Friday, October 29, 2010

En Barudin Meninggal Dunia - 29.10.2010

Dengan rasa sedihnya dimaklumkan bahawa rakan sekerja kami di TM , Encik Barudin bin Sulaiman, Pengurus di Fundamental AND Pahang, telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis 28 Oktober 2010 bersamaan 20 Zulkaedah 1431H lebih kurang jam 9.00 pagi, di Hospital Pakar Kuantan. Jenazah arwah yang berumur 48 tahun telah selamat dikebumikan selepas waktu zohor hari yang sama di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi, Kuantan, Pahang. Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada Syarikat dan sukar untuk dicari ganti. Dengan ini marilah sama-sama kita hadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Insya Allah. AL-FATIHAH.

Inilah Syah - 29.10.2010

Kepada Pembaca Blog Syah Yang di Kasihi Semua, Ini Adalah Video Syah yang Dirakamkan Oleh My Bro Muss Semasa Di Ampang Park Shopping Complex. Biasanya Anda Semua Melihat Syah Melalui Gambar dan Sekarang Syah Sertakan Rakaman Video Syah Untuk Tatapan Semua. Jika Berjumpa Syah DiLuar Sana Tegur-Tegurlah Yer........... Terima Kasih Atas Sokongan Anda Kerana Tanpa Kalian Semua Siapalah tengkusyah.blogspot.com.

video

Mee Jawa - 29.10.2010

Today solat Jumaat di Surau Menara TM. Selepas solat Syah ke Pusat Penjaja Menara TM dan beli Mee Jawa. Dah lama tak makan mee jawa Pak Yob nie. Memang best giler terangkat siut.... Hehhehhe. Kemudian Syah beli Masalodeh dan Wadeh dikedai Eric. Mee Jawa harganya RM2.50 dan kuih tu RM1.00 (2 x 0.50/pcs) Syah Tawpow dan makan di office. Hari ini office lengang sedikit kerana Kak Has, Siva dan Nani ke TMTC ada program Knowledge Sharing dan abang Tukiman MC TAPI my Boss dan Yayasan TM Team semuanya ada.

Traffle untuk Breakfast - 29.10.2010

Pagi tadi Syah breakfast macam biasa iaitu cereal + low fat milk. Tetiba sahaja Kak Has panggil katannya Fatin ada bawa traffle (kalau salah eja abaikan jer ejaan tuh. hehehehe) dan Syah pun rasalah. Dalam hati kata mengapa rasa lain dan Syah buat hari tu rasanya manis gila coz resipinya dari Fatin juga. Rupa-rupanya Syah tersilap letak kuantiti antara susu cair dan susu pekat. Apa-apapun rasanya sedap dan dapat pujian tetamu. Fatin tergelak bila Syah inform perkara nie. Hari ini Fatin bawa dua Traffle dan salah satu merupakan kegemaran family dia iaitu diperbuat daripada pisang. Memang sedap dan Syah beri 5 Bintang. Heheheheheh kalau anda pernah buat traffle nie cubalah tukarkan isinya daripada kek dan fruit cocktail kepada pisang. Cuba dahulu baru tahu. Nak buat pisang tu special sedikit tapi nantilah Syah cerita dilain entry ........ Insyallah.


Tersepit DiCelah Penumpang - 29.10.2010

Pagi tadi Komuter lambat, Ada ETS Train dari Ipoh tapi kami tidak dibenarkan naik kecuali Shuttle Train dari Ipoh sahaja boleh dinaiki untuk ke KL Sentral. Ialah ETS kan tambangnya mahal dan train baru sebab tu mereka tak benarkan penumpang di stesyen lain naik. Tapi yang tak bestnya Syah lihat staf-staf KTM yang hendak ke KL Sentral boleh pula naik, nampak sangat pilih kasihnya kerana sepatutnya pelanggan diutamakan dan kalau tak boleh naik staff pun sepatutnya tidak dibenarkan naik. Apa perasaan anda jika melihat keadaan ini berlaku padahal kami yang lain nie bersesak-sesak menunggu di landasan.
Hampir 07:30am Komuter sampai dan disebabkan orang ramai Syah tak dapat duduk dan terpaksalah berdiri selama satu jam dari Rawang ke KL Sentral. Tak mengapa dah biasa dah dengan keadaan begitu. Gambar diatas tu semasa di Stesyen Rawang dan gambar dibawah pula di Stesyen seterusnya hingga sampai ke Kuala Lumpur. Ini adalah keadaan biasa yang kami sering hadapi sepanjang hari terutamanya on the peak hours. Kadangkala kedengaran suara-suara yang tidak menyenangkan kerana tension coz dahlah sempit tapi penumpang lain bertolak-tolak untuk masuk juga kerana mengejar masa. Perkataan "Tak Reti Bahasa", "Bodoh" , mencarut dan berbagai lagi sudah menjadi kebiasaan bagi penumpang Komuter nie. Jika anda tidak biasa naik perkhidmatan awam diwaktu puncak sebegini tentu anda akan terkejut beruk mendengar kata-kata tu tapi kami dah lali dah............... . KTM haruslah mencari jalan penyelesaian secepat mungkim memandangkan permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan mereka manakala perkhidmatan yang ditawarkan tidak mencukupi. Sudah tentunya KTM memperolehi pendapatan yang lumayan dari kami sebagai pengguna dan gunakanlah sedikit keuntungan itu untuk memudahkan kami semua.

Thursday, October 28, 2010

Balik Rawang - 28.10.2010

Hari ini Syah keluar awal sedikit iaitu jam 05:20pm dan terus menuju ke LRT Kerinchi. Sampai sahaja ke platform Syah lihat orang ramai berkumpul dan hampir penuh platform. Jika fenomena begini maknanya LRT ada masalah dan macam biasa alasan yang diberikan melalui announcement adalah technical problem. Walau bagaimanapun ianya tidak lama coz 5 minit kemudian LRT sampai dan Shukur Alhamdulilah, kalau tidak sia-sia sahaja Syah keluar awal. Sampai di KL Sentral masih awal lagi coz Shuttle Train ke Ipoh bertolak jam 06:05pm. Ingat hendak makan sandwich di Subway tetapi bila teringat insiden Syah buang sandwich tu pada bulan puasa lalu tak jadi nak beli. Bukan apa syah nampa salah seorang pekerja asing tu tangannya berdarah dan di pegang makanan customer, Sepatutnya dia letak plaster ker ini tidak walaupun tangan mereka bersarung tangan plastic lutsinar tapi nampak darah ditangannya mengalir. Malas nak bising syah terus buang dalam tong sampah. Lebk baik rugi RM10.00 daripada menanggung sakit maklumlah pekerja asing ini kebanyakannya berpenyakit. Syah terus ke McD dan beli set burgernya. epas beli burger terus Syah ke shuttle station di aras 1 KL Sentral bersebelahan KFC.

Empat Kunci Kemurkaan - 28.10.2010

Sebentar tadi Syah menerima e-mail dari seorang kenalan bertajuk Empat Kunci Kemurkaan iaitu sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani dan al-Baihaqi. Syah hendak berkongsi bersama anda semua dipetang Khamis Malam Jummaat ini :-

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Empat kalangan yang pada waktu pagi mereka dimurkai Allah dan pada waktu petangnya juga dimurkai Allah. Abu Hurairah bertanya: Siapa mereka wahai Rasulullah? Jawab baginda:” Orang lelaki yang berlagak seperti wanita, kaum wanita yang berlagak seperti lelaki. Orang yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan hubungan sejenis.” (At-Tabrani dan al-Baihaqi)

Huraian

  1. Allah S.W.T melaknat orang yang melakukan perbuatan keji dan terkutuk seperti golongan bapuk (maknyah), perempuan yang berperwatakan lelaki, mereka yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan homoseks dan lesbian.
  2. Semua perbuatan ini jelas menunjukkan penentangan terhadap hukum fitrah manusia yang seolah-olah menolak ketetapan Allah S.W.T. Mereka membiarkan hawa nafsu menguasai diri hingga sanggup melakukan perkara mungkar bahkan lebih jijik lagi sanggup bersetubuh dengan binatang.
  3. Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang amat dimuliakan oleh Allah S.W.T. Sewajarnya mereka bertindak selaku orang yang berakal fikiran bukan seperti binatang yang bernafsu buas tanpa mengenal buruk baik, halal dan haram.
  4. Syaitan adalah musuh utama manusia. Setiap perbuatan buruk yang dilakukan adalah petanda bahawa seseorang itu sudah terpengaruh dengan godaan dan hasutannya.

225 Individu Menerima Darjah Kedesaran Daripada Yang Di-Pertuan Agong - 28.10.2010

Hari ini sekali lagi diadakan istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Balairong Seri Istana Negara. Hari ini seramai 225 individu dijadualkan penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat berkenaan seperti berikut :-

  • Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) membawa gelara Tan Sri dianugerahkan kepada 5 individu.

    Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) membawa gelaran Datuk dianugerahkan kepada 4 individu.

    Johan Mangku Negara (JMN) dianugerahkan kepada 6 individu

    Johan Setia Mahkota (JSM) dianugerahkan kepada 13 individu

    Kesatria Mangku Negara (KMN) dianugerahkan kepada 69 indiividu

    Ahli Mangku Negara (AMN) dianugerahkan kepada 78 individu

    Pingat Pangkuan Negara (PPN) dianugerahkan kepada 50 individu.

    Tahniah kepada semua penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan.

Perdana Menteri India Mengadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong - 28.10.2010

Gambar diambil dari Utusan Malaysia

Petang semalam 27.10.2010, Perdana Menteri India, Dr. Manmohan Singh dan pasangannya Gursharan Kaur telah meluangkan masa selama setengah jam untuk mengadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisur Agong. Seri Paduka berdua telah berkenaan menerima kunjungan hormat PM India itu di Dewan Mengadap Kecil, Istana Negara jam 04:40pm. Turut serta mengadap adalah Menteri Perdagangan dan Industri India, Anand Sharma; Penasihat Keselamatan Negara India, S.Menon; Setiausaha Timur, Kementerian Luar Negeri India, Latha Reddy dan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Vijay Gokhale. Turut mengiringi deligasi dari India adalah Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S.Subramaniam dan Isteri, Datin Dr. S.Umarani selaku Meneri Pengiring; Pesuruhjaya Malaysia ke India, Datuk Tan Seng Sun dan isteri, Datin Julia Tan; dan Setiausaha Bahagian Kanan Direktorat Asia , Oceana dan Afrika Utara, Datuk Haryati Ismail. Dari Istana Negara, deligasi dari india ini bertolak ke Brickfield untuk upacara perasmian Little India oleh Dr. Manmohan Singh dan Perdana Menteri yang amat kita kasihi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Cereal dan Low Fat Milk - 28.10.2010


Perjalanan dari Rawang Residence ke Office berjalan lancar dan Shukur Alhamdulillah seperti yang diharapkan. Untuk breakfast pagi nie, ingatkan hendak cari lepat pisang atau kuih yang berkukus tetapi Syah tak jumpa kuih tu di food court lalu Syah turun ke -1 Menara TM untuk ke My News.com dan beli Nestle Fitness & Fruit - Low Fat Whole Wheat Cereal with HL Low Fat Milk – Strawberry Flavored Milk. So Syah makan cereal dengan low fat susu, Actually Syah nak beli HL Low Fat Milk biasa tapi tak ada pack kecil yang ada cuma perisa strawberry. Jadi Syah beli sahaja tapi rasanya agak manis pula dan tak berapa minat lah, lebih preferred yang tidak berflavor. Lepas sarapan macam biasa Syah ambil supplement Fish Oil 1000mg dan Bio Enhance Vitamin E 250 i.u.

Wednesday, October 27, 2010

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Peringkat Persekutuaan - 27.10.2010

Semalam Selasa, 26.10.2010 Yang Di-Pertuan Agong Malaysia XIII, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan mencemar duli mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat peringkat Persekutuan dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat di Istana Negara. Seramai 268 orang individu telah menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat dalam istiadat pada kali ini yang telah diadakan di Balairong Seri Istana Negara bermula lebih kurang jam 10:00am dan berakhir jam 11:00am. Tahniah Syah ucapkan kepada semua penerima.
Tuanku Mizan mengurniakan Pingat Kesatria Mangku Negara kepada Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, En Irmohizam Ibrahim - gambar diambil dari bernama.

Terlepas Bas - 27.10.2010

Pagi tadi Syah terlewat bangun kerana terlupa hendak kunci alarm. Biasanya Syah bangun jam lima pagi tapi hari ini jam enam setengah baru Syah bangun. Sure Heboh punya ................. bas sudah terlepas. So Syah mandi, solat dan bersiap untuk ambil next bas lebih kurang satu jam lagi. Masa Syah lalu rumah Kak Cik tak nampak kereta mereka means mereka tak ada dirumah lagi. KEmana pula yer ……….. mungkin rumah Firdaus atau balik Pontian. Teringat pula dekat Amsyar (cucu Kak Cik) bila agaknya nak operate telinga dia. Masa tunggu bas, sempat sms my boss dan Kak Has informed Syah lambat kerana terlepas bas. Bas sampai hamper jam 07:30am dan bila sampai sahaja ke KTM, komuter suda ada dan dah mula hendak bergerak. Apa lagi dengan tergesa-gesa terus Syah masuk train.

Beginilah Keadaan Dalam Coach Wanita yang Syah Tersilap Naik Pagi Tadi


Tak berapa lama kemudian Syah rasa mengapa train nie rasa lain macam sahaja dan Masyallah ………….. rupa-rupanya Syah tersalah Coach coz Syah masuk gerabak khas untuk Perempuan …… Kuang ….3 X. Untung tak ada wanita-wanita yang dalam coach tu sound Syah kalau tidak malunyerrrrrrrrrrrr. Bila sampai stesyen berikutnya iaitu Batang Kali Syah terus keluar dan berpindah ke gerabak hadapan. Mak aiiiiiiiii dari KTM Sungai Buluh sampai KTM Putra orang ramai dan Syah berdiri tersepit dicelah-celah orang ramai yang bertolak hendak masuk juga. Rasa macam nak mengamuk jer tapi sabarlah nak buat macam mana memang situasi begitu perlu dihadapi terutamanya pada waktu puncak. Keadaan lega bila sampai Stesyen Putra dan baru boleh bernafas sedikit. Sampai KL Sentral jam 08:30am. Dari KL Sentral naik LRT ke Kerinchi dan Syah sampai office jam 09:00am.

Kacang Pangang - 27.10.2010


Malam tadi makan kacang panggang dan Soyabean. Sepatutnya orang makan benda nie untuk breakfast tapi Syah buat dinner pulak. Tak per hentam jer lah labu … Heheheh. Syah beli bake beans dan masukkan hirisan bawang merah kemudiannya panaskan dalam microwave. Kadangkala Syah goring keropok juga guna microwave juga. Cuma masukkan keropok dan guna volume high lebih kurang 2 atau 3 minit. Kena jenguk-jenguk juga dalam microwave takut keropok tu hangus. Sedap juga coz tak guna minyak. Malam tadi semasa turun dari bas, Syah jumpa jiran Syah (perempuan) orang India dan dia jemput Syah datang rumah dia depavali nanti, Wahhhhhhhhh terharu rasanya, teringat pula semangat 1 Malaysia. Kebetulan Syahpun tanya dia mengenai jiran sebelah rumah Syah yang macam sudah pindah tu. Kakak tu inform memang jiran Syah tu sudah pindah ketempat lain coz Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tidak benarkan lori berat parking ditepi jalan besar hadapan Rawang Residence Syah. Jadi dia terpaksa cari rumah lain untuk parking lori besar dia. Cam tu rupanya tapi, yang Syah heran tu ada juga jiran Syah yang parking jentolak depan rumah atau lori belakang rumah MPS tak kisah pula. Kalau nak kata lori muatan berat akan rosakkan jalan apa beza dengan jentolak tu, Entahlah…………..

Tuesday, October 26, 2010

Genap Setahun Pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan - 26.10.2010

Hari ini (26.10.2010) genap setahun Pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. Tahun lepas pada hari ini Syah berada di Bandar DiRaja Seri Menanti bagi menyaksikan Pertabalan Yamtuan diBalairung Seri Istana Besar Seri Mananti. Selepas majlis Istiadat Pertabalan Syah singgah sebentar ke Makam DiRaja sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Terima kasih kepada YAM Tunku Zain Al' Abidin atas jemputan, En Mohsin (Kerabat DiRaja Negeri Sembilan) yang banyak memudahkan urusan Syah di Istana semasa Pertabalan dan Che Wan yang banyak membantu dari segi logistik dan photography. Kenangan ini akan Syah sematkan di sanubari Syah sehingga akhir hayat kerana iannya merupakan peluang keemasan yang sukar dimiliki oleh semua orang.


Yee Mee Kung Foo + Barli Panas untuk Lunch - 26.10.2010

Waktu lunch biasanya jam 01:00pm tetapi hari ini Syah keluar awal kerana nak release tension al-maklumlah minggu account closing nie semuanya nak di settlekan secepat mungkin. Terfikir-fikir nak maakan apa, ingatkan hendak ke food court dan makam meehon soup tapi tak jadi dan Syah teru jalan ke Kerinchi LRT Station dan makan Yee Mee Kung Foo dan Hot Barli. Makan sorang-sorang jer..................

Yee Mee nie 1st time mereka hantar Syah reject kerana dia letak udang. Syah panggil waiter dan inform "Saya Order Tadi Yee Mee Kung Foo letak Sayur dan Ayam Sahaja, mengapa ada udang" Mula-mula dia kata itu yang Syah order tapi akhirnya dia tukarkan sepertimana yang Syah minta. Syah kata "Sorry Yer Kak" dan dia kata "tak mengapa". Adalah dalam 10 minit makanan yang Syah pesanpun sampai. Lepas makan Syah terus balik coz nak bagi peluang orang lain yang hendak makan kerana sekarang nie waktu sibuk untk lunch. Mungkin malam nie tak nak makan Lahhhhhhhhh...............

Urtabam - 26.10.2010

Hari ini Syah dari Rawang Residence dan mungkin minggu ini Syah lebih banyak berada disini. Malam tadi balik tak nampak Bak dan Mak Cik , Syah ingatkan mereka keluar ke Pekan Rawang. Pagi tadi masa keluar kerja tak nampak kereta mereka, mungkin mereka tidur rumah Firdaus kot ? Perjalanan hari ini berjalan lancar dan Syah sampai office 08:15am. Dari rumah Syah pakai t-shirt sahaja dan tukar baju kerja di office kerana Syah sudah letak empat helai kemeja didalam bilik stor. Semalam Syah hantar baju Syah ke laundry di aras -1, Menara TM untuk digosok dan mereka caj RM1.50 sehelai dan Syah hantar empat helai baju untuk dipakai pada hari Selasa hingga Jumaat

Proses menyediakan Urtabam. Banyak lagi gambar-gambar mengenai proses menyediakan urtabam didalam Album di Facebook Syah @ Tengku Sahiyar Shaari Al-Haj

Malam tadi untuk dinner Syah makan Urtabam dan minum Less Sugar Soya Bean . Syah makan 2 pcs Urtabam sebab lapo giler kerana tidak mengambil makanan berat siang semalam. Urtabam nie adalah Tosei Cuma tosei nipis dan Urtabam nie tebal. 1st time makan benda nie Syah tak tahu namanya Urtabam, cuma datang idea dan tanya mamak jual roti canai yang saya hendak tosei tapi tak mau nipis, saya hendak tebal sedikit. Mamak tu informed benda tu namanya Urtabam dan semenjak tu lah Syah tahu pasal Urtabam nie dan meminatinya. Tak semua orang tahu pasal menu nie dan kadangkala bila Syah ke kedai Mamak dan minta benda nie mereka tersenyum jer sebab kaum India jer tau makanan nie. Hehehehhehe............ Syah selalu beli Urtabam di Restoran Al-Bidayah – Nasi Kandar Pulau Pinang, disebabkan sudah biasa dengan mereka Syah selalu minta supaya tidak letakkan minyak. Kedai makan nie terletak bersebelahan 7Eleven dipekan Rawang, tempat Syah menunggu bas untuk ke Rawang Residence di Taman Garing Utama.

Tapow Urtabam di Al-Bidayah dan Makan di Rawang Residence

Monday, October 25, 2010

Elia Suhana hilang hak melawat DYMM Sultan Ismail Petra - 25.10.2010

Semalam 24.10.2010 Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Kelantan memutuskan bahawa isteri kedua Mantan Sultan Kelantan, Elia Suhana hilang hak lawatan untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri kedua DYMM Sultan Ismail Petra. Hak berkenaan diterima oleh Elia Suhana secara exparte pada 04.10.2010. Hakim Mohammed Yusoff Awang dalam penghakimannya membuat keputusan bahawa penyampaian atau perintah hak lawatan Elia Suhana ke Singapura tidak sah kerana mahkamah disini tidak mempunyai bidang kuasa mengenai apa yang berlaku di Singapura. Mahkamah Syariah Tinggi Kota Baharu hanya berkuasa melaksanakan perintah di dalam Malaysia sahaja.

Pada 04.02.2010 Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Kelantan telah mengeluarkan perintah membenarkan Elia Suhana Ahmad, Isteri kedua Mantan Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra bertemu secara rasmi dengan baginda bagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Perintah itu membenarkan beliau bersama DYMM Sultan Ismail Petra bermula jam 07:00am setiap Sabtu hingga Jam 07:00am hari Isnin. Walau bagaimanapun beliau tidak pernah dapat berjumpa suaminya kerana dihalang oleh Isteri pertama suaminya, YMM Raja Perempuan Tengku Anis. Elia Suhana melalui peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan telah membawa kes ini ke mahkamah.

Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu telah menerima permohonan YMM Raja Perempuan Tengku Anis untuk mengetepikan perintah lawatan yang diperolehi secara exparte oleh Elia Suhana tanpa memberikan penjelasan lanjut. Begitu juga Mahkamah telah memihak kepada YMM Raja Perempuan Tengku Anis, Mohd Shahrizan Zainal Abidin dan Zaiton Hussein Merican untuk membatalkan notis tunjuk sebab kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi Syariah Kota baharu untuk membenarkan Elia Suhana melaksanakan perintah exparte untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri yang dikeluarkan pada 04.02.2010 berkenaan. Dengan keputusan Mahkamah ini berakna ketiga-ketiga mereka terlepas daripada hukuman penjara tidak kurang dari enam bulan kerana ingkar perintah mahkamah.

Semalam, Fakhrul memaklumkan bahawa anak guamnya akan memfailkan rayuan ke atas keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah berhubung kehilangan perintah lawatan berkenaan. Beliau memaklumkan bahawa Elia Suhana berasa hairan berhubung penarikan hak lawatannya kerana Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu sendiri yang telah mengeluarkan perintah berkenaan sebelum ini. Macam-macam hal terjadi di Kelantan nie. Syah berharap agar Elia Suhana bersabar dengan dugaan ini dan tidak berputus asa menegakkan kebenaran bak kata pepatah orang Indonesia Disaat satu pintu itu tertutup akan terbuka pintu yang lain.

Birthday Tuanku - 25.10.2010

Ini adalah gambar-gambar Hari Keputeraan Tuanku Sultan Pahang yang Syah download dari Kosmo dan Berita Harian. Gambar diatas kelihatan Tuanku memotong Kek Keputeraan Baginda Ke-80 di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang dan dibawah pula adalah Istiadat khas penganugerahan Darjah D.K. kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak pada sebelah malamnya. Sila layari entry Syah semalam bagi majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Bintang Negeri Pahang Darul Makmur.

Sunday, October 24, 2010

Sakit Syah dan Bosannya Sekarang - 24.10.2010

Sekarang jam 06:10pm dan diluar sana tu hujan lebat bagai nak roboh langit dibuatnya. Ingatkan nak keluar jalan-jalan sambil berlari-lari anak pada jam 05:30pm tadi tapi dibatalkan kerana hari sudah mula nak hujan dan sekarang lebat. rasa boring pula sorang-sorang dirumah coz Muss keluar outstation ke Gua Musang, Kelantan petang tadi dan Cd keluar dan mungkin ke rumah Zul kerana birthday girl. Nak menonton Astro biaslah kalau hujan macam nie tau sama tau jer lah kan................ Nak tengok VCD tak tau cerita apa. Hemmmmmmmmm ........................
Mengenai sakit Syah pula sudah lama rasa sakit masa buang air kecil/besar dibahagian testis Syah sudah tiada tapi kadangkala sekali-sekali iannya datang juga. Semalam masa nak ke PWTC jadi lagi selepas ke tandas untuk buang air besar/kecil dan masa tu perut sakit. Dua tiga kali selepas buang air kecil rasa sakit tu ada tetapi hilang lepas tu. Hatri nie taklah sakit tapi ada rasa sedikit tapi kira ok lah. Suppliment yang Syah makan untuk buang toksin tu nampak macam ok jer dan Syah banyak kali juga buang air besar dan tak sembelit. Syah rasa macam kekeringan dan mulut serta dan bahagian dibawah lidah Syah rasa macam nak pecah-pecah (ulser) mungkin kurang minum kot sehari dua nie. Kat gigi depan sebelah bawah rasa nilu mungkin sebab ulser baru nak jadi kat area bahagian di bawah lidah tu kot? Bahagian dekat bawah lidah dan bukannya lidah yer. Tapi Syah ada sapu ubat ulser dan minta-minta tak melarat. Sehari dua nie peha Syah rasa sakit ototnya macam orang buat kerja berat dan rasa nilu. tak tahu kenapa mungkin kesan suppliment toksin tu ker. Entahlah........... Mata yang rasa sakit tu sudah ok tapi still letak ubat titik yang ada antibiotik tu.

Resipi Nasi Goreng Ikan Bilis Cili Api (Brunch for today) - 24.10.2010

Untuk brunch hari nie Syah masak Nasi Goreng Ikan Bilis Cili Api dan telur dadar. Ada ulam dan buah pisang berangan. Tengahari tadi Muss dan Cd makan nasi Goreng tu tapi Syah buat mee segera Cintan dan makan biskut Lexus Chocolate Creama plak coz rasa nak makan benda tuh. Nasi goreng nie simple sahaja dan resipi dari bonda saudara Syah, Bonda Ejon. bahan-bahannya cuma :-
  • Cili Api atau ada setengah orang panggil cili burung.
  • Bawang Putih / Merah
  • Ikan Bilis
  • Kobis dihiris halus
  • Serbuk Perasa
  • Garam
  • Telur Ayam
  • Nasi Putih

Cara-Cara :-

  • Tumbuk Cili Api, Bawang Merah/Putih dan Ikan Bilis sekali. My style, Syah akan tumbuk cili api dahulu sampai lumat bijinya coz Syah tak suka tengok biji cili tu. Selepas lumat cili api tu Syah masukkan ikan bilis dan tumbuk sampai hancur sedikt sahaja dan masukkan bawang tadi dan tumbuk sedikit.
  • Panas minyak dan masukkan bahan di atas. Tumis sampai garing.
  • Masukkan Nasi dan kacau hingga rata.
  • Buat lubang ditengah kuali dan pecahkan telur. kacau telur tu seketika hingga masak dan gaulkan dengan nasi tadi hingga sekata.
  • Masukkan serbuk perasa dan garam dan kacau supaya garam dan serbuk perasi tu sebati dengan nasi.
  • Masukkan kobis dan kacau seketika hingga kobis masak.
  • Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng dan telur dadar. Macam Syah, Syah susun telur tu ditepi nasi supaya senang dimakan tapi terpulang kepada kreativiti anda. Anda juga boleh dadar nipis telur tadi dan digulung macam buat kuih ketayap dan dipotong nipis-nipis dan taburkan atas nasi goreng anda.

Anda juga boleh menambahkan ikan bilis goreng dan kacang goreng dan ditabur atas nasi atau digaulkan sekali bersama nasi. Seperkara lagi. Jika anda suka, semasa menumis tadi anda boleh masukkan belacan dan lebih sedaplagi jika belacan tu dibakar hingga wangi dahulu. Selamat mencuba kerana ianya masakan yang simple dan mudah disediakan untuk keluarga terutamanya di hujung minggu atau balik dari pejabat.

Muss Outstation Gua Musang - 24.10.2010

Jam 02:30pm nanti Muss akan outstation ke Gua Musang, Kelantan dengan member dia A Razak. Muss tunggu kawannya tu fetch dia, kerana kali ini giliran kereta Razak. Sekarang Razak berada di Kuantan dan dalam perjalanan ke KL untuk ambil Muss. Dari KL mereka akan terus ikut jalan Raub - Bentung - Kuala Lipis terus ke Gua Musang. Mereka akan menjalankan tugas-tugas Audit di Kilang Sawit Aring, Felda Aring, Gua Musang, Kelantan. Sebentar tadi dia confirmkan bilik di hotel Gua Musang takut mereka batalkan maklumlah kawasan tu akan diadakan pilihanraya kecil DUN Galas pada 26.10.2010 nanti, sure permintaan untuk penginapan full house. Mudah-mudahan BN dapat menawan semula Galas untuk menaburkan baktinya kepada rakyat disana. Ok Mus dan A Razak semuga perjalanan kalian selamat dan segala urusan anda semua dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin. Take Care.

1211 Menerima Anugerah Darjah Kebesaran dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang - 24.10.2010

Hari ini seramai 75 orang telah menerima Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang ke-80. Menteri Besar Pahang telah mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang yang disampaikan oleh Baginda Sultan Haji Ahmad Shah di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Bandar Diraja Pekan, Pahang Darul Makmur. Manakala satu istiadat khas akan diadakan pada malam ini ditempat yang sama untuk menyampaikan darjah kebesaran DK kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Untuk tahun ini sahaja jumlah keseluruhan penerima Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang adalah seramai 1,211 orang penerima seperti berikut :-
  1. Darjah Kerabat Seri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (DK) dianugerahkan kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.
  2. Darjah Seri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang (SDSA) membawa gelaran Dato' Seri Diraja kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob. Darjah kebesaran ini merupakan yang pertama kali diperkenalkan sempena hari keputeraan Tuanku Sultan Pahang ke-80.
  3. Darjah Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato' Seri kepada 20 orang penerima termasuk dua orang adinda Tuanku Sultan pahang iaitu Tengku Dato' Nong Soraya dan Tengku Dato' Sulaiman.
  4. Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Dato' kepada dua orang penerima.
  5. Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Dato' kepada 26 orang penerima.
  6. Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato' kepada 96 orang penerima termasuk penerbit dan pelakon vetran Datin Rosnani Ludin (Rosnani Jamil) dan pengulas sambilan RTM Hasbullah Awang.
  7. Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada 31 orang penerima.
  8. Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) kepada 76 orang penerima termasuk jaguh angkat berat negara, Amirul Amizan Ismail.
  9. Darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) kepada 59 orang penerima.
  10. Darjah Ahli Mahkota Pahang (AMP) kepada 179 orang penerima.
  11. Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) kepada 159 orang penerima.
  12. Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) kepada 185 orang penerima.
  13. Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada 382 orang penerima.

Syabas dan Tahniah Syah ucapkan kepada semua penerima Darjah Kebesaran dan Pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-80 tahun.

Sejarah Mata Pelajaran Wajib Lulus - 24.10.2010

Matepelajaran SEJARAH WAJIB LULUS bagi SPM atau Sijil Peperiksaan Malaysia mulai tahun 2013 atau dengan kata lain perkataan yang mudah difahami, jika tidak lulus matapelajaran Sejarah mereka dikira gagal dalam SPM. Subjek ini juga akan dijadikan matapelajaran teras mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2014. Baru sekarang kementerian pelajaran buka mata untuk menangani masalah generasi muda yang tidak faham tentang sejarah negaranya sendiri sehingga sanggup menuntut sesuatu yang difikirkan logik tanpa mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Walau bagaimanapun langkah Kementerian Pelajaran ini harus mendapat setinggi-tinggi pujian bagi membentuk masyarakat yang cintakan Negaranya disamping memahami konsep 1Malaysia dengan cara yang betul mengikut perlembagaan negara kita. Timbalan Perdana Menteri dan juga merupakan Menteri Pendidikan, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan perkara ini semasa Perhimpunan UMNO 2010 di PWTC semalam 23.10.2010. Dalam kenyataannya, beliau menjelaskan bahawa keputusan Kementerian Pelajaran itu adalah selaras dengan pandangan sebahagian besar para perwakilan perhimpunan UMNO 2010. Tambah beliau, Implementasi berhubung perkara ini dilaksanakan pada 2013 dan 2014 kerana ingin memberi tempoh masa yang cukup untuk melatih guru-guru disamping memberi pelajar tempoh masa persediaan secukupnya sebelum sistem baru ini diperkenalkan. Jika dahulu kita kata tak minat sejarah kerana tak luluspun tak apa dan malas hendak menghafal tarikh atau fakta tetapi sekarang tanamkan semangat kepada anak-anak kita untuk mencintai matapelajaran Sejarah itu sendiri jika tidak mahu gagal dalam peperiksaan.

Syah Jalan-Jalan @ Perhimpunan Agung UMNO 2010 semalam 23.10.2010

Sekarang ini kita lihat ada iklan yang menggalakkan kita menggunakan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi. Perkara ini juga harus mendapat perhatian serious oleh pentadbiran YAB Perdana Menteri yang amat kita kasihi supaya raakyat mengguna dan mengutamakan Bahasa Malaysia kerana jika kita dengar dan lihat diluar sana banyak orang Malaysia menggunakan Bahasa Ingeris untuk berkomunikasi sehingga tidak fasih berbahasa Malaysia sebagai orang Malaysia. Perkara ini harus dipantau dengan kadar segara. Jika kaum cina atau India kurang fasih berbahasa Malaysia, itu perkara biasa yang tidak sepatutnya berlaku TETAPI lebih menyedihkan lagi orang Melayu itu sendiri tidak menggunakan bahasa Malaysia itu sendiri malah berbangga jika anak-anak mereka fasih berbahasa inggeris. Kita bukannya anti Bahasa Inggeris tetapi alangkan baiknya jika kita fasih berbahasa kebangsaan Negara kita sendiri disamping memahami bahasa-bahasa lain utama dunia kerana itu lebih baik daripada fasih berbahasa asing tetapi tak tahu bahasa negara sendiri. Bagaimana kita hendak mengujudkan satu genarasi baru yang cintakan bangsa dan negara Malaysia jika anak-anak kita tidak memahami sejarah dan bahasa negara mereka sendiri, kerana generasi muda inilah nanti yang akan meneruskan legasi kita meneraju negara ini dimasa hadapan.


Saturday, October 23, 2010

Selamat Menyambut Hari Keputeraan Ke-80 KDYMM Sultan Pahang - 23.10.2010

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah
Ampun Tuanku Beribu-Ribu Ampun
Sembah Patik Harap DiAmpun

Patik Dengan Rendah Diri Mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Keputeraan Ke-80 tahun pada 24 Oktober 2010 kepada
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah.


Semuga ALLAH Mengurniakan Rahmat NYA Keatas KDYMM Tuanku Sultan Pahang Darul Makmur dan Semuga Dikurniakan Kesihatan Yang Baik dan DiPanjangkan Umur.
AMIN.


DIRGAHAYU TUANKU PATIK

Persidangan UMNO 2010 - 22.10.2010

BERANGAN Jap ... Jangan Marah Yek?

Petang tadi selepas balik daripada kerja Syah ke Pusat Dagangan Dunia Putra untuk melihat-lihat keadaan Perhimpunan UMNO 2010. Sewaktu tiba orang ramai tertumpu pada skrin besar di PWTC kerana perwakilan sedang menyampaikan hujah masing-masing. Syah sempat ke aras 3 untuk melihat jualan disitu dan Syah terjumpa Deja Moss digerai Kek Lapis Sarawaknya. Syah sempat mengambil gambar-gambar di PWTC sempena perhimpunan ini dan kepada anda yang berminta boleh melayari laman facebook Syah @ Tengku Sahiyar Shaari Al-Haj dan view album Perhimpunnan UMNO 22,10.2010.

Friday, October 22, 2010

Solat Jumaat - 22.10.2010

Hari ini Syah solat Jumaat di Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur kerana sudah lama Syah tak solat disini, rindu pula rasanya. Tajuk khutbah Jumaat kali ini adalah RAAKYAT DIDAHULUKAN dan telah disampaikan oleh Imam Solat Jumaat hari ini iaitu Ustaz Amru Al Haz bin Adnan.
Dari office Syah turun di LRT Central Market dan jalan kaki ke Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur dan terus menuju ke Masjid Negara. Sebelum masuk ke Masjid, Syah beli kacang rebus dan minum air soya panas. Syah sempat meluangkan masa hampir 30 minit melawat Makam Pahlawan yang terletak dalam kawasan Masjid Negara sambil sedekahkan Al-Fatihah untuk almarhum/almarhumah yang pernah berjasa kepada bangsa dan negara kita. Selepas solat Syah beli Mixed Penut, Air Soya Panas dan Coconut Jelly. Masa nak menuju ke Stesyen LRT Central Market hari sudah mula nak hujan dan nasib baik tak hujan kalau tidak habis lencun dibuatnya. Sampai jer LRT Station hari sudah hujan.

Pagi Jumaat - 22.10.2010

Rezeki pagi Jumaat dan Shukur Alhamdullilah kerana Allah makbulkan doa Syah agar perjalanan pagi ini berjalan lancar. Pagi tadi bas agak lewat dan kebetulan ada teksi berhenti, ada seorang wanita india dan cina menuju ke teksi berkenaan dan Syah ikut sekali. Rupa-rupanya teksi tu kosong jer dan hendak ke pekan Rawang. We all bertiga naik teksi tu sampai pekan Rawang (KTM Rawang). Caj nya hanya RM1.00 jer sama macam naik bas tapi kalau dari Pekan nak masuk ke Rawang Residence Syah mereka kenakan caj RM10.00, chargingnya memang cam tu. Kakak India tu inform Syah kadangkala kalau teksi tu berhenti dia naik tapi kena tanya dahulu takut ada orang sudah booking teksi tu. Sampai LRT Station lebih kurang 06:50am.

Jam 07:00am Shuttle train dari Ipoh datang dan Syah naik. Yang best kalau naik Shuttle ini sampai cepat kerana dia tidak berhenti di stesyen-stesyen lain kerana dari KTM Rawang dia akan terus ke KL Sentral. Seperkara lagi kalau naik shuttle nie pasti dapat duduk dan tak perlu berebut-rebut. Sampai KL Sentral jam 07:35am dan Syah sampai office lebih kurang 08:05am. Masa di Rawang Residence Syah perasaan jiran sebelah rumah Syah yang berbangsa India tu macam tak ada. Ampai sidai pakaianpun tak ada mungkin sudah pindah kot? Kerana dia menyewa rumah tu dan owner rumah tu pindah ke JB kerana bertugas di Singapura. Syah tanya isteri Chong (jiran sebelah rumah) pagi tadi tapi katanya diapun tak perasaan.

Thursday, October 21, 2010

Balik Rawang - 21.10.2010

Lepas office nanti Syah akan balik ke Rawang Residence. Macam biasa dari LRT Kerinci ke KL Sentral dan ambil Shuttle Train ke Ipoh jam 06:05pm dan berhenti di KTM Rawang. Dari KTM Rawang naik bas mini ke Rawang Residence Syah di Taman Garing Utama. Sampai Rawang residence biasanya selepas waktu maghrib. Malam ini ada pasar malam tapi tahu tahu lagi nak makan apa memandangkan Syah kena berdiet dan makan makanan yang tidak berasid, pedas dan masam dan badan Syah banyak toksin. Nak makan apa yer? By the way, today Syah tak bawa netbook dan nampak gayanya tak mentenetlah malam nie tapi kalau Syah rajin buka desktop jer tapi desktop ada dalam mini library dan dalam mini library tak ada TV so, boring pulan nanti. Tengoklah macam mana.

Pameran Kesihatan TM - 21.10.2010

Ditempat kerja Syah hari ini dan esok diadakan pameran yang diberi nama Love Your Body, For Life ........ Ada talk mengenai kesihatan juga dan pemeriksaan kesihatan percuma disamping jualan ubat-ubatan dan makanan berkhasiat. So kepada anda diluar sana marilah datang beramai-ramai ke Aras -1, Menara TM, Jalan Pantai Baharu untuk menikmati pemeriksaan tulang, darah dan gula secara percuma disamping membeli suppliment dengan kadar diskaun yang hebat, begitu juga dengan makanan dan minuman berkhasiat. Untuk ke Menara TM anda boleh menaiki LRT Putra dan turun di Stesyen Kerinchi. Menara TM betul-betul berhadapan stesyen berkenaan dan jalan kaki sahaja sudah sampai. Apa lagi Jom Semua.


Syah buat pemeriksaan darah dan dalam masa 1 minggu lagi dapat result dia. Selain daripada itu buat bone scan dan blood presure. Semua normal kecuali mereka kata Syah overweight iaitu kurang 4kg dari berat sepatutnya. Member-member kata kat Syah jangan nak diet lagi sebab memang dah kurus dan elok badan macam sekarang. Selepas tu Syah buat pemeriksaan toksin dalam badan melalui gambar mata Syah dan mereka inform dalam badan Syah banyak toksin terutamanya dibahagia usus besar dan badan serta ada kolestrol juga. Hasil daripada penerangan mereka Syah beli suppliment untuk buang toksin dalam badan dan masalah sembelit Syah iaitu EnerFlex Procardo, ianya merupakan premixed soybean with dieatry fibre. Dapat potongan harga 20%, RM64.00 dan harga asal RM80++ tak silap Syah. Didalamnya ada 15 sachets dan Syah akan minum waktu pagi. Iannya perlu menggunakan air suam dan tidak boleh menggunakan air panas kerana khasiatnya akan hilang dan jika menggunakan air sejuk iannya tidak akan larut. Syah beli bukan kerana terpengaruh dengan mereka tetapi hasil daripada pemeriksaan gambar mata Syah yang mereka ambil dan sakit-sakit yang diberitahu pada Syah memang ada betulnya tu yang beli suppliment tu, tak salah mencuba untuk kesihatan kita juga.
Lepas tu Syah beli biskut fibre (serat tinggi) IKO. Mereka offer Almond Oatmeal Crackers (20's), Muesli Oatmeal Crackers (20's) dengan harga RM15.00 dan dapat percuma beg kain, i pax foc crackers, Oat Crackers With 3 Seeds dan pass masuk Yoga Class di Celebrity Fitness untuk 14 hari secara percuma.

Tuanku Zara rasmi pameran - 21.10.2010


Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim telah berkenan untuk merasmikan majlis pelancaran pameran Ribbon of life : Perak Heritage semalam 20.10.2010 bertempat di Garden Villa, Ipoh. Seramai lima pelukis tempatan dan seorang dari Filipina menyertai pameran ini iaitu Aminuddin Mohd Daud, Azizul Rabu, Mizral Abdul Manan, Shamsul Baharin, Dzulkarnain Daud dan Julbert Maranon. Pameran lukisan yang bertemakan Warisan Perak ini bertujuan mengutip dana untuk Persatuan Pink Champion Perak dan Breast Cancer Welfare Association. Hospital Pantai Ipoh dan Kumpulan Warisan Kinta merupakan penganjur bagi pameran ini. Marilah kita bersama-sama ke Garden Villa, Ipoh sambil memberi sumbangan dan membuat amal jariah bagi membantu mereka yang memerlukan.

PM Istihar Melaka Negeri Maju - 21.10.2010

Malam tadi (20.10.2010) PM Yang Amat Kita Kasihi, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengisytiharkan Melaka sebagai negeri maju dalam satu majlis persidangan video atau video conferencing (VC) diantara PM dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam. PM berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena perhimpunan Agong UMNO 2010 manakala KM Melaka berada di Stadium Hang Jebat. Jika anda perasan, tarikh pengistiharan ini mempunyai nilai simbolik tersendiri iaitu diadakan pada tarikh 20.10.2010 atau 20102010. Dalam ucapannya PM melahirkan rasa gembira beliau dengan pencapaian dan kemajuan Melaka yang disifatkannya selari dengan wawasan 2020 disamping mengucapkan tahniah kepada warga Melaka. Sehubungan dengan pengisytiharan ini, Melaka mengumumkan hari ini sebagai Cuti Am.


Tengahari semalam KM Melaka telah merasmikan perkhidmatan Monorel pertamanya. Sebenarnya perkhidmatan ini telah lama siap tetapi iannya tertangguh sehingga empat bulan kerana kerana tidak memenuhi beberapa criteria keselamatan yang ditetapkan oleh Jabatan Kereta Api. Monorel yang menelan kos RM15.9 juta ini mempu memuatkan sehingga 22 orang penumpang dalam satu masa. Monorel ini beroperasi dari jam 10:00am hingga 10:00pm setiap hari dengan menyusuri sungai melaka sejauh 1.6km dengan mengambil masa perjalanan pergi/balik selama 30minit dengan Kadar tambang RM10.00 untuk orang dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak.


Walau bagaimanpun perkhidmatan yang mula beroperasi ini agak tercemar sedikit apabila berlaku insiden kerosakan monorel selepas empat jam iannya dirasmikan. Insiden berlaku pada jam 04:30pm dimana monorel yang membawa kapisiti 20 orang penumpang tiba-tiba berhenti diatas landasan kira-kira 100 meter dari Stesyen Hang Jebat selama 15 minit. Para penumpang yang terperangkap terpaksa dikeluarkan dari monorel tersebut menggunakan skylift. Perkhidmatan ini pulih sepenuhnya pada jam 06:00pm.

Wednesday, October 20, 2010

muss Kena Ghout - 20.10.2010


Ghout Mus makin menjadi-jadi hingga dia rasa sendi/lutu rasa sakit exspecially hendak sujud atau mencangkung. Jadi padi tadi di ke Pusat Rawatan Islam, Jalan Tun Razak untuk buat pemeriksaan dengan Dr Ismail Molok Pakar Ortopedik Pusrawi. Doktor beri 3 jap injection kat lutut dia untuk kurangkan uric asid dan lenndir yang terkumpul dibahagian berkenaan yang menyebabkan dia rasa sakit dilutut. Dapat MC 3 hari. Patutlah pagi tadi dia sukar untuk berjalan. Doktor inform kena buat operation untuk flushing bahagian lutunya. Operation estimate lebih kurang satu jam dan akan warded selama empat atau lima hari dan selepas itu ada fisio pula. Syah doakan Semuga Cepat Sembuh Ye Muss.

Lunch + Shopping With Kak Yam - 19.10.2010


Jam 11:30am tadi Kak Yam call minta Syah temankan dia ke KL Sentral waktu lunch dan Syah kata ok. Seperti dijanji kami bertemu di Stesyen LRT Kerinchi coz Kak Yam bertugas di TM Annexe 2. Kak Yam nie my best buddy dan kami sama-sama study course Kesetiausahaan TM - ITM. Sampai jer KL Sentral Kak Yam nak cari jam tangan untuk empat orang anak buahnya dan beg tangan untuk sister dia di Melaka. Selepas selesai shopping Syah ajak Kak Yam lunch di Rasamas dan kali ini Syah belanja coz selalunya Kak Yam belanja bila jumpa dia. Syah makan Bubur Nasi (yang macam bubur tak jadi sudah) dan Kak Yam Set Ayam, minuman pula Ice Lemon Tea for 2. Macam-macam hal masa we all study dulu dengan perangai course mate dan lecturer yang berbagai-bagai dan bila teringat tergelak pecah perut. Teringat pada member we all seorang lagi nie Sham yang telah berada di Johor sekarang.

Aktiviti Semalam (19.10.2010) - 20.10.2010

Semenjak hari isnin Syah tak sihat dan Syah ke Kelinik Hamidah di Taman Melati dan dapat MC. Syah sakit perut dan bawah ketiak (kelenjar) Syah bengkak dan menyebabkan rasa demam. Hari Selasa ketiak Syah makin sakit dan Syah ke Pusat Perubatan Menara diMenara TM untuk jumpa Dr Rasool tapi dia tidak ada dan Dr locum attend Syah dan Syah puas hati dengan penerangannya. Katanya memang bengkak macam bisul tapi bukan bisul yang bernanah dan dia beri antibiotik dan ubat sapu.Dr bagi Syah MC dan terlanjur sudah keluar rumah Syah buat appointment dengan Victor di Snips Sungai Wang Plaza untuk gunting rambut coz rambut Syah sudah panjang dan sukar untuk diuruskan. Dari Menara TM ke KL Sentral dan ambil Monorail ke Sungai Wang Plaza. Syah sampai ke Snips lebih kurang jam 11:30am. Syah cuci rambut dan gunting, mereka caj RM50.00 dan dapat diskaun RM5.00 coz Syah members Snips.

Dari Bukit Bintang Syah naik Monorail ke Stesyen Monorail Titiwangsa dan transit ke Stesyen LRT Star Titiwangsa untuk ke PWTC. Hari ini merupakan hari pertama Perhimpunan Agong UMNO 2010 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra @ PWTC dan akan berakhir pada 23.10.2010 nanti. Saja jalan-jalan melihat keadaan disana dan teringat pada Ayahanda yang tiap-tiap tahun datang ke PWTC untuk perhimpunan ini tetapi tahun ini beliau tidak hadir kerana sudah berehat dari politik kerana kurang sihat selepas kemalangan tahun lepas.
Dari PWTC Syah ke KLCC dengan menaiki LRT Star PWTC dan Turun di Stesyen Masjid Jamek dan kemudiannya Naik LRT Putra Masjid Jamek untuk ke KLCC. Sampai sahaja di KLCC Syah ke Surau KLCC di concourse area berhampiran KFC untuk solat Zohor. Selepas solat Syah makan Meehoon Sup di Noodle's @ RASA Food Arena Suria KLCC. Disini Syah minta Meehon special sedikit lain dari yang lain coz dah biasa dengan pekerja disini. Syah minta Meehon sup dan letak Sayur, Tahu dan Cendawan. Menu biasa bukan macam nie. Heheheheheh Syah memang suka sayur lebih. harga dia caj macam biasa juga. Syah minum barli panas.


Selepas makan rasa sakit perut dan jika nak buang di KLCC memang tak larat coz susah nak cebok coz dia pakai sembur dari bawah jer dan memang tak sesuai untuk orang Melayu jadi Syah ke Masjid As-Syakirin KLCC. Selepas selesai ..... kebetulan masuk waktu Asar dan Syah solat Asar berjemaah sekali. Masa nie Muss call minta temankan dia dan Cd beli makanan kucing di Pandan Indah dan Syah kata ok dan hendak solat dahulu dan Muss kat dia keluar office jam 05:00pm kerana ada training. Masa nie juga staff Dr. Rozmey dari Herba Prima Marketing call bertanya beberapa soalan mengenai testimoni JM5 Syah. Mungkin nak masuk paper kot? Agaknya lah.

Lepas solat Asar, Syah bergegas ke LRT Stesyen untuk ke Ampang Park. Sampai di Ampang Park Muss sudah menunggu dihadapan McD Ampang park. Dari Ampang Park kami bergerak ke Pandan Indah. Selepas beli makanan kucing dan melihat kucing dan anjing yang sedang di groomingkan kami bertolak ke Taman Dagang kerana Muss nak dinner di Pak Ya Muslim Chinese Food. Mus Belanja hari ini. Sampai rumah hampir jam 08:30pm. Selepas solat Syah makan ubat dan terus tertidur kerana rasa demam tu masih ada lagi. Jam 02:00am Syah terbangun dan tak sempat nak update blog cuma upload gambar dalam FB untuk aktiviti hari ini. Kalau nak view pergilah ke laman facebook Syah di Tengku Sahiyar Shaari Al-Haj.
Ok lah habis sudah cerita semalam.

Update Blog - 20.10.2010

Salam Semua, Maaf sebab semalam Syah tak sempat nak update blog. Sekarang di office dan Insyallah malam ini Syah akan masukkan new entry dalam tengkusyah.blogspot.com. Tungggggggg................

Encik Ahmad Yusoff Meninggal Dunia - 20.10.2010

Dukacita dimaklumkan bahawa rakan sekerja kami di Kumpulan TM, Allahyarham Encik Ahmad Yusoff Bin Mohd Isa, telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad, 17.10.2010 bersamaan 9 Zulkaedah 1431H. Allahyarham yang berumur 53 tahun meninggal dunia jam 4:40 petang di Hospital Sri Kota, Klang, Selangor akibat serangan jantung. Allahyarham bertugas sebagai Penyelia Teknik di Unit RNO Zon 3, Shah Alam, Selangor. Jenazah Allahyarham telah selamat selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang pada pagi hari Isnin bersamaan 18.10.2010. Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada Syarikat kami dan sukar untuk dicari ganti. Dengan ini marilah sama-sama kita hadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Insya Allah. AL-FATIHAH.

Tuesday, October 19, 2010

Tengku Bendahara Kelantan dilantik Tengku Mahkota Kelantan - 18.10.2010

Hari ini 18.10.2010 Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Seri Setia Raja Mohd. Aiseri Alias telah memaklumkan pemasyhuran adinda Sultan Muhamad ke-V, Tengku Bendahara Tengku Muhammad Faiz Petra sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan Pewaris Tahta berkuat kuasa serta merta. Perlantikan dimaklumkan selepas bermesyuarat dengan 14 orang ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan (MPN), Majlis Penasihat Raja, Menteri Besar Kelantan dan Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Perlantikan ini adalah mengikut perkara 14 dan 27 undang-undang tubuh kerajaan Kelantan. Perlantikan ini telah mencatat sejarah di Kelantan kerana ianya merupakan pertama kali berlaku di negeri cik siti wan kembang ini Tengku Mahkota dan Sultan adalah dikalangan adik beradik. Kebiasaannya Tengku Mahkota adalah Putera (anak lelaki) Sulung Sultan.

Satu istiadat penyerahan watikah perlantikan Tengku Mahkota Kelantan telah diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kelantan jam 02:00pm tadi dengan penuh adat istiadat diraja kelantan. Turut hadir adalah Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, barisan Exco dan kerabat DiRaja serta tetamu jemputan. Dengan perlantikan ini Tengku Faiz bakal menjadi raja atau pemangku raja apabila Sultan Kelantan berangkat keluar negara melebihi 12 bulan atau tidak boleh menjalankan tugas sebagai Sultan Kelantan dalam tempoh 12 bulan. Tengku Faiz dilahirkan pada 20.01.1974, berumur 36 tahun dan masih bujang. Anakanda kedua DYMM Sultan Ismail Petra dan YMM Raja Perempuan Tengku Anis ini dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan pada 30.03.1989. Tengku Faiz merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) semenjak 21.06.2009. Tengku Faris mendapatkan pendidikan di Univerisiti College London dalam bidang Sejarah Purba.

Akhir sekali Tahniah Syah Ucapkan kepada Tengku Faiz atas perlantikan baginda sebagai Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra ibni DYMM Sultan Ismail Petra.

Monday, October 18, 2010

Lapuran Terkini pembedahan Jantung Dato' Ibrahim Ali - 18.10,2010

Shukur alhamdulillah dimaklumkan bahawa YB Dato' Ibrahim Ali (Tok Him) telah selamat menjalani pembedahan jantung. Tok Him dimasukkan ke dewan bedah Hospital Pakar Ampang Puteri jam 10:10am tadi dan pembedahan dijalankan pada jam 01:00pm. Pembedahan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Jam 04:30pm tadi beliau telah dikeluarkan dari bilik bedah dan ditempatkan di bilik ICU. Sekali lagi shukur alhamduliilah berkat doa kita semua Tok Him selamat menjalani pembedahan berkenaan. Semuga Tok Him cepat sembuh, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. AMIN.

Azrin Birthday - 18.10.2010


Pada Sabtu lepas Syah buat makan-makan diKL Residence untuk birthday Azrin. Birthday Azrin pada 05.10.2010 dan Syah invite dia dan familynya, Mak Cik, Bak, Arep, Firdaus, Ashura dan Amsyar datang rumah makan-makan. Daripada belanja dia makan di hotel/restoran lebih baik Syah masak dan jimat sedikit dan boleh buat family gathering sekali. Syah invite Kak Lang Ella, Azam, Firdaus, Ku Chick, Hazq, Papa Nurul, Mamat dan Arepiz. Arepiz kebetulan datang dari JB untuk hadir kenduri kawan dia dan Syah invite dia datang rumah manakala Hazif dari kampung dan ada appointment di HTAR Kelang. Kebetulan pula Mamat hendak ambil kereta barunya dan Syah minta dia datang supaya kami dapat tengok kereta dia sambil makan-makan. Menu today Nasi Putih, Ulam & Budu, Ikan Bawal Sweet & Sour, Paprik Campur, Traffle (tak tahu betul ker ejaannya nie) dan Buah Tembikai, manakala Cd tolong masakkan Sup Ekor.

Aktiviti Semalam - 17.10.2010

Semalam Mamat belanja Syah, Muss dan Cd lunch sebab dulu dia pernah janji bila dapat kereta barunya dia akan belanja makan. Mamat datang fetch kami di KL Residence lebih kurang jam 02:00pm. Mula-mula ingat nak makan di Ampang Park dan kemudiannya bertukar ke KLCC tetapi on the way Muss tukar pula ke KL Pavillion. Sampai Pavi ingatkan nak mamam di food courtnya tetapi last minute decision we all makan di Tony Roma's, Ribs-Seafood-steaks Restoran di Level 1, KL Pavillion. Semua kakitangannya orang luar iaitu Filipina dan bangladesh. Ada melayu kot tapi mungkin tak surve kami. By the way restoran nie halal lah.Apalagi dah makan orang belanja kan ............ order jer lah sampai Muss kata tak reti nak makan pula dan katanya lagi sedap kalau makan kat food court. Heeeee. ..... tension tul ngan Muss nie. Hari ini Mamat makan Bistro Burger RM23.90 + Strawberry Lemonande RM7.90, Cd - Chicken, Swiss and Beef Bacon Sandwich RM22.90 + Banana Strawberry Freeze RM 13.90, Muss, Fiery Burger RM24.90 + Pinapple Sunrise RM8.90 dan Syah, Fiery Cajun Chicken Sandwich + Cranbbery Coolier RM7.90. We all minta dua sky juice dan mereka beri percuma 2pcs bread with herbs butter. Semuanya termasuk tax RM149.7o, Thanks Mamat kerana belanja.

Dari Pavi ambil Haziq di Kampung Baru dan kemudiannya hantar Muss dan Cd balik KL Residence. Syah, Mamat dan Haziq bertolah ke Sabak Bernam jam 05:00pm. Sampai sahaja di Sabak Bernam sudah hampir Maghrib dan Syah kata pada Mamat terus ke Rumah Ayahanda. Adalah lepak lebih kurang 20 minit dan sempat minum dan makan lepat pisang Encik buat. Encik sempat tanya, Raya Haji nanti balik tak dan Syah kata tak balik. Selepaas Ayahanda dan Encik tengok kereta Mamat, Syah bertolak ke Rumah Nenda untuk hantar Haziq. Syah sempat beli mee goring RM5.00 di kedai mamak untuk dinner nanti. Sampai rumh Nenda, Mamat invite Ejon and Kak Ngah famili pusing-pusing pekan naik kereta baru dia dan Syah tinggal seorang dirumah. Selepas solat dan makan, lebih kurang hampir jam 09:00pm Syah dan Mamat bertolak ke KL. On the way ke KL singgah di rumah Kak Long Zainab coz Mamat hendak tunjukkan kereta baru pada bondanya. Sampai rumah Kak Long dan Abang Tooha sedang makan diluar dan suruh Syah tunggu. Hapir jam 11:00pm Syah bertolak ke KL dan waktu tu ada orang daang berubat dengan Abang Tooha. Sampai KL lebih kurang hampir jam 12:00pm dan lepas salam Syah Mamat balik ke rumahnya di Sunway.

Dato Ibrahim Ali dibedah hari ini - 18.10.2010

Dimaklumkan bahawa YB Dato Ibrahim Ali atau lebih terkenal dengan panggilan TOK HIM, Presiden Perkasa dijadualkan masuk ke bilik pembedahan Hospital Pakar Ampang Puteri pagi ini untuk menjalani pembedahan pintasan jantung. Walau bagaimanapun iannya dilewatkan seketika kerana menunggu anak tunggalnya dari luar negara. Beliau memasuki OT lebih kurang jam 10:010am tadi.

  • Syah memohon kepada semua marilah kita bersama-sama mendoakan agar YB Dato Ibrahim Ali selamat menjalani pembedahan hari ini. AMIN.

Gambar menunjukkan Arman melawat Tok Him di Hospital Ampang Puteri

Arman Ketua Wira Perkasa dalam laman Facebooknya memaklumkan bahawa :-

  • TOK HIM berpesan agar TERUSKAN AGENDA PENYATUAN ORANG-ORANG MELAYU AGAR MERTABAT BANGSA MELAYU, AGAMA ISLAM TERUS KEKAL DI HORMATI OLEH SEMUA KAUM, BANGSA DAN AGAMA.

Bersama-samalah kita menyokong perjuangan PERKASA demi memertabatkan Bangsa Melayu.

Demam - 18.10.2010

Salam Semua, Sebentar lagi Syah hendak ke Kelinik kerana demam. Badan Syah panas, sakit kepala dan kelenjar bawah ketiak Syah sakit. Nanti Syah update blog. Salam hormat.

Sultan Muhamad V tarik balik pingat dan darjah kebesaran empat individu - 18.10.2010

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Aiseri Alias dalam satu sidang akhbar yang diadakan di pejabat beliau pada 13.10.2010 memaklumkan bahawa KDYMM Sultan Muhammad V telah menarik balik bintang dan darjah kebesaran kepada empat individu. Dalam kenyataannya, beliau memaklumkan bahawa penarikan ini adalah hak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang dilakukan menurut hemah dan budi bicara baginda sebagai Sultan Kelantan. Penarikan ini telah dimaklumkan kepada mereka yang terlibat dan kesemua individu ini dilarang untuk menggunakan sebarang gelaran dan kemudahan yang mereka nikmati semasa menggunakan gelaran tersebut sebelum ini.

Individu terlibat seperti gambar di atas mulai dari kiri adalah :-

  1. YB Dato Ibrahim Ali, Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (perkasa) dan juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan. Berumur 57 tahun. Ditarik Darjah Jiwa Mahkota Kelantan (DJMK) yang membawa geleran Datuk Paduka berkuatkuasa 13.10.2010.
  2. Datuk Wan Hashim Wan Daud, Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang telah bersara pada tahun 2001. Ditarik Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (SPSK) berkuatkuasa 13.10.2010.
  3. Tengku Mohamed Shafiei Tengku Ibrahim, seorang kerabat diraja kelantan berusia 65 tahun. Ditarik Darjah Seri Mahkota Kelantan (DSMK) berkuatkuasa 13.10.2010.
  4. Tengku Abu Bakar Tengku Mansor, seorang kerabat diraja kelantan dan juga merupakan seorang pegawai keselamatan istana kelantan. Ditarik Jaksa Pendamai (JP) dan pingat Bakti (PB) berkuatkuasa 30.09.2010.

Datuk Ibrahim Ali dalam kenyataan akhbarnya memaklumkan bahawa beliau tidak berasa kecewa atau kecil hati atas penarikan pingat dan darjah kebesaran negeri Kelantan yang dianugerahkan kepada beliau sebelum ini kerana beliau sendiri merupakankan salah seorang yang begitu komited memperjuangkan institusi raja sebagai satu asas perlembagaan negara.

Hari ini 18.10.2010 Datuk Ibrahim Ali dijadualkan akan menjalani pembedahan jantung di Hospital Pakar Ampang Puteri. Beliau dimasukkan ke Ampang Puteri pada hari Jumaat selepas menghadiri pembentangan bajet 2011 oleh PM yang amat kita kasihi, Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan parlimen. Walau bagaimanapun keadaan beliau dilaporkan stabil. Sebenarnya beliau sudah berasa tidak sihat semenjak tiga minggu kebelakangan ini dan sudah hampir 10 tahun beliau menghadapi masalah berhubung jantungnya. Bersama-samalah kita mendoakan agar Pengasas dan Priseden PERKASA yang memperjuangkan dan mempertahankan hak-hak orang Melayu dari orang-orang bukan melayu ini dipanjangkan umur dan selamat menjalani pembedahan jantung. AMIN.

Friday, October 15, 2010

Solat Jumaat - 15.10.2010

Dari kiri, Syah, Azlina, Ab Razak, Ain dan Kak Hasmah.

Today solat jumaat macam biasa di surau menara TM cuma bezanya jika dulu pergi bersama Ruzauddin tetapi kali ini pergi seorang coz Ruzauddin sudah transfer ke TM Annexe 2, walau bagaimanapun tetap solat jumaat bersama. Syah jumpa Ruzauddin, Rohizat dan Zell di surau. Selepas solat Ruzauddin, Rohizad dan Zell pergi makan tetapi Syah ke MyNews.com baca majalah dan kemudiannya naik ke Aras 14 dengan menaiki tangga dari aras -1.

Rezeki hari ini, jam 11:30thg tadi Azlina (ex office mate) call suruh kami semua naik ke seminar room di aras 50 untuk makan. Mereka ada program Membudayakan Integriti Masyarakat Malaysia. Syah makan sandwich, pulut panggang dan roti jala kari ayam. Lepas solat tadi Syah tak makan coz sudah kenyang cuma beli air Nestle Bliss Low Fat Yogurt drink 700gm ada offer di Aras -1, Menara TM dengan harga RM11.00 untuk tiga botol dan dapat gelas plastik percuma.

Majlis Raja-Raja Ucap Tahniah Pada Sultan Muhammad V - 15.10.2010

Persidangan Majlis Raja-Raja ke-222 telah berlangsung di Istana Negara selama dua hari bermula pada hari Rabu 13.10.2010. Mesyuarat dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Majlis Raja-Raja pada kali ini mengalu-alukan keberangkata hadir Sultan Kelantan yang baru dimasyhurkan, Sultan Muhamad V sebagai anggota penuh Majlis Raja-Raja. Sultan Selangor dalam titahnya mendoakan agar Negeri Kelantan akan terus aman dan tenteram dan Sultan Muhamad V dapat memerintah dengan adil dan saksama agar Negeri Kelantan menuju kejayaan dan baginda sentiasa dihati rakyat. Baginda juga turut menzahirkan rasa dukacita atas kegeringan Sultan Ismail Petra dan mendoakan kesihatan baginda bertambah baik. Titah Sultan Selangor lagi, Majils Raja-Raja berkeyakinan penuh bahawa Sultan Muhamad V dapat memberi bantuan, input serta idea-idea baru kepada Majlis Raja-Raja.
Raja-Raja Melayu menuju masuk ke Dewan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-222 di Istana Negara.

Berikut adalah petikan titah ucapan tahniah Baginda Sultan Selangor kepada Sultan Muhamad V dalam persidangan Majlis Raja-Raja Melayu :-
  • Paduka Ayahanda bagi pihak diri sendiri dan juga Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Maha Mulia Paduka Anakanda atas pemasyhuran Anakanda.

Breakfast - 15.10.2010

Hari nie sampai awal di office approx jam 08:00am coz Syah dari Rawang Residence pagi ini. Sampai sahaja office Syah buka peti sejuk dan potong buah betik. Bolehlah tahan sebiji betik tu untuk seminggu, Syah beli di Pasar Tanin Danau Kota berhampiran KL Residence Syah. Pasar nie ada tiap-tiap hari Ahad dan bermacam-macam barang keperluan harian ada dijual disini. Jika anda ada kelapangan sudi-sudikanlah datang ke pasar tani ini pada hujung minggu nanti. Syah memang suka makan fruit apatah lagi kadangkala Syah ada problem sembelit. So kena makan banyak fibre. Untuk hari ini Syah campurkan sedikit kismis dalam buah betik tu untuk jadikan ianya lain sedikit. Kismis nie Syah minta Abang Zaaba (office mate) belikan semalam kerana kebetulan dia ke Chow Kit Road. Harganya RM12.00 satu kilo. Lepas nie mungkin Syah akan tukarkan sarapan pagi dengan makan Oat campur kismis dan hari lainnya pula fruit, tukar-tukar. Syah kena sarapan coz hendak makan supplement Syah iaitu Bio-Life Fish Oil 1000mg dan Bio-Enhance Vitamin E Natopherol 250 I.U. Syah juga ambil Vitamin C tapi kadangkalan makan kadangkala tidak tapi Fish Oil dan Vitamin E memang ambil hari-hari.

Thursday, October 14, 2010

Balik Rawang - 14.10.2010

Hari ini Syah balik ke Rawang Residence. Dari office ke KL Sentral dan ambil Shuttle train ke Ipoh. Bertuah Syah kerana Shuttle train nie sudah ada jadual baru dan ianya hanya berhenti di Stesyen KTM Rawang sahaja dari KL Sentral, stesyen seterusnya dia berhenti selepas Rawang Syah kurang pasti.. So pada penumpang yang hendak ke Rawang, anda boleh naik shuttle nie dan akan dihantar direct ke Rawang tanpa bertolak-tolak dan berhimpit-himpit seperti naik komuter. Train akan bergerak tepat jam 06:05pm dan perjalannan tanpa henti ke Rawang memakasa 45 minit hingga 1 jam bergantung kepada trafik railway. Kakitangan KTM akan memeriksa ticket dan tunjukkan sahaja manual ticket atau touch n go anda sebagai bukti anda telah membeli ticket.

Sampai di Rawang Residence selepas Maghrib. Syah mandi dan solat sambil start AEL67. Mengenai masalah macam air /minyak keluar tu Azrin kata itu air sahaja bukan minyak yang bocor. Dia call Syah malam tadi. Selepas tu Syah ke pasar malam, kebetulan Khamis malam Jumaat ada pasar malam di Rawang Residence Syah. Syah beli 5 cucuk satay ayam, tau fo fa, soya bean panas dan mineral water. Lepas makan Syah solat dan rehat sebentar dan selepas tu sapu depan rumah, basuh AEL dan Car Porch.. Sekarang jam 12:30pm dan Syah sedang update blog dan FB.

Yee Mee + Barli untuk Lunch - 14.10.2010

Hari ini Syah lunch Yee Mee Kung Foo dan Barli Panas di Aneka Selera De Fusian, Stesyen LRT Kerinchi. Kebetulan Syah buat binding agreement my big boss Moin, Syah lunch terus disana. Yee Mee nie harganya RM4.50 dan Syah minta letak sayur sahaja manakala ayam dan telur Syah tak mahu dan minta lebihkan sayur. Barli panas pula RM1.00. Jika anda singgah di LRT Kerinchi datanglah makan di kedai nie, memang best. Syah tinggalkan dulu dokumen tu dikedai dan jam 02:30pm nanti Syah ambil semula. Penat lah keluar waktu lunch nie, bukan apa tak tahan cuaca panazzzzzzzzzzzzz............... Hehehehehheehh......

Wednesday, October 13, 2010

Nak Kesianpun Ada - 13,10.2010

Syah keluar office lebih kurang 06:30pm. Bila naik LRT dah tak ada tempat kosong dan berdiri. Bila tiba di Stesyen Jamek ada orang bangun dan Syah duduk. Macam biasa Syah dengar lagu guna earphones. Tiba-tiba Syah perasaan macam orang sebelah bercakap sesuatu dengan Syah. Bila Syah buka earphones rupa-rupanya perempuan dalam gambar tu kata
  • Abang boleh tolong saya tak, saya baru lepas kena ragut dan mereka belasah saya sambil menangis teresak-esak.

Dalam hati Syah ini tektik lama minta sedekah nie atau nak pau orang tapi dalam masa yang sama Syah terfikir juga kalau betul dia kena ragut kesian pula. Lalu Syah buka magic wallet Syah tapi ada RM10 dan RM50 jer. Syah buka purse dan ambil RM5 (RM1 x 5) dan beri pada perempuan tuh. Dia ambil sambil menangis. Syah tengok muka dia tak cederapun cuma baju belakangnya ada kesan lumpur. Jeling juga tangan dan kaki dia tak ada bengkak atau lebam mahupun luka. Tak silap Syah di turun di Stesyen LRT Jelatik. Kalau betul dia diragut memang kesian dengan perempuan nie Tapi kalau dia tipu itu memang rezeki dia lah.


Sakit dibahagian kepala - 13.10.2010

Malam tadi masa hendak shampoo rambut Syah rasa sakit di bahagian belakang kepala sebelah kiri bertentangan telinga Syah. Dulu memang ada sakit nie lepas tu dia akan hilang dengan sendirinya. Bila Syah tekan ianya sakit dan Syah sendawa. Tak tahulah apa kaitannya dan biasanya Syah akan biarkan sahaja dan ia akan elok semula. Risau juga, mungkin malam semalam masa tidur di Rawang Residence Syah ada sandarkan kepala Syah pada kepala katil besi di bilik menonton dan terlelap sekejap. Mungkin sebab tu ianya sakit kot? Minta tak ada apa-apalah tapi jika iannya berlanjutan Syah akan ke doktor. Iannya pernah terjadi dulu tapi akan pulih dengan sendiri. Macam nielah kalau dah berusia kan? ada sahaja sakitnya. Hehehehhehee.............. Mengenai sakit masa lepas buang air kecil/besar tu beransur pulih tetapi kadangkala sakit tu ada datang juga. Doakan Syah Sihat yer Kawan-Kawan Semua.

Tuesday, October 12, 2010

Queen Elizabeth II rasmi Kapal bernama Queen Elizabeth - 12.10.2010

Hari ini Queen Elizabeth II telah berkenaan merasmikan sebuah kapal mewah yang diberikan nama sempena nama baginda Queen Elizabeth. Upacara perasmian ini dilakukan di bandar pelabuhan Southampton, Selatan England dengan disaksikan oleh ratusan tetamu. Kapal sepanjang 300 meter ini dengan berat 92,000 tan dan mempunyai 16 dek, mampu menampung sehingga 2000 orang pelanggan dalam satu-satu masa. Lagu-lagu patriotik seperti Land of Hope dan Glory berkemundang diudara dalam majlis perasmian ini. Perasmian disempurnakan apabila baginda memecahkan sebotol besar 2009 Rothschild White Wine sambil bertitah May God Bless Her and All Who Sail In Her.
Selepas perasmian baginda dibawa melawat kesekitar kapal oleh Ship Master, Captain Chris Wells dan sempat melihat potret baginda yang memakai kalung dan anting-anting kepunyaan Queen Victoria yang juga digunakan oleh baginda semasa pertabalan baginda pada tahun 1953. Potret ini dihasilkan oleh seorang pelukis muda, Isabel Peachey yang merupakan pelukis termuda yang pernah diberi tanggungjawab untuk melukis gambar baginda Queen. Kapal ini akan meneruskan perjalanan sulungnya selama 13 malam, hari ini dan akan berhenti di Lisbon, Tenerife dan Maderia. Setakat ini sebanyak tujuh buah kapal telah dinamakan mengikut nama Raja/Queen England. Harga yang ditawarkan bagi menaiki kapal mewah ini bermula daripada 1,489 pound sehingga 15,799 pound.

Syah & Mamat - 12.10.2010

Pagi ini Syah dari Rawang Residence, Masa hendak keluar Syah lihat macam ada kesan air mengalir dari kereta ke pintu pagar. Tak tahu air apa, Syah takut minyak kereta jer dan tak sempat nak periksa lebih lanjut sebab jam hampir 06:30am dan bas hendak sampai. Minta-minta janganlah ada benda yang bocor pada kereta Syah dan Khamis nanti baru Syah balik semula ke Rawang Residence.

Pagi nie Syah meminta kebenaran keluar dari boss Syah, Dek Nor untuk keluar pejabat bagi menguruskan pembayaran pendahuluan kereta Mamat disamping menghantar invoice ke Assessment Center, Telekom Training College. Pagi-pagi lagi dia sudah SMS Syah dan inform akan datang around 10:00am. Lebih kurang jam 10:00am Mamat sampai ke Menara TM dengan kereta yang dipinjam dari roomatenya. Dari Menara TM we all menuju Jalan Semarak tetapi disebabkan Mamat terlupa dia terus masuk ke jalan menuju Setapak, so Syah minta dia balik ke KL Residence untuk Syah hantar barang-barang yang Syah bawa dari Rawang coz taklah berat bawa barang masa balik kerja nanti.

Sampai KL Residence, rupa-rupanya Cd ada dan sedang bersiap untuk ke 7E dan Syah Tanya pergi kerja ada staff ambil ker? Dia kata naik teksi. Syah offer dia naik kereta sekali dan Mamat turunkan dia di 7E Teratai Mewah, Setapak Indah. Dari Setapak kami ke Seyakin Holding Sdn Bhd, Jalan Semarak untuk membuat bayaran down payment dan sign agreement pinjaman kenderaan. Mamat dapat loan dari maybank. Kereta mungkin dapat dalam masa dua atau tiga hari lagi dan paling lewat minggu hadapan.

Dari Semarak Syah dan Mamat ke KLCC untuk lunch. Plan asal nak lunch di Ampang Park tapi ditukar ke KLCC. Syah dan Mamat lunch di Nando’s @ Concourse Floor, Suria KLCC. Uniknya restoran ini, setiap kali pelanggan masuk mereka akan ungkapkan perkataan OM Bombia Welcom to Nando’s. Syah heran dan tanya waiter apa Om Bombia tu? dan mereka kata itu sebenarnya ungkapan selamat datang dalam bahasa Afrika tempat asal Nando’s nie. Syah makan ¼ Chicken with Coleslaw and Peri Chip dan Ice Lemon Tea manakala Mamat ¼ Chicken with Grill Veg and Peri Chips, Strawberry Smooth, Mineral Water dan Banana Mudcake. Banana MudCake tu Mamat tak makan sangat coz tak sedap katanya dan Syah terpaksa habiskan separuh sahaja. Semuanya RM66.36 dan bila masa hendak bayar Syah inform Mamat, Uncle bayarlah yer dan katanya tak per biar dia yang bayar. Shukur Alhamdulillah. Selepas lunch singgah sebentar di Kedai Jam City Chain, saja window shopping. Selepas tu Mamat hantar Syah ke Menara TM, Jalan Pantai Baharu dan Syah sampai office hampir jam 01:20pm.

Monday, October 11, 2010

Ke Bank dua Kali Today - 11.10.2010


Penat Syah hari ini, Masa lunch tadi Syah ke KL Sentral untuk bayar credit card HSBC yang due datenya esok dan tolong Abang Tukiman buat bayaran credit card Ambank nya coz dah terlanjur kesana. Pagi tadi Mamat ada SMS Syah pasal loan kereta dia yang telah diapprovekan oleh bank dan mita urusankan bayaran down payment. Syah call kedai tu untuk makluman lanjut tapi mereka inform jangan bagi duit dahulu. Tetapi selepas Syah balik dari KL Sentral Mamat SMS sekali lagi dan kata down payment sudah boleh dibuat. Alamakkkkkkkkkkkk budak nie dan kedai tupun satu tadi kata lama lagi tetiba jer kata esok sudah boleh buat bayaran pendahuluan. Yang anak saudara Syah nie pula asik mengeleser dari minggu lepas lagi nak kereta juga. Jadi terpaksalah Syah ke Maybank di Dataran Maybank, Bangsar untuk keluarkan duit ASB dan buat bank draft berjumlah RM 18,513.00 untuk diserahkan pada Mamat atau nama sebenarnya Muhammad Hasif Tooha atau Mak dia (Kak Long Zainab) panggil Si Deku. Hehehehehehe…………..


Jam 02:30pm, Syah minta kebenaran daripada En Talib untuk keluar office. Sampai bank Syah isi borang ASB dan bank draft. Banyaknya nak diisi dan kena guna thumb print plak tuh. Ikut sahaja lah labu……….. Sampai office lebih kurang jam 03:40pm. Jam 04:10pm call Mamat inform dia bank draft sudah siap dan katanya esok pagi approx 10:00am dia datang office ambil bank draft tu dan minta Syah ikut sekali. Syah minta dia bawa dua helmet. Masa call Syah perasan suara Mamat lain macam jer dan Syah tanya mengapa, katanya masih demam lagi coz minggu lepas dia MC lama sebab kenal bisul dan doctor hendak operate tapi dia tak mahu.