haziq dan Papanya pun balik kampung juga. Meriah lah kami dikampung dan sempat bergosip kejab sebelum Syah bertolak ke Ipoh. Selepas solat Zohor Syah kejutkan Mamat untuk kami meneruskan perjalanan. On the way ke Ipoh Syah singgah kerumah Ayahanda untuk berjumpa Ayahanda dan Bonda Zawiyah. Adalah 30 minit dan Syah minta diri untuk meneruskan perjalanan selepas salam dan cium mereka berdua. Kami bertolak ke Ipoh approx jam 14:43hrs.

Syah bersama Uncle yang sudi membantu kami hingga sampai di Tanah Perkuburan Kampung Pasir Putih. Walau bagaimanapun Syah terlupa bertanya nama Uncle nie yang Syah panggil Abang. Apa-apapun terima kasih Abang kerana membantu Syah merealisasikan Impian Syah selama ini.

On the way ke Ipoh kami ikut Jalan Damai Laut dan menuju ke Ulu Dedap kerana Mamat kata jalan tu boleh tembus ke Seri Iskandar dan seterusnya ke Ipoh, Jalan Tengah katanya dan Syah ikut jer sebab tak tahu apa benda pun. Sampai di Seri Iskandar kami mengisi minyak sebanyak RM50.00 sekali lagi di Petronas PSS Seri Iskandar. Sampai di Ipoh approx jam 16:43hrs dan hari hujan renyai-renyai di sesetengah kawasan. Mamat ikut singnboard Pasir Putih tetapi dua tiga kali pusing tak jumpa tempat tu. Syah sempat singgah di Tanah Perkuburan Orang Islam Jalan Bendahara dan sedekahkan Alfatihah. Nak tanya orang tak boleh sebab banyak warga asing dan kaum Cina di area nie. Dua tiga kali kami redah jalan tak jumpa dan hampir putus asa. Sebagai ikthiar akhir Syah teringat Masjid Paloh dan minta Mamat kesana. Syah sempat sedekahkan Al-Fatihah di Makam YBM Almarhum Raja Ahmad Raja Endut dan kerabat Almarhum di Masjid Paloh.

Nasib menyebelahi kami kerana ada seorang uncle yang bersolat di Masjid Paloh nie orang Kampung pasir Putih. Masa salam uncle nie Syah tanya arah jalan ke kampung pasir Putih dan dia sempat tanya dah solat ke belum dan Syah kata sudah. Dia inform yang dia tinggal di kampung tu dan boleh tunjukkan jalan ke tanah perkuburan berkenaan. Sebelum bertolak Syah minta kebenaran melawat Makam Almarhum Raja Ahmad dulu. Setelah selesai ziarah ke Makam itu kami bertolak ke Kampung Pasir Putih. Uncle tu naik motor dan we all follow dari belakang. Mak Aiii .............. jauh kedalam rupanya dan Syah ingat kalau tak ada uncle tu dan kami nak cari sendiri alamat tak jumpalah jawapnya. Syah sampai ke Masjid Kampung Pasir Putih jam 17:30hrs dan cuaca agak mendung dan Tanah Perkuburan Kampung Pasi Putih terletak dibelakang masji sahaja. Uncle nie tak pasti mana satu makamnya dan kami tanya orang-orang yang berada di kubur berkenaan dan kata mereka di bahagian hadapan dan akhirnya jumpa juga Makam Mak Engku. Orang-orang di Kampung nie semuanya friendly belaka. Thanks semua.

Setelah selesai Syah dan Mamat bertolak balik semula ke Kuala Lumpur mengikut highway Plus pula dan kadar tolnya RM26.50 dan bila hendak ke KL Residence kena RM2.00 lagi. Sebelum sampai ke KL Residence Mamat inform "Uncle... boleh tuang minyak RM20.00 tak" Heheheheh.... dan Syah kata ok dan kami singgah di Petronas Danau Kota. Sampai rumah hampir jam 20:30hrs. Selepas salam dan cium Mamat (laga pipi) Mamat balik ke Sunway dan tak singgah sebab ada program lain dengan kawan-kawan dia al-maklumlah budak-budak mudakan. Dia sempat tanya Syah, "Uncle Keluar Mana Malam Minggu Nie" dan Syah jawab "Dah Tua-Tua Nie Tak Kemana dulu Masa Umur Kamu Tu Selalulah Clubbing" Jawab Syah. Selepas solat Insyak dan Maghrib, Syah, Muss dan Cd keluar makan bersama kawan Cd yang datang dari Pahang. Lepas balik makan Syah mentenet di ruang tamu dan sedar-sedar jer jam 06:00 hrs terbangun dan rupa-rupanya Syah tertidur di ruang tamu. Penat sangat kot?

Friday, December 24, 2010

Tak Jadi Solat di Masjid Negara dan Tun Ibrahim Meninggal Dunia - 24.12.2010

Ikutkan plan, today Syah hendak Solat Jumaat di Masjid Negara kerana hendak melawat Makam Pahlawan. Jam 11:30hrs Kak Rose call minta tolong uruskan payment dalam sistem coz dia cuti hari ini. Bila selesai jam sudah hampir 12:00hrs dan memanglah tak sempat hendak ke Masjid Negara dari Menara TM. So Syah solat di Surau Menara TM sahaja.
Allahyarham Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail
Mantan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Ke-3

By the way semalam diadakan upacara Pengkebumian Negara untuk Allahyarham Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail, Mantan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Makam Pahlawan. Allahyarham Tun Ismail meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dalam usia 88 tahun jam 04:40hrs semalam 23.12.2010 setelah menjalani rawatan selama 3 bulan di hospital berkenaan. Anak kelahiran Johor ini merupakan Panglima ATM ke-3 dan telah menamatkan sepenuhnya perkhidmatan teteranya selama 36 tahun dengan 7 tahun berkhidmat sebagai pegawai atasan ATM. Allahyarham juga telah menjalinkan hubungan baik dengan negara jiran dalam usahanya memerangi anasir komunis. Jenazah kemudiannya dibawa kekediaman Allahyarham di No.22, Villa Sang Suria, Jalan Mesra off Jalan Damai. Jenazah kemudiannya dibawa pula ke Masjid Negara untuk upacara penghormatan terakhir yang bermula pada jam 15:00hrs dan Jenazah dikebumikan selepas solat Asar dengan penuh Adat Istiadat Pengkebumian Negara di Makam Pahlawan.

Alfatihah............. Semuga Allah Menempatkan Allahyarham Tun Ibrahim Ismail Bersama-Sama Orang Yang Beriman dan Soleh. AMIN.

Pasar Malam Tmn Garing Utama - 24.12.2010

Ini Makan Malam Ke "Melantak" Nie..............

Petang semalam perjalanan balik ke Rawang berjalan lancar. Ada seorang Mamat nie yang selalu naik Shuttle Train dan dia siang-siang dah Cop tempat duduk dan siap pelawa lagi ada Kakak tu duduk tetapi bila 2 atau 3 minit train nak jalan tetiba seat tu dah ada orang beli ticket dan dia terpaksa bangun dan Syah tak tahu dia duduk di coach mana lepas itew. Moral of the storey Jangan Exsen ........ heheheheh.

Sampai Rawang aktiviti macam biasa, solat dan panaskan Ael tetapi malam ini ada kelainan sedikit coz ada P A S A R M A L A M. Malam tadi Syah beli Young Tau Foo, Jagung Rebus, Laksa dan Jambu Air disamping Kacang Putih, dalam hati Syah kata ini bukannya Makan nie tapi Melantak. Kuang.....Kuang.....Kuang. Ialah sekali sekala, bukannya senang Syah nak dapat makanan begini di Rawang Residence coz banyak kedai makan Cina/India di area Taman Garing Utama, Rawang.

Farewell Party - 24.12.2010

Dari kiri Abdul Moin (My Big Boss), Suhainih Engson, Abdul Jalil Sheikh Mohamed, Tn Hj Mizan (Big Boss Yayasan TM), Dr Zainal Abu Zarim (Tokey kami semua), Syuhada Mohamed dan Puteri Nur Ashila.

Sedey nya......... beberapa orang member satu office Syah akan meninggalkan kami kerana bersara, tamat kontrak, bertukar dan sambung belajar. Hari ini kami buat majlis perpisahan untuk mereka kerana hari Isnin nanti kami semua di TM telah diarahkan bercuti hingga tahun depan kecuali bahagian-bahagian kritikal yang melibatkan pelanggan. Cuti ini dipanggil Cuti 1 TM dan kepada anggota yang telah kehabisan cuti rehat tahun 2010 akan ditolak secara automatik cuti rehat tahun 2011.

Mereka yang akan meninggalkan kami pada tahun 2011 adalah :-
  • Suhainih Engson yang akan bersara pada 01.01.2011. Suhainih merupakan Penolong Pengurus Besar dan ditugaskan di Yayasan TM.
  • Abdul Jalil Sheikh Mohamed akan meninggalkan TM kerana tempoh kontraknya telah tamat dengan TM. Jalil bertugas sebagai Assistant General Manager dan ditempatkan di Yayasan TM.
  • Syuhada Mohamed, Executive Secretary kepada Dr. Zainal Abu Zarim, VP HC Planning & Leadership Development. Syuhada akan bertukar ke TM Global dengan jawatan barunya sebagai Manager.
  • Puteri Nur Ashila Dalilah Shaiful Anuar. Anggota leasing di Yayasan TM dan berhenti kerana ingin melanjutkan pelajaran ke UiTM Puncak Alam, Shah Alam, Selangor dalam bidang Event Management mulai 03.01.2010.

Kepada anda semua, Syah ucapkan semuga anda berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini. Kenangan manis bersama kalian tetap akan kekal dalam ingatan kami semua di Aras 14 Selatan Menara TM. Insyallah.............

Thursday, December 23, 2010

Busy Lagik Today - 23.12.2010

Malam tadi Syah basuh pakaian dan jemur dalam rumah gunakan kipas dan malangnya pakaian itew tak begitu kering exspecially seluar kerja Syah yang basah semalam kena air hujan sewaktu ke TM Annexe 2. So Syah pakai Jeans today ke office. Tunggu bas macam biasa tapi lambat banyak hari ini dan hampir jam 06:45hrs baru sampai dan nampak pemandu dan kelindannya yang suami isteri tu macam keletihan tak cukup tidur. Ketiduran agaknya donk. Sampai jer KTM Rawang nampak ada komuter tapi bila sampai entrance gate train tu dah jalan. Jawabnya terlepas train lahhhhhhhhh...... dan terpaksa tunggu train jam 07:15hrs. Syah sampai office ngam-ngam jam 08:30hrs dan kedengaran doa pagi sedan dibacakan oleh petugas ke seluruh bangunan Menara TM. Sampai sahaja office terus jumpa my boss, Dik No dan inform dia " Saya pakai Jeans Hari Ini Coz Ada Masalah Sedikit Dengan Seluar Kerja" dan My Boss Senym jer tanda ok lah tue. Hari ini kerja memang banyak siap satu kes, satu kes lagi masalah mendatang. Disebabkan busy tak sempat nak call Kak Lang Ella yang bercuti di Terengganu.

Wednesday, December 22, 2010

Mantan Raja Permaisuri Agong Saman Uncle Seekers - 22.12.2010

Hari ini 22.12.2010, Mahkamah Tinggi Temerloh telah menetapkan tarikh 27 Januari 2011 untuk sebutan semula kes saman Mantan Raja Permaisuri Agong XI dan Mantan Tengku Permaisuri Selangor, YAM Permaisuri Siti Aishah terhadap seorang pengamal paranormal yang dinamakan sebagai defendan pertama iaitu Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers dan bapanya sebagai defendan kedua iaitu Syed Hussien Al-Atas. Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh, Yang Arif Hakim Prasad Abraham menetapkan tarikh berkenaan dalam kamar penghakimannya setelah mendengar "interparte". Keputusan ini dibuat bagi memberi masa kepada Jabatan Insolvensi melantik peguam bagi defenden pertama memandangkan beliau telah diistiharkan muflis. Defendan kedua juga telah diarahkan untuk melantik peguam.

Pada 03.12.2010 lepas YAM Permaisuri Siti Aishah melalui peguamnya dari Gunaseelan and Associates telah memfailkan saman keatas Syed Abdullah sebagai defendan pertama dan Syed Hussien Al-Atas sebagai defendan kedua kerana telah melanggar maklumat sulit baginda. YAM Permaisuri Siti Aishah selaku Plaintif dalam samanya memohon perintah injuksi bagi melarang Syed Abdullah dan Syed Hussien Al-Atas untuk tidak mendedahkan samada secara lisan, melalui blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat sulit mengenai baginda.


YAM Permaisuri Siti Aishah memaklumkan bahawa baginda telah mendapatkan rawatan daripada Syed Abdullah atau Uncle Seekers dalam bulan Jun lepas. Daripada maklumat yang Syah perolehi daripada salah seorang anak Sultan di Utara tanahair yang rapat dengan baginda, memaklumkan, baginda sebenarnya mengalami penyakit misteri dan saka dimana dalam keadaan tertentu baginda akan menjadi sesorang yang bukan dirinya. Tambah sumber itu lagi, Saka raja-raja adalah berbeza dengan saka yang biasa.

Semasa mendapatkan rawatan, perjanjian diantara baginda dan Syed Abdullah antaranya :-

  • YAM Permaisuri akan membayar kos perubatan kepada Syed Abdullah

  • Syed Abdullah bersetuju untuk merahsiakan segala maklumat dan komunikasi diantara mereka sepanjang proses rawatan dan tidak mengeksplotasi YAM Permaisuri Siti Aishah dalam sebarang bentuk.

Walau bagaimanapun pada bulan November lalu, Syed Abdullah dalam blognya telah mendedahkan apa yang disifatkan sebagai komunikasi diantara YAM Permaisuri Siti Aishah dan beliau kepada umum.

SEMUGA KEBENARA AKAN BERPIHAK PADA YANG BENAR. AMIN

Princess Chulabhron Selamat Menjalani Pembedahan Tulang Peha - 22.12.2010

HRH Princess Chulabhron of Thailand atau Chulabhron Walailak dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan tulang peha kirinya pada 20.12.2010. Tulang peha kiranya didapati patah selepas beliau terjatuh semasa dalam perjalanan menuju kebilik kuliahnya di Universiti Kasetsart, Bangkok. Biro Keluarga Diraja dalam kenyataannya memaklumkan Princess Chulabhron selamat menjalani pembedahan tanpa sebarang komplikasi. Princess Chulabhron merupakan ibu tunggal dan puteri bongsu HM King Bhumibol Adulyadej dan HM Queen Sirkit. Beliau terlibat dalam kajian melibatkan kanser serta kajian sains.
HRH Princess Chulabhron of Thailand

Princess Chulabhron dilahirkan pada 04.07.1957 dan berusia 53 tahun. Beliau berkahwin dengan Virayudh Didyasarin yang merupakan rakyat biasa pada tahun 1982 dan mengikut adat istiadat diraja Thailand beliau kehilangan kedudukannya dalam keluarga diraja kerana berkahwin dengan lelaki yang lebih rendah tarafnya tetapi beliau mendapat perkenaan daripada Ayahandanya untuk mengekalkan kedudukan beliau dalam kerabat diraja Thailand. Walau bagaimanapun beliau kemudiannya bercerai pada tahun 1984 dan dikurniakan dengan dua orang puteri.

Cucunda Sulung Perempuan Queen Elizabeth Bertunang - 22.12.2010

Istana Buckingham dalam kenyataan rasminya semalam 21.12.2010 mengumumkan pertunagan cucunda sulung perempuan HM The Queen of England, Queen Elizabeth II yang merupakan pewaris ke-12 tahta kerajaan British, Zara Anne Elizabeth Phillips (29) dan pasangannya Mike Tindall (32). Baginda Queen dan Duke of Edinburgh telah merestui pertunangan kedua pasangan ini. Majlis pertunangan pasangan ini diadakan di Gloucestershire petang Isnin 20.12.2010. Walau bagaimanapun tarikh perkahwinan masih belum ditetapkan lagi.


Zara dan Mike

Zara merupakan puteri kepada HRH The Princess Royal, Princess Anne dan Kapten Mark Phillips. Beliau diputerikan pada 15.05.1981 di St Mary Hospital, Paddington, London. Kedua-dua ayahanda dan bonda beliau telah bercerai pada 1992. Zara merupakan atlet equestrian tersohor di Britain hasil dari bakat yang diwarisi daripada kedua ayahanda dan bonda beliau. Zara juga pernah dinobatkan oleh BBC (Perbadanan Penyiaran British) sebagai Personiliti Sukan. Tunangnya, Mike Tendall pula merupakan pemain ragbi pasukan kebangsaan England dan pernah menjuarai Pila Dunia 2003.

Tuesday, December 21, 2010

Wajah Isteri Ketua Menteri Sarawak - 22.12.2010

Akhirnya dapat juga kita melihat wajah Puan Sri baru kepada Ketua Menteri Sarawak, YAB Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang majlis akad nikahnya dibuat secara tertutup untuk kenalan rapat dan keluarga sahaja dikediaman KM Sarawak di Demak Jaya pada malam Sabtu lepas. Walau bagaimanapun namanya masih menjadi tandatanya kepada umum. Majlis resepsi dijangka diadakan pada Januari 2011. Semuga YAB Tan Sri dan Puan Sri Dipanjangkan Umur dan Memperolehi Jodoh Yang Berpanjangan serta Beroleh Cahayamata Sebagai Penyeri Hidup Tan Sri dan Puan Sri berdua.

Entry Syah berhubung perkahwinan ini :-
http://tengkusyah.blogspot.com/2010/12/selamat-pengantin-baru-ketua-menteri.html

My Life Malam Nie - 21.12.2010

Hari ini Syah berangkat balik ke Rawang Residence. Macam biasa jam 17:30hrs Syah bersiap-siap hendak balik tetapi ada masalah sedikit al maklumlah sekarang nie hujung-hujung tahun orang yang berkerja dibahagian akaun/finance memang tak menang tangan. Bahagian Akaun call berhubung urgent pyment untuk bayaran Celcom bill berjumlah RM1044.00 untuk salah seorang top management, untung dapat diselesaikan secepat mungkin dan Syah pun bergesas ke LRT Station untuk mengejar Shuttle Train KL-Ipoh jam 18:05hrs. Sampai di KL Sentral 10 minit sebelum train bertolak dan biasalah musim cuti nie memang tempat duduk terhad tetapi nasib menyebelahi Syah dapat duduk disebelah penumpang berbangsa india. Mula-mula Syah tanya ada seorang budak bengali samada seat disebelahnya kosong tapi katannya ada orang. Masa Syah turun di KTM Rawang Syah tengok tak ada orang pun duduk, penipu ............ takperlah biasanya orang macam tu hidupnya akan susah nanti sebab tak suka menolong orang.
Sampai Rawang lebihkurang 18:50hrs dan Syah tak tahu nak makan apa for dinner. Memang lapar sebab lunch tadimakan roti kismis coklat sahaja. Semasa tunggu bas Syah ke restoran mamak sebelah 7E dan nampak ada orang orde rojak. So Syah inform pada Mamak tu nak Rojak dan Barli Panas. Semuanya RM4.50 dan rasanya Yang Ado............ Heheheh tapi makan jerlah sebab sudah dibeli. Semasa di Stesyen KTM tadi Syah beli kacang putih untuk makan dalam bas dan dirumah, RM2.00 jer. Syah sampai Rawang Residence approx 19:45hrs dan semasa berjalan ke rumah jumpa Fikri dan dia kata "Tak Singgah Ker Abg Syah" dan Syah jawab "Nak balik Dulu". Macam biasa sampai rumah panaskan AEL dan lepas tu solat Maghrib. Sekarang jam 21:02hrs Syah di bilik menonton sambil mentenet dan nonton TV. Lepas nie hendak mandi dan solat Insyak. Ok Jumpa dilain Entry yer Kawan-Kawan Semua.

Busy Day - 21.12.2010

Salam semua pembaca blog yang Syah hormati dan sanjungi, terima kasih kerana menjadi pembaca setia tengkusyah.blogspot.com. Maaf kerana tak ada update hari ini coz Syah terlalu busy dengan proses penutupan akaun pagi tahun berakhir 2010. Insyallah malam nanti Syah akan cuba update blog dirumah. By the way hari ini Syah akan pulang ke Rawang Residence.

Monday, December 20, 2010

Tengku Mahkota Pahang Selamat Jalani Pembedahan Hidung - 19.12.2010

Shukur Alhamdullilah Tengku Mahkota Pahang, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah selamat menjalani pembedahan kecil dibahagian hidung baginda semalam 19.12.2010. Pembedahan dilakukan oleh sekumpulan doktor pakar dan paramedik daripada Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Baginda dilaporkan mengalami masalah hidung berdarah dan dimasukkan ke wad Diraja HTAA pada 17.12.2010 lepas. Baginda menghadapi masalah ini sekembali dari lawatan dari Guangzhou, Cina baru-baru ini dan adalah dipercayai masalah ini berpunca daripada faktor perubahan cuaca. Turut melawat baginda semalam adalah YAB Menteri Besar Pahang. Sepanjang berada di HTAA semenjak Jumaat lepas, baginda ditemani oleh isteri pertama baginda, KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Jurucakap Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang dalam kenyataannya memaklumkan bahawa KDYTM Tengku Abdullah mengucapkan ucapan terima kasih kepada barisan dotor pakar dan paramedik yang merawat dan melakukan pembedahan keatas baginda.

Raja Perlis Bercuti Ke London - 20.12.2010

Hari ini Raja Perlis dijangka akan berangkat ke London untuk bercuti. Baginda dan rombongan akan ke London melalui Pulau Pinang. Baginda dijangka pulang ke Perlis pada 27 atau 28 Disember 2010. Semuga perjalanan Tuanku dan Rombongan diberkati Allah.

Sunday, December 19, 2010

Plan Tak Jadi - 19.12.2010


Hari ini ingatkan hendak ke rumah kenduri kahwin ex practicle student Syah, Tim tapi tak jadi sebab tak ada kenderaan, Muss di rumah Zul dan Cd ada urusan kawan nak kahwin. Mus kata jam 13:30hrs Cd balik dan boleh pergi kenduri kahwin tu tapi Syah kata tak payahlah kacau masa ko orang so Syah ingat hendak ke Ipoh. Jam 11:35hrs Syah naik train dari Stesyen Melati ke KL Sentral dan biasalah hari cuti train penuh dan Syah terpaksa berdiri sehingga Stesyen KLCC. Sampai KL Sentral jam 12:02 hrs dan Syah ke kaunter Shuttle Train di aras 2 KL Sentral untuk beli ticket tapi mereka maklumkan tiket ke Ipoh semuanya habis dijual. So Syah ke ETS Counter dan ada tapi jam 14:00hrs dan Syah fikir semula tak payahlah sebab kesuntukan masa takut tergesa-gesa nanti. Insyallah Syah akan ke sana juga tapi Syah hendak buat proper plan dulu. Actually Syah hendak melawat Makan Dato' Seri Norizan, Isteri Bongsu Al-Marhum Sultan Idris Shah di Kampung Pasir Putih, Ipoh, Perak. Tak pernah pergipun sebelum ini.



Kebetulan waktu lunch dan macam biasa hari minggu "hari melantak" Syah. Hehehehe.......... Syah makan di food court aras 3 KL Sentral. Syah makan nasi putih, bende goreng, telu itik masak lemak dan Ikan Bilis. Semuanya RM6.00 dan Syah minum mineral water yang dibawa dari rumah. Lepas lunch Syah jalan-jalan dan kemudiannya Solat Zohor di surau tambahan KL Sentral. Lepas tu upload gambar dalam netbook di food court. Rasa mengantuk dan Syah baring sekejap di surau dan kemudiannya jalan lagi dan sempat berurut kat mesin urut di KL Sentral. Dua kali Syah berurut dan kemudiannya solat Asar di Surau KL Sentral. Dan Syah juga sempat makan Ice cream Md D. hehehehe........

Jam 17:46hrs teringin nak makan Burger King coz dari tadi aim restoran nie. Kira dinnerlah nie walaupun masih awal. Syah makan Mushroom Grill Chicken Burger Medium set (fries dan air) dengan harga RM14.70. Burger nie new item di Burger King tu yang Syah cuba tapi tak berapa sedaplah. Syah sempat minta waiter Bangladesh tu ambilkan gambar Syah dan kemudian bila dia tengok Syah upload gambar dalam netbook dia kata sudah masuk yer dan dia inform sini ada internet juga wi-fi. Apa lagi bagai orang mengantuk disorongkan bantal terus Syah mentenet. Sekarang jam 18:18hrs dan Syah masih update blog dan FB Syah. Sebentar tadi Ayahanda call tanya khabar dan Muss juga call tanya Syah kat mana. Sekejap lagi selepas habis update blog Syah nak balik coz nak terkencing lak dari tadi lagi. Ok Semua tu jer cerita Syah hari ini sehari suntuk di KL Sentral coz plan tak jadi. Nak ke kenduri kahwin dan ke Ipoh. Hemmmmmmmm.......... tak per its ok lah.

Selamat Pengantin Baru Ketua Menteri Sarawak - 19.12.2010

Gambar Perkahwinan Pertama YAB Ketua Menteri Sarawak.

Thaniah dan Syabas diucapkan kepada YAB Ketua Menteri Sarawak, Bumi Kenyalang kerana telah menamatkan zaman dudanya semenjak 29 April 2009 malam tadi (18.12.2010). Tan Sri Abdul Taib Mahmud diijabkabulkan dengan seorang wanita Arab berketurunan Lebonan berumur 28 tahun oleh Mufti Sarawak, Sahibus Samahah Ustaz Haji Kipli Haji Yassin dalam satu majlis tertutup yang dihadiri oleh kenalan rapat dan keluarga di kediaman rasmi Ketua Menteri Sarawak di Demak Jaya, Kuching, Sarawak. Tan Sri adalah berketurunan Melanau berasal dari Miri dan mempunyai hubungan darah bangsawan dengan keluarga diraja Brunei.

Tan Sri buat pertama kalinya berkahwin denan Allahyarhamah Puan Sri Hajjah Laila Taib pada 13.01.1959 di Adelaide, Australia. Allahyarhamah dilahirkan pada 01.03.1941 di Poland dalam sebuah keluarga Islam dan nama sebenarnya Lejla Chaleck. Mungkin selama ini ada diantara kita beranggapan Allahyarhamah asalnya beragama kristian tetapi Allahyarhamah sebenarnya memang berugama islam. Allahyarhamah meninggal dunia akibat kanser dalam usia 68 tahun dikediaman rasmi Ketua Menteri Sarawak dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Demak Jaya, Jalan Bako, Kuching, Sarawak. Hasil perkongsian hidup dengan Tan Sri, Allahyarhamah dikurniakan dengan empat orang cahayamata iaitu Jamilah Hamidah, Mahmud Abu Bekir, Timbalan Menteri Pelancungan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah Hajar serta lebih kurang 15 orang cucu.

Keadaan Tengku Mahkota Pahang Dilaporkan Stabil - 19.12.2010

Shukur Alhamdulilah kerana Tengku Mahkota Pahang hari ini (19.12.2010) dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan kini sedang berehat di Wad Diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah Alhaj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dimasukkan ke hospital pada hari Jumaat lepas 17.12.2010 kerana mengalami pendarahan hidung.

Saturday, December 18, 2010

Pasangan Razif Juara Mari Menari - 18.12.2010

Razif berusia 26 tahun, berasal dari Batu Pahat, Johor, suka menari dan merupakan pendandan rambut manakala isterinya Alia Nadira berusia 25 tahun berasal dari Kuala Lumpur dan seorang penari sambilan.


Pasangan Razif menjuarai rancangan realiti TV anjuran ASTRO MARI MENARI malam ini dengan membawa pulang sebuah Trofi, Kondo Mewah bernilai RM350,000.00 bertaraf 5 bintang di Ipoh, Perak serta akan diterbangkan ke Bali, Indonesia bagi menjalani pengambaran rancangan Track Celebrity. Tahniah bagi pasangan yang baru enam bulan mendirikan rumahtangga ini.

Pakai Baju Terbalik & My LIfe Today - 18.12.2010


Selepas solat Zohor tadi Syah bersiap-siap untuk balik ke KL Residence dan budget time bas jam 14:00hrs. Lama juga Syah menunggu dengan beg sandang yang berat dan 30 minit kemudian baru bas datang........ shukur alhamdulillah sampai juga dia daripada tak sampai langsung. Sampai sahaja ke Stesyen KTM Rawang, Syah lunch dulu di Lambaian Seafood yang terletak dihadapan Stesyen KTM Rawan. Lambaian Seafood menyediakan masakan ala Thai bermula seawal jam 17:00hrs hingga ke malam manakala pagi mereka menyediakan sarapan pagi seperti nasi lemak, meehon dan bihun goreng disamping kuih muih dan tengahari pula nasi putih dan pelbagai jenis lauk serta goreng-gorengan (eg. pisang dll). Masa sedang makan nie Syah terperasan sesuatu. Alamakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk BAJU SYAH TERBALIK RUPANYA.... Tapi orang ramai tak perasan sangat sebat Syah pakai baju hitam . hehehehhe ......... untung tak sampai KL. Kalau anda lihat kat gambar diatas tu nampak kesan jahitan baju di bahu Syah tu. kalau orang kampung Syah panggil baju terbalik nie mereka kata Baju Terbalik Bokong.



Berbalik kepada makan tadi, macam biasa hari Sabtu/Ahad adalah hari makan nasi bagi Syah. Syah makan nasi putih, sayur bayam, tempe, telur asin, ikan masin dan ikan kembong goreng manakala minum pula limau ice. Semuannya RM6.50 biasalah kat Rawang kalau kat KL tak dapat harga tu. Lepas makan Syah rehat sekejap dan sebelum berangkat ke stesyen keretapi Syah berli pisang goreng RM2.00. Sampai KL Syah lepak di food court KL Sentral sambil lihat-lihat gambar-gambar yang Syah ambil hari ini menggunakan netbook dan cam Syah. Tak makan/minumpun lepak jer dan sempat tengok ada dua orang gadis tersilap masuk toilet, selamba jer dia masuk toilet lelaki dan tak lama lepas tu keluar sambil ketawa. Mak dia terperanjat dan macam marah kat ayah budak-budak tu coz mengapa tak perasan anak mereka masuk toilet lelaki. Syah tengok ayahnya asik baca paper tak silap Syah.... Hehheheh ada-ada jer kan gelagat manusia nie dan budak-budak niepun tak tengok singboard ker.... Teringat pula Syah 10/12 tahun lepas Syah pernah masuk toilet perempuan di Yow Chuan Plaza, Jalan Ampang sebab tak perasan untuk tak jadi kes orang tuduh mengendap ker kan?

Dari KL Sentral Syah naik LRT ke Melati dan masa dalam train Muss call inform dia tak balik dan mungkin tidur rumah Kak Ngah sebab ada keluarga angkat Cd hendak datang. Jadi maknanya mereka tiada dirumah dan Syah terus turun di Stesyen Masjid Jamek untuk jalan-jalan ke pasar malam Jalan Tuanku Abdul Rahman. Syah sempat beli Laksa bungkus dan harganya RM5.00 banyak gak isinya. Sambil jalan-jalan tu Syah beli air kelapa.

Sampai LRT Melati hampir jam 20:00hrs dan Syah sakit kepala sedikit dan letih lalu Syah naik teksi sahaja ke KL Residence dan tambangnya RM3.40 dan Syah bagi RM3.50 pada pemandu teksi. masa Syah balik tak ada sesiapa dirumah. Masa dalam LRT tadi Ayahanda call Syah bertanya khabar. Sekarang jam 22:17hrs Sambil update blog Syah dan Cd dengan facebooknya kami menonton Final Mari Menari dan sekarang hampir diumumkan pemenangnya. Antara Pasangan Razif dan Pasangan Aris, pemenangnya adalah ......................... Pasangan Razif yang membawa pulang Kondo mewah di Ipoh dan akan ke Bali, Indonesia untuk pengambaran track celebrity.

Pagi Sabtu Di Rawang - 18.12.2010

Pagi nie Syah di Rawang Residence, Jam 06:15hrs tadi Syah sudah bangun. Lepas solat Syah kemas sedikit dalam rumah dan bahagian belakang rumah yang banyak najis burung kasi berish semua. Selepas tu kemaskan tanaman depan rumah dan cabut rumput depan rumah bagi bersih sedikit maca dalam pic atas itew. Selepas kemas diluar Syah basuh car porch, panaskan si AEL dan mandikan dia sekali. Masa sibuk kemas didepan Shah Pest Control datang untuk buat semburan macam biasa untuk serangga seperti lipas, semut dan lipan. Adalah 40 minit dia di Rawang Residence dan lepas tu Syah bayar caj dia RM70.00 dan diapun balik.

Ingatkan hendak balik jam 10:00hrs tapi nampak gayanya keadaan tak mengizinkan dan kain pun masih belum kering sepenuhnya so Syah decided balik selepas solat Zohor nanti. Sekarang jam 11:05hrs dan Syah mentenet sambil layan radio Era............ sekarang nie banyak pula lagu Korea yek kat Era......... Hemmmmmmmmmmm

Friday, December 17, 2010

Rasa nak demam - 17.12.2010

Hari Jumaat Syah habis kerjan jam 17:00hrs dan shuttle train jam 18:05hrs. Banyak masa lagi dan Syah makan young tau foo di food court KL Sentral. Jam 18:00hrs Syah turun ke stesyen keretapi dan memang orang ramai sudah duduk dan Syah terpaksa tunggu hingga train jalan baru duduk takut seat tu dah ada orang beli ticketnya. Shukur alhamdulillah ada tempat kosong dan Syah duduk sebelah perempuan tetapi biasanya dapat dudu sorang. Sekarang shuttle train memang penuh coz cuti sekolah.

Sampai Rawang hujan lebat dan Syah redah jer. Sampai rumah macam biasa. Sekarang jam 10:42pm dan Syah baru lepas basuh dan sidai kain. Rasa macam nak demam, badan panas dan mata Syah rasa pedih. Badan Syah memang panas dan tak larat rasanya. Perut sebelah kiri sakit pula sedikit. Kepala Syah pula sakit semenjak di office petang tadi lagi. Today di Rawang coz besok pest control vendor nak datang buat service. Dah lama tak buat semburan serangga. Doakan Syah sihat yer semua............

Pengiran Jefri Kalah Kes Saman - 17.12.2010

Thomas dan Faith kelihatan gembira selepas Mahkamah di New York membuat keputusan berhubung kes saman Pengiran jefri terhadap mereka. - Gambar dari Kosmo

Kes Saman Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah atau lebih dikenali sebagai Pengiran Jefri terhadap bekas penasihat kewangan beliau yang didakwa mencuri lebih USD7 juta daripada beliau melalui berbagai bentuk penipuan mengundang padah pada adinda Sultan Brunei ini. Pasangan peguam jenayah terkenal dari London, Thomas Derbyshire (43) dan Faith Zaman (34) memenangi kes yang dibicarakan di New York ini apabila juri berpihak kepada mereka pada 15.12.2010. Implikasi daripada kekalahan ini menyebabkan Pengiran Jefri terpaksa membayar USD21.10 juta bersamaan RM66.14 juta kepada pasangan tersebut di mana Thomas memperolehi USD10.1 juta (RM31.66juta) manakala isterinya USD11 juta (RM34.5 juta).

Pihak juri mendapati pasangan berkenaan tidak melakukan apa-apa kesalahan malahan Pengiran Jufri pula yang berhutang sebanyak USD 10.10 juta dalam bentuk yuran perkhidmatan kepada mereka. Pihak juri juga telah memberikan award kepada pasangan ini sebagai ganti rugi berjumlah USD11 juta selepas mendapati perjanjian pekerjaan antara pasangan berkenaan dan Pengiran Jefri adalah sah dan perlu dihormati.

Thomas dan Faith dalam saman balas terhadap Pengiran Jefri memaklumkan bahawa Pengiran Jefri tidak melunaskan bayaran yang dijanjikan kepada mereka dan telah diberikan kebebasan untuk melakukan apa yang perlu dilaksanakan. Pada 2006 Pengiran Jefri melantik mereka untuk membantunya mengelak daripada menyerahkan sebahagian daripada asetnya kepada kerajaan Brunei.

Faith dalam kenyataannya memaklumkan :-

Bagi kami ini adalah justifikasi yang besar buat orang biasa seperti kami. Kami bukan individu seperti Putera Jefri.

Manakala para pegawai dari New York Palace Hotel yang dimiliki oleh Pengiran Jefri kecewa dengan keputusan Mahkamah dan mereka menyatakan keyakinan bahawa daripada bukti yang ada hotel itu menjadi mangsa penipuan pasangan Thomas dan Faith.
  • Entry Syah berhubung kes saman Pengiran Jefri sebelum ini :-

Thursday, December 16, 2010

Tengku Iskandar Beri Anugerah ? - 16.12.2010

Adakah ini merupakan satu kemelut baru yang melanda Istana Kelantan ? Hanya mereka yang berada didalam lingkungan Istana Kelantan sahaja yang tahu jawapannya dan Syah tak boleh memberi sebarang komentar. Ada salah seorang kerabat diraja Kelantan memaklumkan kepada Syah berhubung ada sesorang didalam lingkungan istana menganggap dirinya sebagai Sultan Kelantan tetapi Syah ingatkan itu satu gurauan sahaja.

Hari ini Syah terbaca diakhbar bahawa Persatuan Kerabat D'Raja DYMM Long Yunus mendakwa bahawa darjah dan bintang kebesaran yang membawa gelaran Dato' kepada 28 individu yang dianugerahkan oleh Tengku Iskandar Almarhum Tengku Ahmad Tengku Panglima Raja sebagai Yang di-Pertua Persatuan adalah sah. Mengikut kenyataan Setiausaha Majlis Perajaan Kerabat D'raja DYMM Long Yunus, Dr. Mohamad Agus Mohd Nor memaklumkan bahawa gelaran Dato' Seri dan Dato' yang dianugerahkan adalah diiktiraf oleh kerajaan dan boleh diguna pakai dalam segala urusan rasmi. Tambah beliau penganugerahan ini tidak menyalahi undang-undang kerana iannya diberi dalam lingkungan ahli-ahli persatuan yang berada diseluruh negara.

Semalam 15.12.2010, Tengku Iskandar telah menganugerahkan darjah dan bintang kebesaran dalam satu majlis yang diadakan dikediaman beliau di Istana Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan sempena ulang tahun pertama Persatuan Kerabat D'raja DYMM Long Yunus dan hari keputeran Tengku Iskandar Almarhum Tengku Ahmad.

Diantara darjah dan bintang kebesaran yang dianugerahkan semalam adalah :-

  • Darjah Kerabat (D.K.) DYMM Long Yunus :- 3 orang penerima
  • Dato Seri Paduka Diraja DYMM Long Yunus (DSPD) :-2 orang penerima
  • Dato Seri D'Raja (DSDJ) :- 8 orang penerima
  • Dato' D'Raja (DDR) :- 18 orang penerima
  • Ahli D'Raja ( A D'raja) :- 105 orang penerima

Dalam buku istiadat majlis yang dikeluarkan pada majlis berkenaan menggambarkan bahawa Tengku Iskandar merupakan pewaris sebenar yang berhak menuntut tahta kerjaan Kelantan dari susurgalur Long Yunus ibni Sultan Sulaiman diantara 1766 hingga 1995. Tengku Iskandar merupakan anakanda kepada Almarhum Tengku Ahmad atau Tengku Long Ahmad ibni Tengku Long Ghafar, Tengku Panglima Raja. Almarhum merupakan individu yang memahkotakan Mantan Sultan Kelantan DYMM Sultan Ismail Petra sebagai Al-Sultan Kelantan. Almarhum juga merupakan ayahanda kepada dua orang Sultanah Johor iaitu Sultanah Nora Ismail dan Sultanah Hajah Zahanariah.

Istana Kelantan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara ini.

Gelaran Baru Isteri PM, YABhg Datuk Seri Utama Rosmah Mansor - 16.12.2010

Gambar diambil dari Berita Harian

Semalam, 15.12.2010, Isteri YAB Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor telah menerima darjah kebesaran tertinggi kerajaan Melaka iaitu Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob. Majlis penganugerahan diadakan di Seri Negeri, Air Keruh, Melaka. Dengan pengurniaan darjah kebesaran ini, Datin Seri Rosmah Mansor sekarang dikenali sebagai YABhg Datuk Seri Utama Rosmah Mansur. Datuk Seri Utama Rosnah Mansor di temani oleh suaminya, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis ini dimana beliau dilihat turut berkongsi kegembiraan bersama isterinya. Penganugerahan ini adalah sempena sambutan Hari Ulang Tahun Rasmi TYT Negeri Melaka pada 09.10.2010 lepas dan Datuk Seri Utama Rosmah Mansur merupakan penerima tunggal anugerah ini.

Ke TMTC - 16.12.2010


Pagi nie Kak Kiah call tanya bila hendak submit petty cash form dan ambil duit kerana esok account closing for Direct Invoice/AP. Selepas siapkan MAPS, Syah inform Dik Noor untuk ke TM Training Center (TMTC) untuk uruskan petty cash bagi pusat kos AKDP 15. Dari Menara TM Syah naik LRT hingga Stesyen Damai dan dari Damai jalan kaki ke TMTC adalah 20 minit. Bukan apa lebih senang dan cepat jalan kaki dari tunggu bas / teksi lagipun jimat kos sebab tak claim apa-apa dengan company. Selepas terima duit petty cash dari Kak Kiah Syah jalan kaki ke Stesyen Ampang Park. Sampai di Ampang park, Syah singgah di The Intermark bersebelahan Plaza You Chuan yang telah dirobohkan tu untuk menyejukkan badan kerana kepanasan jalan kaki dari TMTC ke Ampang Park. Adalah lepak approx 10 minit dan Syah terus ke Stesyen LRT Ampang Park untuk balik ke Menara TM di Jalan Pantai Baharu semula. Sampai office lebih kurang jam 12:00hrs.

Wednesday, December 15, 2010

My Life Today - 15.1202010

Malam tadi Syah di KL Residence dan untuk dinner Syah beli dua bungkus Laksa, satu untuk Syah dan satu untuk Cd, Masalode dan jagung rebus. Jagung rebus Syah makan sambil berjalan di pasar malam berhampiran LRT Melati. Hari ini memang banyak kerja, dari pagi lagi sampai balik tadi dan Syah punya Maps (penilaian prestasi tahunan) pun belum diinput dalam system lagi dan due datenya 17.12.2010 nie. Lunch tadi Syah beli roti kismis dan buah jambu sahaja dan balik tadi masa di Pekan Rawang Syah makan mee goreng mamak sementara menunggu bas ke Rawang Residence. Sampai jer di Rawang Residence Syah lihat rumah sebelah Syah sudah ada penyewa duduk, orang India beraga Hindu. Sempat Syah bersembang dengan penyewa rumah tu Muniandy tak silap Syah nama dia tadi. Mereka tinggal bertiga iaitu sepasang suami isteri dan anak perempuannya. Kata Muniandy anak-anak lelaki dia duduk sekitar kawasan ini juga dan datang pada hari minggu atau cuti sahaja. Anak dan isterinya bekerja manakala dia masih menganggur dan sedang cari kerja. Dulu mereka duduk di Beranang dan ada rumah sendiri tetapi ada masalah terpaksa jual dan sekarang menyewa. Ada dua ekor anjing jantan dia bela dan salah satunya nama King. kadang kala bising juga bunyi anjing tu menyalak tapi biasa-biasakan aje lah. Di Rawang Residence Syah mop lantai dan kemas rumah sedikit. Nampaknya AEL sudah tukar posisi, Azrin lah yang parkingkan tu masa Syah minta pumpkan tayar hari tu agaknya. Petang tadi ada Azrin call dan dia hendak diary dan kalendar kalau ada katanya. Muss juga ada call dan tanya Syah bila Cd hendak balik Kuantan dan Syah kata tak tahu coz today Syah hendak balik ke Rawang. Ayahanda juga call Syah tadi dan dia tahu Syah sedang busy dengan account closing.

Kesihatan Syah ok cuma peha sebelah kiri membawa ke testis Syah kadangkala rasa nilu pula. Memang ada masanya Syah akan rasa begitu. Ubat untuk kolestrol Syah sudah makan selepas solat Maghrib tadi.

Syah di Masjid Jamek Kuala Lumpur - 15.12.2010

Pernah tak anda melihat Masjid ini ? Kepada pengguna LRT di Stesyen Masjid Jamek tentu anda perasan Masjid yang cantik dan indah ini ditepi Sungai Kelang. Ini adalah masjid Jamek Kuala Lumpur. Semalam 14.12.2010, masa Syah berjalan keluar dari TM Training Center, Jalan Semarak selepas Program Engagement Session, terjumpa Abang Talib dan dia jemput naik dan turunkan Syah di Stesyen LRT dan disebabkan asik bersembang mengenai DYMM Sultan Johor, terlepas stesyen LRT Putra dan dia terpaksa turunkan Syah di Stesyen LRT Star Cempaka ... kat Ampang sana tue...........heheheh jauh sasarannya tak per lah. Ingat nak balik terus rumah tetapi disebabkan tersalah stesyen, Syah terus jalan-jalan di KL. Dari Cempaka naik LRT Star ke Masjid Jamek. Dari Stesyen Masjid Jamek Syah terus ke Masjid Jamek Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan Stesyen LRT Putera - Masjid Jamek untuk solat Zohor dan tergerak hati untuk ambil gambar didalam dan luar masjid. Selain daripada menyediakan ruang solat untuk lelaki dan perempuan serta kemudahan tandas dan tempak berwuduk, masjid ini juga menempatkan pejabat pentadbiran, bilik kuliah dan kediaman pegawai-pegawai masjid.

Masjid ini telah didaftarkan sebagai Warisan Kebangsaan dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Masjid ini dibina pada tahun 1909 ditebing pertemuan diantara Sungai Gombak dan Sungai Kelang. Pembinaan Masjid ini diselia oleh A.B. Hubbock yang merupakan seorang jurutera British yang pernah berkhidmat di India. Masjid ini diperbuat daripada batu-batu merah dan mamar yang menyerupai senibina masjid-masjid di Utara India. Masjid ini mempunyai tiga buah kubah dengan dua buah menara yang menghadap arah ke Timur. Masjid ini merupakan salah satu masjid tertua yang masih kekal digunakan di Bandaraya Kuala Lumpur dan menjadi tarikan pelancung. Pada tahun 1984 terdapat pengubahsuaian terhadap dewan solat bagi menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah terutanya untuk Solat Jumaat serta Solat Sunat Aidilfitri dan Aidiladha. Walaupun masjid ini dibuka kepada pelancong tetapi bagi pelancong yang bukan beragama Islam mereka tidak dibenarkan memasuki dewan solat. Jubah disediakan bagi mereka yang tidak menutup aurat.

Gambar-gambar Masjid boleh didapati di Face Book Syah di

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1617881300320&set=a.1617863539876.81088.1635014501#!/album.php?aid=81099&id=1635014501

Engagement Session - 15.12.2010

Dari kiri Saiful, Dik Nor, Abg Zul, Syah dan Nash didepan gerai kami

Semalam 14.12.2010 semua anggota dibawah Seliaan Dr Zainal Abu Zarim, Our Big Boss di HC Planning & Leadership Development berkumpul di Dewan Rumpun Jati, TM Training Center (TMTC), Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Actually sebahagian dari kami sudah berada di TMTC untuk setup majlis ini disamping setiap unit dikehendaki menyediakan gerai makanan secara potluck. Sepatutnya Syah, kak Rose dan boss Syah Dik Nor pergi ke TMTC untuk preparation gerai tapi tak jadi sebab banyak kerja terutamanya preparation untuk closing account. Yang pergi cuma Fad, Saiful, Abg Zul dan Abg Talib. Adalah seorang tu rasa macam tak puas hati tapi seattle coz pagi tu Syah, Kak Rose dan Dik Nor pula buat kerja bersama-sama yang lain menyediakan gerai. Syah dan member di Financial Control and Busines Support menyediakan pencuci mulut @ dessert daripada pelbagai agar-agar dan puding. Main course untuk majlis ini adalah Nasi Ambang. Selain daripada itu terdapat juga gerai rojak, bubur, coklat & kek serta ayam panggang. Majlis dimulai dengan lagu kebangsaan, Lagu KRISTAL (lagu rasmi TM), bacaan doa, ucapan Dr Zainal berhubung pencapai division dalam satu tahun melalui video conferencing keseluruh negara, persembahan video "War Cry", penyampaian sijil dan penghargaan kepada anggota, pengumaman gerai terbaik, majlis sambutan hari lahir dan cabutan bertuah. Majlis berakhir lebih kurang jam 14:00hrs. Program ini dijalan secara quarterly setiap tahun dan tema pada kali ini adalah Black & White.

Monday, December 13, 2010

Tuanku Mizan Kurniakan Darjah Utama Seri Mahkota Negara Kepada Sheikh Hamad - 13.12.2010

Gambar dari Berita Harian

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan rombongan telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha malam tadi jam 20:00hrs waktu Malaysia atau jam 15:00hrs waktu tempatan. Tuanku dan rombongan telah disambut oleh Menteri Negara bagi Kerjasama Antarabangsa Qatar, Dr. Khalid Muhammad Al-Attiyah. Tuanku dan Rombongan Diraja kemudiannya melakukan kunjungan hormat kepada Sheikh Qatar, Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani. Dalam kunjungan ini baginda telah berkenaan mengurniakan Darjah Utama Seri Mahkota Negara kepada Sheikh Hamad.

Jamuan Teh Bersama Rakyat - 13.12.2010

Gambar diambil dari Utusan Malaysia

Sempena sambutan Hari Keputeraan Ke-65 DYMM Sultan Selangor, baginda telah berkenaan mengadakan Jamuan Teh Bersama Rakyat pada hari Ahad 12.12.2010. Majlis diadakan di Padang Mahkota, Istana Alam Shah, Bandar Diraja Kelang, Selangor ini telah dihadiri oleh seramai 3000 orang tetamu. Untuk menghadiri majlis ini para hadirin perlu mendapatkan pas masuk/kad jemputan dari Bahagian Protokol, SUK Selangor dan mereka diwajibkan memakai pakaian kebangsaan. Dalam majlis ini, baginda telah melaksanakan Upacara Menjamah Pulut Kuning sebagai upacara kemuncak dalam Jamuan Teh Bersama Rakyat hari ini. Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YBhg Dato' Ramli Mahmud serta Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor. Para hadiri telah diraikan dengan persembahan kebudayaan disamping persembahan kombo Tentera laut Diraja Malaysia.

Tuanku Mizan ke Qatar - 13.12.2010

Kelihatan Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Seri Paduka Baginda Yang d-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah melambaikan tangan kepada hadirin yang menghantar keberangkatan baginda berdua ke Qatar di Komplek Bunga Raya KLIA.

Semalam Ahad, 12.12.2010 Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong telah berangkat ke Qatar untuk lawatan rasmi negara selama empat hari bermula hari ini. Lawatan ini merupakan lawatan rasmi negara yang pertama bagi baginda berdua ke Qatar sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Dalam rangka lawatan ini, Tuanku Mizan dan rombongan dijadualkan bertemu dengan Amir Qatar, Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani, menghadiri Majlis Jamuan Negara, melawat Muzium Kesenian Islam, Pearl Qatar dan Yayasan Qatar disamping mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di Qatar yang dianggarkan seramai 2500 orang (mengikut daftar kedutaan Besar Malaysia di Qatar).

Menteri pengiring bagi lawatan negara ini adalah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan turut serta adalah Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Malaysia. Lawatan baginda berdua ke Qatar adalah untuk membalas lawatan rasmi Sheikh Hamad ke Malaysia pada Mei 2009. Selain daripada itu lawatan ini juga akan mengeratkan lagi hubungan dua hala yang telah terjalin semenjak dari dahulu lagi disamping memantapkan persefahaman yang wujud diantara Qatar-Malaysia.

Busy day - 13.12.2010

Hari ini Muss outstation ke Pahang dan akan mengaudit Kilang Kelapa Sawit Felda Tementi, Bera, Pahang dan kebiasaannya dia pergi hari Ahad tapi kali ini hari Isnin petang approx jam 15:00hrs atau 15:30hrs katanya. Accommodation mereka di Temerloh. Pagi tadi Syah tumpang kereta Muss sampai LRT Wangsa Maju dan Cd hantar Muss ke pejabat sebab Muss tak bawa kereta outstation. Sampai office agak awal before 08:00hrs.

Hari ini Syah Bz sesangat mana account closingnya lagi dan Engagement Sesion yang akan diadakan esok. Kena pakai black and white dan kehadiran adalah DIWAJIBKAN. Division Syah kena buka gerai di TM Training Center (TMTC) di Jalan Semarak, KL bagi program ini dan petang nie Abg Talib minta kami semua ke TM Training Center for the preparation. Inform my Boss Dik Nor kalau boleh tak pergi petang nie kerana banyak benda yang hendak dibuat tapi my boss kata pergi jer lah. So Syah dah janji dengan Kak Rose nak gi sama-sama. nanti Kak Rose arrangekan transport tapi kalau tak ada orang yang hendak di tumpang kami naik LRT sahaja nanti.

Muss pula outstation kalau tidak senanglah Syah balik nanti tumpang dia dan esok pun boleh tumpang dia sebab office dia dengan TMTC tu cuma 10 minit jalan kaki sahaja, dekat sangat. Nak buat macam mana time dia outstation pula. Its ok jalan kaki dari Stesyen LRT Damai hanya ambil masa approx 30 minit jer dan boleh juga Syah exercise. Dulu Syah pernah jalan kaki dari Damai ke TMTC dah biasa dah tapi kalau rasa malas tunggu bas atau teksi jer lah jawapnya tapi yang malasnya, bas dan teksi kat sini terhad dan jika jalan kaki lagi cepat sampai tapi penat sedikitlah.

Sunday, December 12, 2010

Nak Gi Kenduri Kahwin - 12.12. 2010

Sekarang jam 12:05hrs dan Syah hendak bersiap untuk ke Majlis Perkahwinan Kawan Muss. Syah tak tahu di mana majlis tu cuma Muss inform tadi nak ikut tak dan kalau nak ikut bersiap sekarang dan jam 12:30hrs nak gerak katannya. nanti Syah storey pada semua yek? Bye...........

Raja Muda Perlis Rasmi Promosi Masakan Perlis di Australia - 12.12.2010

Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan rombongan yang masih berada di Australia dalam rangka lawatan kerja Jelajah Ilmu VI Universiti Malaysia Perlis (UniMap) selama seminggu yang bermula pada 09.12.2010 lepas telah berkenaan merasmikan Promosi Masakan Perlis pada 11.12.2010. Dalam titahnya, baginda memaklumkan bahawa Perlis merupakan sebuah negeri yang mempunyai tarikan pelancungan dan keenakan makanannya boleh dijadikan daya tarikan kepada pelancung untuk berkunjung ke Perlis disamping mendekatkan lagi Australia Selatan dengan Perlis. Sebanyak 7 jenis masakan dipromosikan dalam pelancaran ini oleh Penang Malaysian Chinese Restaurant, Adelaide Mall Shopping Center diantarannya Nasi Goreng, Bihun Goreng, Nasi Ayam, Roti Canai, Sate Ayam, Rendang Daging dan Telur Goreng Berbawang. Promosi dijalankan selama dua minggu dan jika ianya mendapat sambutan menu berkenaan akan disenaraikan dalam hidangan restoran tersebut. Sempena promosi ini, satu persembahan kebudayaan Perlis termasuk tarian Canggung telah diadakan di Adelaide Mall Shopping Center dan para hadirin telah dijemput mencuba tarian ini. Raja Muda Perlis dan rombongan Jelajah Ilmu VI UniMap juga telah mengadakan perjumpaan dengan pelajar Malaysia di Australia Selatan disamping mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pelajaran Australia Selatan, Jay Weatherill.