Wednesday, June 30, 2010

Tension - 30.06.2010

Tension betul hari ini dan rasa nak pecah kepala dibuatnya. Pagi tadi datang office lepas tu keluar ke LHDN di Jalan Kampung Atap coz nak stamping Agreement tapi dokumen tu ada problem dan kena bawa balik semula ke office. Staff Pejabat stamp tu tanya Syah samada company Syah ada Share dalam company tu dan macam-macam lagi. Pergggggggg ......... kena bayar RM 6000.00 lebih pulak tuh. Semalam boss beri Syah RM50.00 sahaja dan dokumen untuk distamping, bila Syah tanya berapa value dalam agreement tu dan dia kata RM 300,000.00 dan Syah dah agak mesti ada problem. Boss hendak agreement tu distamping hari ini juga dan katanya kalau MC inform sebab nak suruh orang lain uruskan. Rupa-rupanya memang betul ada peroblem. Syah serahkan semula pada assistant dia coz dia tiada di office dan terangkan apa masalah dokumen tu dan beri contact number staff stamping tadi untuk tindakan lanjut. Lagi satu hal pula sistem untuk purchasing telah ditukar ke system yang baru dan mereka hanya beri guideline untuk buta kerja-kerja tu tanpa training. Belajar sendiri..... DIY ....... Try an Error......... Lagi satu bala.............. tension tul lah. Printer Syah pula meragam selalu tersangkut. Tolonggggggggggggggggggggggggggggggg................................

Tuesday, June 29, 2010

Revina S. Temat berkahwin ? - 29.06.2010

Baru-baru ini ada gossip menyatakan Revina S. Temat telah berkahwin dengan anak salah seorang Sultan dari kawasan Timur tanahair. Ada sumber-sumber yang boleh dipercayai mengesahkan perkahwinan ini. Walau bagaimanapun ini melibatkan soal peribadi mereka cuma jika ianya benar, sama-samalah kita doakan kebahagian beliau dan suami dan jika tidak biarkanlah gossip tu berlalu begitu sahaja. Jodoh, ajal, maut dan pertemua ditentukan oleh YANG MAHA ESA. Berkahwin lebih dari satu adalah fenomena biasa di Malaysia dan tidak ada apa yang hendak dipertikaikan jika lelaki itu mampu melaksanakannya.
Tahukan anda siapa Revalina S. Temat ?. Wanita anggun dan jelita ini merupakan seorang artis Indonesia yang amat terkenal dan digilai di Malaysia satu ketika dahulu dalam sinetron Bawang Putih Bawang Putih sekitar tahun 2006 dengan memegang watak sebagai Alya (bawang putih) dan pernah bertandang ke Malaysia pada 2006 atas jemputan TV3 yang menayangkan sinetron berkenaan. Revalina dilahirkan pada 26 November 1985 merupakan pelakon sinetron dan model di Indonesia. Beliau merupakan puteri kepada Bapak Sayuti Temat dan Ibu Rachmaniar dan merupakan anak ketiga dari empat bersaudara.
Diantara sinetron yang pernah dibintanginya antara lain
  • Percikan (2001)
  • Sangkuriang (2003)
  • Cintaku di Kampus Biru 2 (2003-2004)
  • JP (2004)
  • Asik Pacaran
  • Bawang Merah Bawang Putih
  • Dara Manisku
  • Dicintai
  • Hikmah 2
  • Kembang Surga
  • Ridho
  • Rahasia Perkawinan
  • Cinta dengan luka (2002) FTV
  • Gerangan Cinta (2003) FTV
  • Sopir juga Manusia FTV

Pada tahun 2006 beliau mula menjinakkan diri berlakon dilayar perak untuk filem Pocong 2 yang memegang watak Maya, seorang wanita yang sering bertemu pocong setiap hari.

Filem-filem beliau :-
  • Pocong 2 (2006)
  • Cintaku Forever (2007). Berlakon bersama Yusri KRU.
  • Oh My God (2008)
  • Perempuan Berkalung Sorban (2009)
  • Wakil Rakyat (2009)
  • The God Babe (2010)
  • Red CobeX (2010)
  • Satu Jam Saja (pre-production)

Video Clip

  • Kupilih Dia - Coklet (2004)
  • Lebih Dekat Denganmu (Juwita)" - Yovie & The Nuno

Iklan

  • Clear (versi sniper)
  • Relaxa (versi pesta dengan DJ Winky)
  • Red A (2 versi)

Lelaki dan Kelemumur - 29.06.2010

Article ini bukannya tulisan Syah tetapi Syah ambil dari Group Facebook Syah iaitu Khas untuk Jejaka @ Lelaki Kacak Tampan mengenai masalah kelemumur dikalangan lelaki. Syah juga mengalami masalah yang sama semenjak dari dahulu lagi. Jom kita kongsi bersama masalah mengenai kelemumur ini.

KELEMUMUR mungkin masalah biasa bagi sesetengah orang, namun bukan perkara wajib yang mesti dialami, apatah lagi ia boleh ditangani dengan pelbagai jenama syampu berubat. Kelemumur sebenarnya masalah kulit kepala yang boleh dialami oleh sesiapa saja termasuk bayi, kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Kebanyakan kes kelemumur tidak memerlukan rawatan doktor, tetapi jika selepas beberapa minggu menggunakan syampu berubat, kelemumur tidak hilang atau kulit kepala menjadi merah dan bengkak, anda mungkin perlu berjumpa pakar kulit.

Ramai orang beranggapan kelemumur itu berkaitan dengan masalah kebersihan dan kekerapan anda membasuh rambut. Sebenarnya tidak, kelemumur tetap berlaku walaupun anda bersyampu atau sebaliknya. Kelemumur sebenarnya sebahagian daripada proses normal pertumbuhan sel kulit kepala yang baru. Ia selalunya dikaitkan dengan proses sel kulit tumbuh dan mati lebih cepat berbanding masa yang sepatutnya. Proses pertumbuhan sel kulit baru menyebabkan sel kulit lama mati dan gugur dari kulit kepala. Proses itu akan lebih cepat apabila seseorang itu berkelemumur. Sel itu juga membentuk keruping yang lebih besar dan jelas dilihat pada mata kasar. Bagaimanapun, punca sebenar bagaimana kelemumur terjadi tidak diketahui. Secara umumnya, ia dikaitkan dengan kewujudan fungus dikenali sebagai ‘pityrosporum ovale’. Fungus itu menyebabkan seseorang mengalami kelemumur.Fungus ini tinggal di kulit kepala, bagi mereka yang sihat ia tidak akan menyebabkan sebarang masalah. Ada kalanya apabila jumlahnya terlalu banyak ia menyebabkan kegatalan dan sel kulit gugur.

Kelemumur adalah fenomena global dan dialami oleh kebanyakan orang. Ia terjadi di kalangan dua hingga lima peratus populasi, tidak kira dewasa atau kanak-kanak termasuk bayi seawal usia tiga bulan. Kelemumur akan menyebabkan kulit kepala terasa gatal dan kelihatan berkuping-kuping. Kelemumur bukan masalah berjangkit dan bukan masalah serius. Ada kalanya ia sukar dirawat dan memalukan. Secara umumnya, kelemumur ditangani dengan syampu berubat dan kekerapan anda untuk bersyampu. Namun, jika syampu tidak banyak membantu, anda mungkin perlu membuat temujanji dengan pakar kulit.

Golongan berisiko alami kelemumur

  • Ia bermula pada peringkat usia dewasa dan berterusan hingga pertengahan usia. Namun, ada juga mereka yang berhadapan dengan kelemumur sepanjang hayat.
  • Lelaki lebih kerap berhadapan dengan kelemumur. Dipercayai hormon lelaki memainkan peranan utama dalam hal ini. Lelaki juga mempunyai kelenjar penghasilan minyak pada kulit kepala yang lebih besar berbanding wanita. Justeru, ia menyumbang kepada terjadi kelemumur.
  • Rambut dan kulit kepala yang berminya.
  • Diet pemakanan yang kurang zink, vitamin B dan sesetengah jenis lemak.
  • Masalah penyakit berkaitan neurologi.

Punca

  • Kulit kering - punca biasa yang menyebabkan kegatalan dan kulit berkeruping.
  • Kulit gatal dan berminyak - menyebabkan kulit bertanda kemerahan dan berminyak.
  • Kurang bersyampu.
  • Masalah kulit seperti psoriasis.
  • Ekzema pada kulit kepala.
  • Sensitif pada bahan kimia yang digunakan dalam syampu rambut.
  • Perubahan hormon.
  • Tekanan.
  • Masalah neurologi.

Monday, June 28, 2010

Kereta Kena Langgar - 28.06.2010

Alamak........... Kesian Mizi keretamya kena langgar semalam. Selepas hantar Syah balik dari Rawang Residence dia pergi jumpa kawan dia di area Gombak coz katanya nak ke Jaya Jasco Wangsa Maju. Balik dari jumpa kawannya dia parking kereta depan rumahnya dan bila dia berada dalam rumah lebih kurang jam 04:00pm dia dengar bunyi dentuman kuat dan rupanya kereta dia dilanggar oleh motor salah seorang anak lelaki jirannya. Semasa kejadian, familynya tiada dirumah. Keretanya kemek dibahagian tempat tangki minyak. Tadi dia hantar ke bengkel dan kena caj RM600.00. Yang dia bengang tu anak jiran dan maknya tanya dia macam-macam ala-ala polis plak dan pertikaikan kenapa hantar kereta tu ke bengkel dengan caj macam tu. Mizi inform Syah bengkel tu jer bagi harga murah untuk ketuk dan baiki lampu belakangnya yang sudah retak. Lagi satu Mizi selalu complain dengan Syah Streamyxnya selalu ada masalah, selalu off line dan Syah minta dia report ke TM dan dia kata dah banyak kali report tapi still jadi benda yang sama. Mengapa perkhidmatan streamyx kat KL boleh jadi macam tu yek? Syah call dia masa lunch tadi dan katanya nak masak telur untuk makan tengahari coz nak keluar susah kerana kereta tak ada. So sabarlah yer Mizi and hopefully everything going to be ok. Take care tau.

Extract from Mizi facebook :- dugaan buat ku..... keta kena langgar + internet tak leh pakai. Message nie Mizi hantar menggunakan blackBerrynya coz streamyx tak function.

Selamat Pagi dan Kesetiaan - 28.06.2010

Assalammualaikum dan Selamat Pagi kepada anda semua. Petang Sabtu lepas Syah balik ke Rawang Residence dan kemas rumah. Semalam petang balik KL Residence. Penatnya rasa badan dan tidur awal semalam tak silap jam 10:00pm dan bangun pagi tadi jam 05:00am. Mandi dan bersiap sambil dengar radio era lepas tu solat subuh. Masa nak keluar Muss invite nak tumpang dia dan Syah kata nak jalan kaki ke stesyen. Muss tak outstation minggu nie kerana ada kursus.

Masa dengar Era subuh tadi................. Syah terdengar seorang perempuan nie mencurahkan isi hatinya. Katanya dia baru bercerai tak silap Syah dalam bulan ini juga. Penceraian ini adalah kerana suaminya ada kekasih lain dan salah dia sendiri kerana tidak pernah curiga terhadap suaminya. Dia tak kisah dan membenarkan suaminya keluar bersama kawan-kawan. Tembelang suaminya terbongkar apabila suaminya mendapat kemalangan dan terpaksa MC dan stay dirumah. Dia melihat suaminya asik sms sahaja dan pada suatu pagi dia terbaca sms suaminya yang ada perkataan sayang dari seseorang. Bila dia tanya suaminya, suaminya beri alasan itu kawan dia yang tersalah hantar sms pada dia dan wanita nie pula pernah menelefon nombor berkenaan dan orang tu memberi jawapan yang sama. Walau bagaimanapun wanita nie dapat merasakan perubahan suaminya yang tidak seperti dahulu - maksudnya dah totally lain dengan dia samada dalam aktiviti seharian atau diranjang. Akhirnya wanita ini merujuk kepada pejabat agama dan keluarga suaminya. Keadaan ini membuatkan suaminya merasa marah dan merasakan wanita itu ingin memalukannya dan akhirnya bercerai. Apabila mahkamah mengesahkan penceraian mereka, si suami nie berjumpa wanita tu dan hendak rujuk semula tetapi wanita tu rasa dirinya telah ditipu dan buat masa ini rela bersendirian bersama dua orang anaknya.

Pengajaran dari cerita ini, jika kita ada orang yang kita sayangi kita kena ambil tahu apa aktiviti yang mereka buat diluar sana. Kita bukan nak mengekor atau mengongkong dia kesana kesini tetapi kena bijak ambil tahu hal orang yang kita sayangi. Pernah terjadi pada kawan Syah, dia benarkan orang yang dia sayang ke karaoke dan disco tetapi akhirnya kekasih dia tu keluar senyap-senyap setiap hari Sabtu tanpa pengetahuannya dan tidur pulak tu dirumah teman gelapnya dan pagi-pagi baru balik kononnya baru balik dari clubbing dengan kawan-kawan yang couple dia kenal. Kawan Syah tu percaya dengan kekasihnya tapi akhirnya bangkai kalau nak ditutup macam manapun akhirnya ia akan berbau juga dan percintaan mereka semenjak kekasihnya graduate dari Menara Gading tu tak kesmpaian kepenghujungnya.

Kepada wanita di Era pagi tadi dan anda semua yang pernah melalui atau dalam proses menuju kearah perpecahan dalam perhubungan, anda kena fikir yang terbaik untuk diri anda sendiri. Jika orang sudah tidak hendak dengan kita, buat apa kita nak merasa sedih sedangkan dia bergembira dengan kekasih barunya. Anggap sahaja begini "Jika kau tak nak aku, bukan aku yang rugi, engaku yang akan rugi kehilangan orang macam aku" that is the best way. Syah pasti jika anda dipihak yang benar dan ikhlas, pasangan yang meninggalkan anda itu akan dapat merasakan kelainan apabila anda tiada lagi disisinya, kerana orang yang baru itu tidak akan sama dengan apa yang dia rasakan bila bersama anda dahulu. Dia akan merasakan kehilangan anda. Sebab itu banyak kes orang yg meninggalkan sesorang tu nak rujuk semula. Bagi Syah tak payah layan orang-orang macam ini. Nak merana tertongeng buat apa, sedih sedikit bolehlah. Dan yang penting anda harus tunjukkan kepada orang yang meninggalkan anda , bahawa anda mampu mengecap kebahagiaan dan berjaya tanpa dia disi anda. Hidup harus diteruskan atau Syah lebih suka menggunakan ayat "The Show Must Go On".

Apa-apapun Syah doakan agar anda dan pasangan anda semua tak kiralah suami isteri atau sedang dalam alam percintaan agar sentiasa bahagia, rukun dan aman damai dalam melayari kehidupan yang penuh pencaroba ini. All The Best Ya...................

Saturday, June 26, 2010

Monarki Iran Terakhir - 26.06.2010

Mohamad Reza Pahlawi
(1941 - 1976)
Mohamad Reza Pahlawi merupakan Shah Iran atau Raja Iran terakhir dari Dinasti Pahlawi. Dinasti ini hanya sempat bertahan selama 54 tahun sahaja dengan dua orang Raja bemula pada tahun 1925 hingga 1976 dan ditumbangkan oleh Revolusi Iran atau lebih dikenali sebagai Revolusi Islam pimpinan Ayatollah Ruhollah Khomeini yang menjadikan Iran sebuah Republik Islam hingga hari ini. Dinasti ini diasaskan oleh ayahandanya, Reza Shah Pahlawi atau nama sebenarnya Reza Khan.

Reza Shah Pahlawi
(1925 - 1941)
Reza Khan merupakan seorang Pegawai Tentera Iran yang telah merampas kuasa dan menjatuhkan Ahmad Shah Qajar dari tahta Dinasti Qajar yang memerintah Iran sebelum itu. Pada tahun 1925 Ahmad Shah Qajar telah dipaksa turun tahta dan Reza Khan dimahkotakan sebagai Shah Iran dengan menggunakan gelaran Reza Shah Pahlawi. Baginda merupakan seorang yang bercita-cita tinggi dan ingin memodenkan Iran dengan membangunkan industri-industri berat, infrastruktur-infrastrutur utama, pembinaan jalan kereta api, memperkenalkan sistem pendidikan awam, melakukan pembaharuan sistem kehakiman dan memperbaiki sistem kesihatan. Salah satu sikap yang harus dipuji ialah baginda menghalang campurtangan Inggeris dan Kesatuan Soviet dalam proses pembangunan Iran. Apa yang dicita-citakannya dikotakan dan hanya dalam masa 16 tahun sahaja Iran telah mengalami pembangunan pesat dan menjadi negara membangun. Walau bagaimanapun rakyat Iran semakin membenci baginda terutamanya golongan ulama Iran pada pertengahan tahun 1930an kerana baginda memerintah secara diktator. Mohamed Reza Shah menggantikan ayahandanya Reza Shah semasa era perang dunia kedua pada 16 September 1941 selepas ayahandanya dipaksa turun tahta oleh pihak Anglo-Soviet kerana sikap pro Jerman Baginda. Reza Shah Pahlawi mangkat semasa dalam buangan di Johannesburg, Afrika Selatan pada 1944.

Mohamad Reza Syah bersam isteri-isteri baginda. Dari kiri Fawiza, Soraya dan Fara Diba.

Mohamad Reza Shah dilahirkan pada 16 Oktober 1919 di Tehran Iran dari bondanya Tadj ol-Muluk. Baginda pernah berkahwin sebanyak tiga kali iaitu dengan Fawiza binti Fuad (1941-1948) - Adinda Raja Mesir ketika itu, Soraya Esfandiary (1951 -1958) dan yang terakhir adalah Farah Diba (1959-1980). Hasil dari perkahwinan ini baginda dikurniakan dengan lima orang cahayamata iaitu Shahnaz, Reza Cyrus, Farahnaz, Ali Reza dan Leila Pahlavi. Seperti ayahandanya, baginda juga mangkat semasa dalam buangan di Cairo, Mesir pada 27 Julai 1980 dan dikebumikan di Mesir.

Kembara Mahkota Johor - 26.06.2010

DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar dalam salah satu Program Kembara Mahkota Johor. Waktu ini baginda merupakan DYAM Tengku Mahkota Johor.

Tentunya anda semua pernah mendengar mengenai Kembara Mahkota Johor (KMJ) yang sering diperkatakan di mediamassa sekarang ini. Apakkah itu KMJ? KMJ merupakan satu program yang diasakan hasil idea DYMM Sultan Johor, Tuanku Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar pada tahun 2001. Sewaktu itu baginda merupakan DYAM Tengku Mahkota Johor dan sebab itulah dinamakan Kembara Mahkota Johor. Program pertama ini telah dimulakan dengan menjelajah seluruh lapan daerah di Negeri Johor pada masa itu menggunakan motosikal kuasa tinggi kepunyaan baginda dengan diiringi oleh beberapa orang tokoh korporat, VVIP serta ketua-ketua jabatan.

Objektif utama KMJ adalah untuk : -
  • Mengeratkan hubungan Istana Johor dan Rakyat
  • Membuat kerja amal dan kebajikan
  • Meninjau pembangunan dengan lebih dekat
  • Mendapatkan maklumat mengenai masalah, bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat secara terus
  • Sebagai langkah memprosi produk pelancungan di Negeri Johor
Hasil daripada keberkesanan pioneer program ini, maka Tuanku Ibrahim telah berkenaan untuk menjadikannya sebagai salah satu program tahunan Istana Johor sehingga sekarang. Kembara ini dilakukan dalam berbagai-bagai cara seperti bermotosikal, pacuan empat roda, menaiki bot, keratapi dan menjelajah kampung orang asli. Paling istemewanya dalam program ini adalah Tuanku Sultan Ibrahim dan kerabat Diraja akan bermalam dirumah salah seorang penduduk yang dipilih selain daripada bersukan dan beramah mesra dengan rakyat. Pada tahun ini program bermula hari ini 26.06.2010 menggunakan perkhidmatan keretapi dengan jarak perjalanan sejauh 391.3 km bermula di Johor Baharu selama tiga hari seperti berikut :-

  • 26.06.2010 Sabtu:- Daerah Johor Baharu (JB Central), Daerah Kulai Jaya (Kampung Pertanian),Daerah Kluang (Stesyen KTM Rengam-Dewan berhampiran stesyen Rengam, dan Stesyen KTMB Kluang - Jalan Station Dataran Persiaran Dato' Ismail Hassan dan Kem Mahkota Keluang)
  • 27.06.2010 Ahad : - Daerah Kluang (KTMB Keluang), Daerah Segamat (Stesyen KTM Labis - Kampung Paya Merah, Labis, Stesyen KTMB Tenang - Pekan Tenang, Stesyen KTMB Segamat - Dataran Segamat & Kediaman rasmi Pegawai Daerah Segamat)
  • 28.06.2010 Isnin :- Daerah Segamat (KTMB Segamat, Stesyen KTMB Gemas, Negeri Sembilan, Stesyen KTMB Bekok - Dewan serbaguna Bekok), Daerah Keluang - Stesyen Layang-layang, Pekan Layang-layang), Stesyen KTMB Johor Baharu (Stesyen Danga City Mall/JB Sentral)
Kepada semua warga Johor marilah bersama-sama menyemarakkan Program Kembara Mahkota Johor 2010 yang akan diadakan di daerah anda semua seperti jadual di atas. Inilah masanya anda semua untuk bertemu Sultan Johor dan kaum kerabatnya secara dekat dan menyuarakan segala masalah yang terbuku dihati. Syah mendoakan agar program Tuanku Sultan Ibrahim, Kembara Mahkota Johor ini berjalan lancar seperti yang dijadualkan. AMIN.

................... DIRGAHAYU TUANKU PATIK ....................

Aksi Nomi dan Blackie - 26.06.2010

Macam nielah perangai Kucing Muss dan Cd si Nomi dan Blackie. Blackie, Muss punya dan CD Nomi. Macam inilah perangai dia orang, panjat sana sini dah jadi macam kebiasaan dirumah ini. Gambar nie masa dia lepak dalam bilik Syah di KL Residence. Tak ada benda yang tak dipanjatnya. Dia orang paling suka duduk tepi tingkap sambil pandang kat luar tengok burung terbang atau orang lalu lalang. Banyak perhiasan kristal Muss diruang tamu dah pecah dilanggar kucing nie tapi Muss tak boleh nak cakap apa coz kucing dia. Kucing nie special sedikit kerana mereka letak dalam master bedroom siap makan dan tempat najis sekali. Yang kelakarnya kucing nie tidur dalam master bedroom dan tuannya terpaksa tidur diruang tamu kerana tak leh tidur sama-sama kucing kerana kena kacau dengan nomi dan blackie yang sentiasa melompat tak kira waktu. Tak tahu lah sampai bila. Di balkony pula ada 11 ekor dalam sangkar. Anak kucing sahaja ada 8 ekor. Sesiapa berminat nak anak kucing inform Syah.

Khidmat Jualan, Pemasangan dan Service Penapis Air - 26.06.2010

Jika anda perlukan khidmat nasihat mengenai pembelian dan penyelenggaran penapis air anda boleh menghubungi individu dalam photo dibawah nie. Hari Rabu lepas dia datang pasang Water Purifer di KL Residence. Anda boleh bertanya mengenai Water Dispenser, Master Filter atau Water Purifier dari berbagai jenama yang ada di Malaysia sekarang ini. Beliau boleh memberi khidmat nasihat dan cadangan mengikut budget anda. Jika ada sebarang kemusykilan/khidmat nasihat boleh hubungi -
  • Wilson Liang di Talian 012-2998348.

Biarlah Nak Kata Apa - 26.06.2010

Hidup ini ibarat roda dan iannya sentiasa berpising mengikut keadaan, jika ia melalui jalan yang baik maka ia akan jadi sentiasa baik dan jika ia terlanggar sesuatu yang tajam maka ia akan merasakan kesakitannya dan begtulah seterusnya. Sebab itu kadangkala kita rasa gembira atau sedih bergantung apa yang berlaku kepada kita. Jangan sesekali buat jahat kerana kejahatan itu akan balik semula kepada anda, jika tidak esok, lusa mungkin 10 tahun lagi., patsi anda akan terima pembalasannya, jika tidak didunia di akhirat nanti. Kadangkala balasan tu ditunjukkan didunia nie sebelum kita mengadap yang Maha Esa, kebanyakannya macam tu sekarang nie. Apa sahaja kejadian yang terjadi pada kita, kita harus menanganinya secara bijak dan jika keputusan itu adalah findingnya kita harus terima keadaan itu seadanya dan anggap sahaja itu ketentuan dari Yang MAHA ESA. Jika orang buat jahat kepada kita, kita doakan sahaja kebaikan untuk mereka supaya mereka sedar apa yang mereka lakukan. Mungkin ada orang tersalah anggap terhadap kebaikan kita dan mengeluarkan kata-kata yang menghiris hati kita biarkanlah sahaja because itu adalah lumrah kehidupan didunia yang sementara ini. Biarkanlah mereka dengan cara mereka dan doakan sahaja kebahagian mereka.
  • Jika ada orang melabelkan kita sebagai EGO terpulanglah kerana itu hak mereka untuk mengeluarkan sebarang statement kerana itu mulut dia dan cuma doakan supaya dia sedar apa yang dia cakap asalkan jangan jadi "paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Awak Yang Lebih".
  • Apa-apa juga kebaikan yang kita taburkan kepada orang lain, jangan sesekali put in our mind orang itu kena balas jasa dan budi baik kita. Jika itu ada dalam diri kita maknanya kita tidak ikhlas membantu orang. Anda semua kena ingat, jika kita buat baik dengan seseorang tak semestinya orang itu akan balas juga kebaikan kita tu, mungkin kebaikan tadi akan dibalas oleh orang lain. Insyallah jika kita membuat kebaikan, Kebaikan juga yang akan kita terima kerana Allah itu Maha Berkuasa. Syah percaya benda nie kerana Syah mengamalkannya - kita tolong orang dan jika orang tu tak tolong kita tak pe.......
  • Sebelum kita mengeluarkan sebarang statement, lebih baik kita fikir dahulu sebelum bercakap. Bak kata orang "put your self into them and then you knew what is happening". Cuba bayangkan jika orang lain cakap kita macam itu apa perasaan anda. Jadi hati-hatilah dengan pertuturan kita melainkan anda memang hendak menyakitkan hati individu berkenaan atau ada dendam yang tersemat dihati untuk dibalas. Mungkin........... tapi berdendam tu adalah sifat yang tidak sihat.

Syah terima apa sahaja orang cakap mengenai Syah. Kita kalau nak hidup dan sentiasa takut dengan apa apa yang orang kata mengenai kita, tak boleh bergeraklah kita didunia ini. Lainlah jika apa yang mereka katakan itu untuk kebaikan kita, maka kita kena betulkan diri kita dengan segera dan berubah. Jadi biarkanlah apa yang orang nak cakap pasal diri kita dan kita tahu dimana tempat kita berpijak dibumi nie. Kepada yang tersalah anggap pada Syah teruskan lah sehingga anda sedar apa yang anda sudah buat.

Apapun Yang Terjadi Kepada Kita, Jangan Bersedih Kerana
THE SHOW MUST GO ON

Friday, June 25, 2010

Lunch & Dinner - 25.06.2010

Untuk lunch hari ini Syah makan Tom Yam Sayur, beli di kafeteria Menara TM. Hari ini Syah cakap dengan Kakak tu beri Syah tom yam sayur tapi nak yang putih punya. Tom Yam Putih bukan merah macam biasa. Hari tue Abg Razak datang office dan dia tengok Syah makan tom yam sayur dan dia tanya diet ker dan Syah kata yer? Dia inform, lain kali kalau nak makan tom yam minta yang putih punya kerana dia kurang minyak. Memang betul kata Abg Razzak, Kurang berminyak. Thanks.

Untuk dinner nanti Syah nak makan Green Apple seperti yang disarankan oleh Diet Dr Rozmey. Syah beli di Isetan KLCC hari tu, namanya USA Granny Smith Apple, 6 biji RM10.90. Saja beli ingatkan rasanya lain daripada apple hijau yg biasa Syah beli tapi rasanya sama jer masam. So lepas nie beli kat pasar tani setapak indah jer lah lagi murah. Dinner Syah antara jam 05:00pm - 06:00pm. Selepas waktu tu outside food not allowed hanya mineral water sahaja.



Jus Mate 5 :- Berat - 25.06.2010

Pagi tadi Syah ke Kelinik Zarif dan jumpa Ina untuk timbang berat badan. Dia suruh Syah masuk dan timbang sendiri. Syah memang biasa dengan Ina nie. Syah ambil JM5 mulai Sabtu 19.06.2010 dan hari ini Jumaat 25.06.2010 berat badan Syah turun 4 kg sahaja iaitu dari 79kg ke 75kg. Syah inform Kak Lang Ella dan kawan-kawan turun sedikit sahaja tapi mereka kata oklah tu takkan nak turun 10 kilo terus. Ok lah kot........ at least turun sedikit dan Syah rasa perut Syah agak kecil sedikit. Hehehhehe............... Shukur Alhamdulillah. AMIN.

E-Mail dari Kawan - 25.06.2010

Semalam dapat e-mail dari kawan bertajuk Hargailah Isteri Anda. Syah nak kongsi bersama-sama dengan anda semua :-
  • Mulianya seorang isteri disisi Allah...Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka......
  • Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerjadengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari, Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak.. Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak….Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah , Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami, Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih…
  • Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..
  • Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandungAllah sentiasa mengampunkan dosanya,Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak?
  • Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapiAllah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahalatetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
  • Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjidatau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua.....
  • Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titianSirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepadasuami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahanisteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncungterhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
  • Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariatAllah agar tidak derhaka denganNya.
  • Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapakkaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampirkepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
  • Woman was made from the rib of man,She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon,She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him,Near his heart to be loved by him. "Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu ...namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...
  • "Ya Allah...jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......
  • Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" 10 x

Thursday, June 24, 2010

Water Purifier - 24.06.2010

Malam tadi vendor datang ke KL Residence untuk pasang Water Purifier yang baru untuk menggantikan Water Dispenser Muss yang rosak. Lebih kurang jam 10:00pm mereka habis kerja, adalah dekat 3 jam buat installation dan testing. Berbezanya water dispenser tu kita kena beli RO Water dari kedai tapi dengan water purifier nie tak perlu beli RO Water kerana ianya terus dipasang melalui paip rumah dan ada penapisnya sekali, lebih mudah, menjimatkan cost dan storage. Airnya adalah RO juga dan ada tiga pilihan iaitu panas, sejuk dan suam. Kualiti airnya sama dengan Alken dan Diamond bezanya Alken dan Diamond merupakan syarikat yang besar dengan qualiti perkhidmatan selepas jualan yang lebih baik dan memuaskan.

Istana Monaco Istihar Pertunangan Prince Albert - 24.06.2010

Semalam 23.06.2010, pihak Istana Monaco telah mengistiharkan pengumuman pertunangan His Serene Higness, Prince Albert of Monoco dengan Charlene Wittstock, seorang bekas perenang olimpik Afrika Selatan yang telah bermastautin ke Monaco. Walau bagaimanapun, pengumuman tersebut tidak menyatakan tarikh perkahwinan mereka tetapi telah menjawab tandatanya rakyaat berhubung gosip perhubungan mereka. Mengikut protocol di Monoco, pasangan diraja terpaksa menunggu enam bulan untuk berkahwin selepas pertunangan mereka diumumkan secara rasmi. Prince Albert mula berkenalan dengan Wittstok pada tahun 2000 sewaktu beliau menyertai pertandingan renang di Monaco. Beliau merupakan perenang Afrika Selatan di sukan olimpik Sydney, Australia pada tahun 2000 tetapi tidak memenangi sebarang pingat. Sebelum berpindah ke Monaco pada 2006, beliau merupakan seorang guru.

Gambar terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Istana Monaco semalam selepas pertunangan pasangan DiRaja diumumkan secara rasmi

Jika DYTM Raja Dr Nazrin Shah berkahwin dalam usia 50 tahun, Prince Albert menamatkan zaman bujangnya dalam usia 52 tahun manakala pasangannya berusia 32 tahun. Baginda merupakan anak kedua Prince Ranier dan Princess Grace dari 3 orang adik beradik iaitu kekandanya Princess Caroline dan adindanya Princess Stephine. Jika perkahwinan ini berlangsung maka penantian selama 30 tahun oleh rakyat Monaco untuk mempunyai "First Lady" akan menjadi kenyataan semenjak kematian bonda Putera Albert, Princess Grace yang dikenali seluruh dunia pada zaman tersebut seperti kita mengenali mendiang Princess Diana sekarang. Selepas menaiki tahta dan tidak mempunyai waris yang sah (walaupun ada gosip menyatakan baginda mempunyai anak diluar negara), parlimen Monoca pada tahun 2000 telah merubah undang-undang untuk membenarkan salah seorang putera Princess Caroline, Prince Andria untuk menjadi Pewaris Tahta jika Prince Albert tidak mempunyai anak yang sah. Diharap dengan perkahwinan ini dapat melahirkan seorang pewaris yang akan meneruskan legasi baginda di Monaco. Heheheh Penulis Blog bila lagi .. nak tunggu 50an juga ker? Kuang...kuang...kuang

Wednesday, June 23, 2010

Souvenir Koala - 23.06.2010

Sudah jadi kebiasaan kepada sesiapa yang berkunjung ke Australia mesti beli beruang Koala dalam berbagai bentuk sebagai saguhati kepada kawan-kawan/keluarga. Hari ini Syah dapat satu daripada Pn Zuraidah Mohd Shariff, GM Human Capital Planning yang baru balik bercuti dari Goal Coast, Australia. Sebentar tadi secretary dia, Azlina Aliuddin hantarkan kepada Syah. Azlina suruh pilih dan dia kata engkau mesti nak yang berbaju kuning nie kannn? Hehehheh. Banyak dah orang beri pada Syah Koala nie tapi apa yang hendak Syah sampaikan adalah INGATAN Sesorang Pada kita. Dulu Syah pernah satu office dengan Pn Zu tetapi sekarang dia transfer ke Bahagian lain. Walaupun bukan diunit yang sama, beliau masih ingatkan Syah dengan memberi Souvenir nie. Terharunya......... Moral of The Storynya, walau dimanapun kita berada, walaupun kita ada kawan baru atau kita berada ditempat yang lebih tinggi dari orang lain JANGAN SESEKALI lupa asal usul kita dan orang-orang yang pernah membantu atau menyumbang bakti dalam hidup kita. Jadilah orang yang mengenang budi. By the way thanks to Azrin yang beri Syah hadiah bulu kambing dari Sarawak tempohari. Thanks juga to Abang Tukiman yang beri Syah coklat Toblerone 50gm dari Langkawi tadi.

Jus Mate 5 :- Pagi Nie - 23.06.2010

Malam tadi Syah set alarm handphone jam 05:00am kononnya nak bangun lepas tu masaak sup sayur. H/Phone berdering banyak kali tapi rasa letih dan tido semula. Hampir Jam 05:45 am baru bangun, mandi, bercukur dan solat. Lepas tu Syah siapkan sayur untuk dibawa ke office. Nak buat sup tak sempat jadi Syah rebus sahaja sayur-sayur tu for lunch nanti. Masa didapur Muss tanya nak tumpang tak dan Syah inform tak per jalan kaki sendiri ke LRT. Sebelum keluar sempat pesan dengan Cd kalau dia nak sayur yang Syah beli tu ambil jer tak kisah coz Syah beli bukan untuk diet Syah seorang, semua boleh makan dan kalau habis beli yang lain pula. Dia segan nak ambil kot sebab tu Syah inform dia. Sampai office Syah naik tangga dari Aras -1 hinggan Aras 14 untuk exercise pagi nie.


Tuesday, June 22, 2010

Azrin Accident - 22.06.2010

Petang semalam 21.06.2010 memang Syah nak balik ke Rawang Residence. Tiba-tiba sebelum balik kerja Syah tergerak hati nak telefon Azrin. Mula-mula susah nak dapat line dia dan Syah cuba sekali lagi. Heran juga mengapa tapi akhirnya dapat dan dia inform dia accident di Ipoh. Mula-mula rasa terkilan juga coz dia accident tak informpun walhal teruk juga kereta dia. Tapi tak apalah dah memang perangai dia macam tu dengan Syah sekarang, tapi yang penting dia selamat. Shukur Alhamdulilah. Amin.
  • Arip menunjukkan gambar kereta Azrin melalui h/phonenya.
Sebenarnya dia temankan kawannya Arip dan kawan perempuan Arip untuk ke UiTM Pulau Pinang untuk buat clearance coz dia nak continue study di UiTM Shah Alam. Dia balik hari rupanya. Kejadian ini berlaku di Ipoh dalam keadaan hujan lebat. Tak tahulah sebab apa? mungkin penat atau bawa laju, itu Syah tak pasti. Azrin terlanggar diveder dan bahagian depan kereta - bumper rosak teruk dan ada minyak keluar. So dia tak berani nak bawa kereta tu dan terpaksa ditunda ke Rawang. Tunda kereta pula satu hal. Dia panggil wakil insuran tarik kereta dan sampai tempat tu toll truck yang sedia ada tak benarkan kereta itu ditarik oleh wakil insuran kerana itu kawasan mereka. Untuk mengelakkan pergaduhan mereka kenakan caj RM100.00 atau RM150.00, Syah tak ingat, baru kereta tu boleh ditarik. Macam-macam hal tukang tarik kereta nie.
  • Beginilah keadaan kereta Azrin. Gambar kurang clear kerana diambil dari handphone
On the way balik, mereka buat laporan polis mengenai kemalangan tu. Mereka sampai di Rawang lebih kurang jam 11:00pm kot? Kawan perempuan Arip balik ikut bf dia yang menunggu di R&R Rawang. Ayah Azrin fetch Azrin dan Arip dibengkel kereta untuk balik rumah. Mereka kemudiannya datang ke rumah Syah malam tu dan menceritakan apa yang berlaku approx jam 01:00pagi. Adalah lebih kurang 45 minit kami bercerita mengenai kemalangan tu. Kawan Azrin ajak dia balik rumah kerana penat dan Syah kata kalau ko nak balik sangat pergi balik sendiri biar Azrin bercerita dulu :- Saja bergurau kat dia. Baik budaknya si Arip nie, hormat kat orang walaupun perangai gila-gila coz biasalah perangai budak-budak zaman sekarang takkan sama macam kita dulu-dulu. Biasalah tu................. Syah offer Azrin guna AEL67 sementara kereta dia siap dan beri dia pinjam RM600.00 untuk standby jika perlu. Apa-apapun take care yer Azrin.

Perkhidmatan Bas SKS untuk TM Staff - 22.06.2010

Terima kasih atas inisiatif TM menyediakan kemudahan perkhidmatan bas bagi kakitangan TM Jalan Pantai Baharu yang tinggal di area Seremban, Negeri Sembilan. Perkhidmatan bas ini adalah dicadangkan untuk kakitangan TM yang bertugas di Menara TM, TM Annexe 1 dan TM Annexe 2. Pihak pengurusan bas SKS-KL menawarkan perkhidmatan bas laluan khas dari TM Annexe ke Terminal One Seremban. Walau bagaimanapun Perkhidmatan bas ini akan dimulakan dengan syarat anggota yang mendaftar hendaklah sekurang-kurangnya 40 orang. Bas akan bertolak dari TM Annexe dan bukannya Menara TM untuk mengelakkan kesesakan terutamanya waktu puncak. Perjalanan balik adalah dianggarkan bermula jam 05:45pm hingga 06:15pm. Walau bagaimanapun waktu itu boleh dirunding dengan pihak SKS apabila permintaan memberangsangkan. Tambang dianggarkan diantara RM6.00 - RM7.00. So kepada kawan-kawan TM semua, ambillah peluang keemasan ini untuk keselesan anda semua. Perkhidmatan ini sebenarnya ekonomik kerana :-
  • Dapat menjimatkan kos LRT Putra/monorail/bas Rapid KL untuk ke stesen baru Perhentian Hang Tuah (depan Pudu Jail)
  • Menjimatkan masa, kerana laluan dari Menara TM ke Perhentian Hang Tuah mengambil masa sekurang-kurangnya satu (1) jam
  • Selaras dengan inisiatif “Share-a-Ride” yang diperkenalkan menerusi kempen BumiKu (yang ini hanya staff TM sahaja yang tahu)

    Keutamaan akan diberi kepada anggota yang mendaftar sahaj dan jika anda tidak mendaftar, anda hanya boleh menaiki bas sekiranya terdapat tempat kosong sahaja.

    Bagi kakitangan TM, sila hubungi Ruslan Zakaria melalui emel di zruslan@tm.com.my atau telefon 013-3693626 sekiranya anda ingin mendaftarkan diri untuk perkhidmatan bas laluan khas ini. Perkhidmatan ini adalah untuk anggota-anggota TM di Menara TM, TM Annexe 1 dan 2 sahaja.

Monday, June 21, 2010

Tuanku Mizan menerima mengadap bekas Pesuruhjaya Tinggi Brunei - 21.06.2010

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah berkenan menerima mengadap perpisahan bekas Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke Malaysia Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral Datuk Paduka Seri Haji Awang Halbi Md Yusoff di Istana Negara pada 18.06.2010 lepas. Sebelum menjadi Pesuruhjaya Tinggi Brunei di Malaysia beliau merupakan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Beliau berusia 54 tahun dan mula bertugas di Malaysia pada 25 Mac 2010, walau bagaimanapun beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei pada 29 Mei 2010 dan terpaksa menamatkan perkhidmatannya di Malaysia.

Office Lengang - 21.06.2010

Pagi ini office Syah tiada orang dan sunyi sepi kerana ada Enggagement Session di TMTC. Yang ada cuma Syah, Abang Tukiman dan budak-budak latihan industri, Shah, Dyana, Shida dan Ema. Practicle student semuanya keluar kerana ada urusan sendiri Dyana dan Ema nak jumpa supervisor mereka di MMC, Shah nak ke MMU kerana ada masalah dengan subject registration dia dan Shida ke MMC kerana En Fahd panggil untuk sessi VC. Syah tak attend program nie kerana standby untuk pemasangan LCD Projector oleh vendor dari Medidata Sdn Bhd. Jam sepuluh tadi En Ibrahim call dan minta LCD yang kami baru beli. Bila Syah periksa dalam stor LCD tu tak ada yang ada LCD lain.
click pic for larger view
Sebenarnya ini semua miss communication diantara Syah dan Nash. Jumaat hari tu Syah minta Nash serahkan LCD berkenaan pada practicle student - Shah sebab on monday semua orang tiada. Walau bagaimanapun Nash bagi LCD yang lama dan bukannya LCD baru. Salah Syahlah tak periksa, Heheheheheh Nash...Nash..... LCD baru ada dalam bilik stor Syuhada (secretary boss). Call Nash dan Syuhada. Syah dah tension macam mana nak buat tapi akhirnya dapat diselesaikan. Sya minta Syah call En Anuar dari Bahagian Maintenance untuk bukakan pintu stor menggunakan master key. Bila pintu dapat dibuka Syah terus hantar LCD tu ke bilik mesyuarat big boss untuk diuruskan oleh En Ibrahim. Esok pemasangan LCD di office Syah pula untuk bilik mesyuarat Dr. Zainal. We all beli tiga LCD dan setiap satu berharga RM3,299.00 dan pemasangan pula harga lain RM1,850.00 setiap satu.

Kunci Rumah Hilang - 21.06.2010

Semalam kunci rumah Syah hilang masa berjogging di area setapak. Untung masa Syah sampai KL Residence, Muss dan CD baru parking kereta. Syah nampak mereka dari jauh dan seluk poket nak ambil kunci tapi tak ada. Baru Syah teringat mungkin terjatuh masa buat push-up tadi. Untung waktu balik rumah sama buatnya mereka balik lewat terpaksalah Syah tunggu depan rumah. Pagi tadi minta Muss buat spare key dan nak bagi duit tapi katanya tak payah. Hari ini pula Syah naik tangga ke office dari Ground floor ke Aras 14 sebagai salah satu exercise pagi nie. Berpeluh gak dibuatnya. Pagi nie pula Abang Tukiman serahkan cek bernilai RM374.96 kepada Syah. Cek untuk dividen Koperasi Telekom Malaysia. Shukur alhamdulilah, bolelah Syah buat tambah untuk bayar credit card bulan nie.

Sunday, June 20, 2010

Just Mate 5 : Target Syah - 20.06.2010

Ini Syah nak kongsi bersama anda gambar Syah tahun lepas masa sedang kurus. Target Syah nak jadi macam ini semula. Syah memang macam ini kejap kurus kejap gemuk, apa tu kata orang yoyo diet. Tapi kali ini Insyallah dengan izin yang Maha Esa Syah nak kekalkan berat badan ideal Syah sepatutnya. Sekarang nie semua baju-baju tu tak boleh pakai lagi. Sedih nya...... tapi Syah janji dengan semangat yang ada, Syah akan pastikan akan dapat pakai semula baju-baju tu nanti .
  • CHALLENGE...........CHALLENGE.......CHALLENGE...........
Photo nie Muss ambil sewaktu we all dinner kat kedai Amy Search.

Syah dan Syuhada @ Sya di office
Syah and My Brother Muss at Kak Long Fadillah House @ Wangsa Maju

Jus Mate 5 : Lunch Today - 20.06.2010

Hari ini lapar pula mungkin ada dirumah dan makanan banyak pula didapur tu. Semalam Mus beli tart nenas dan rempeyek kacang - my favourate. Tengok jerlah jawapnya coz tak boleh makan benda-benda tu buat masa terdekat ini. Teringat pesan Kak Roha, orang-orang macam kita nie dalam fikiran asik memikir menu makanan sahaja. So minum mineral water jerlah jawapnya. Syah mesti fokus betul-betul supaya apa yang Syah targetkan berjaya.

Inilah lunch today. Sup sayur - ada brakoli, carrot, kobis bunga, tomato, cendawan dan tahu. Syah ambil dua keping wholemeal bread. Malam nanti nak makan Fuji Apple yang Syah beli kat Pasar Tani pagi tadi. Makan sebiji jer lah? Mineral water ada masalah pula coz Water Dispenser rosak - tempat paip air panas tanggal (patah) dan Muss dah hantar ke pembekal kerana ada gurantee lagi. Syah minta Muss belikan mineral water di satu carton at petronas patrol pump.

Balik KL - 19.06.2010

Selepas kemas depan rumah dan cuci kereta di Rawang Residence, Syah balik KL. Dalam Train terigat kisah member cerita kat Syah katanya "hari tu dia sedih dan menangis dalam train bila ex boyfriend dia kata "Malam tadi awak salam dan laga pipi dengan saya sebab nak jelouskan girl friend baru saya." Katanya itu satu tuduhan melampau yang tak berasas. Biasalahkan orang sedang bercinta semuanya indah yang awak kacau dia orang buat apa. Mereka ada life mereka sendiri dan awak tak ada apa-apa relationship dengannya lagi, satu hari nanti jika dia keseorangan pula pandailah dia cari awak, Itupun kalau dia teringatlah kat awak. Sabar sahajalah mungkin itu apa yang dia anggap pada diri awak dan jika awak dipihak yang benar Insyallah dia akan tahu keikhlasan awak suatu hari nanti. Hidup harus diteruskan.
Click Pic for Larger View
Sampai KL Central ada show dan pameran sempena World Refugge Day 29010 yang bertujuan memberi informasi kepada malaysian mengenai pelarian UNHCR. Ada persembahan kebudayaan dari pelarian yang berada di Malaysia dan juga jualan hasil makanan dan kraftangan mereka. MC hari ini salah seorangnya Hanny. Mak Aiiii Cantilah dia macam mat salleh.

Jus Mate 5 : First Day Diet - 19.06.2010

Diet Syah bermula hari ini, Sabtu 19.06.2010. Berat badan Syah 79kg dan Syah terpaksa menurunkan berat sehingga 20kg. Memang mustahil tapi dengan menjaga makan, bersenam dan menggunakan produk Jus Mate 5 - Formula Dr Rozmey nie Syah percaya ianya akan terlaksana. Syah akan maklumkan berat badan Syah setiap 10 hari sekali kepada anda semua. Insyallah doakkan Syah sekali yer. Syah mengambil keputusan menurunkan berat badan nie kerana Syah perlukan badan yang sihat dalam usia sekarang nie disamping menjaga penampilan. Jika ianya berhasil and bolehlah beli produk nie melalui Syah atau menjadi ahli. Tapi Tunggu.......... dulu hingga anda semua lihat perubahan pada Syah.

Inilah dia Jus Mate 5 nie. Ianya perlu dilarutkan dalam air sejuk dan air panas tidak dibenarkan kerana akan menghilangkan khasiatnya. Syah tak ada shaker jadi guna jug ne sahaja. Masukkan air sejuk lebih kurang 300ml dan tuangkan serbuk Jus Mate 5 dan goncang hingga bahan tadi larut.

Bila digoncang macam nielah rupanya. Jika anda tak hendak buih tu, letakkan seketika dalam peti sejuk hingga buih mendap sedikit baru minum tapi Syah terus minum dengan buih-buihnya sekali. No hal punya. Perlu diingatkan bila minum jus ni , tidak dibenarkan mengambil makanan sehingga 3 jam kemudian dan jika ingin meminum jus nie pastikan perut kosong selama 2 jam dahulu. Jus ini agak manis sedikit dan jika anda tidak menyukai manisnya tu bolehlah letak air lebih sedikit. Lepas tu kena minum banyak air masak atau mineral water. Dietnya pula untuk lunch atau dinner bolehlah ambil Sup Sayur atau Tom Yam Sayur dan jika boleh jangan ambil nasi. Jika lunch Sup Sayur malamnya pula makan buah-buahan sahajapun mencukupi, nak makan sup sayur juga boleh tak ada polis nak tangkap pun. Hehehehhehe. Petua dari Kak Roha (Pengedar) katanya jika rasa lapar terus jer minum air masak @ mineral. Insyallah rasa lapar tu akan hilang. Satu lagi kita akan kerap kencing kerana untuk mengeluarkan toksin dalam badan tapi kena minum banyak air kosong macam Syah cakap tadi.
Ini adalah senaman pertama syah selepas mengambil Jus Mate 5. Depan rumah Syah di Rawang Residence, Syah tanam pokok bunga dan buah limau. Tengoklah sahaja lalang tu dah menutupi pokok-pokok tadi. Hehehehhe naik segan plak dengan jiran coz depan rumah mereka terang dan bersih. So Syahpun cabut dan bersihkan lalang tu sampai calar-calar tangan Syah kena lalang yang gatal tu. Hasilnya pokok tu nampak bersih dan kemas seperti gambar dibawah tu.

Saturday, June 19, 2010

Tengku Indera Petra, Mantan Raja Muda Kelantan - 19.06.2010

Sudah lama Syah mencari gambar ini, Syah pernah meminta dari Kerabat DiRaja Kelantan tetapi tak siappun mahu membantu malah memberi berbagai alasan. Akhirnya gambar ini sebenarnya ada dalam simpanan MBS Mini Royal Library Syah di Rawang Residence. Tentu anda tidak mengenali individu yang Syah ingin perkatakan disini tetapi ia cukup dikenali dikalangan kerabat diraja Kelantan dan pihak Istana Kelantan. Beliau adalah YAM Tengku Tan Sri Abdullah ibni Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tengku Besar Indera Petra atau Tengku Indera Petra. Apa yang terjadi kepada beliau merupakan salah satu titik hitam dalam perjalanan sejarah kesultanan Kelantan dan iannya tidak boleh dilupakakan begitu sahaja kerana Sejarah Tidak Boleh Diubah cuma kita tidak perlu membangkitkan cerita lama ini untuk kepentingan diri sendiri.

  • Dari Kiri ke Kanan :- Raja Muda Kelantan, Tengku Indera Petra bersama adindanya Tengku Yahaya Petra (Sultan Yahaya Petra) yang ketika itu menjadi Tengku Bendahara Kelantan.

Tengku Indera Petra dilahirkan pada tahun 1916 di Kota Baharu, Kelantan. Beliau merupakan Putera Sulung Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV, Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri Kelantan Darulnaim. Bondanya adalah Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Zainab binti Tengku Ahmad Zainal Abidin. Apabila menjadi anak sulung lelaki seorang Sultan sudah tentu beliau merupakan pewaris pertama tahta kesultanan Kelantan. Selepas ayahandanya ditabalkan sebagai Sultan Kelantan, beliau pula telah dilantik sebagai Raja Muda Kelantan (sekarang gelaran itu dikenali sebagai Tengku Mahkota Kelantan) pada 25.10.1944. Tengku Indera Petra merupakan seorang yang mendapat pendidikan Barat dan agak sosial. Walau bagaimanapun apabila terjadi perbalahan diantara beliau dan ayahandanya, Sultan Ibrahim, Tengku Indera Petra terpaksa melepaskan jawatannya sebagai pewaris tahta. Tengku Indera telah menulis surat perletakan jawatan pada 25.11.1947 sebagai Raja Muda Kelantan dan keturunannya tidak akan menuntut tahta dan menjadi raja. Sehubungan dengan itu Sultan Ibrahim melantik putera kedua baginda, Tengku Yahya Petra iaitu ayahanda Sultan Kelantan sekarang menjadi Tengku Mahkota Kelantan pada 01.02.1948 . Bonda Tengku Yahya adalah YM Che Puan Besar Che Embung binti Daud yang merupakan salah seorang isteri Sultan Ibrahim dan bukan anakanda Sultanah Zainab. Memang pernah terjadi didalam sejarah kesultanan Kelantan, Tengku Mahkota dilucutkan dari jawatannya dan diambil alih oleh Tengku Bendahara Kelantan sebagai Sultan Kelantan.

  • Kiri ke kanan :- Sultan Ibrahim dan Sultan Yahaya Petra.
Apabila dilucutkan dari gelaran Raja Muda Kelantan, beliau telah menceburi bidang politik sebagai wakil rakyat di Ulu Kelantan, pernah menjadi duta di Sri Langka, Jepun dan Pakistan, beliau juga pernah memangku jawatan Yang Di-Pertua Besar Negeri Pulau Pinang. Beliau berkahwin dengan seorang perempuan British, Annette Edith Olive Wheller pada tahun 1939 dan kemudiannya bercerai pada 23.05.1949 di London. Isteri kedua beliau adalah Puan Sri Zainab bt Ali. Tengku Petra mangkat pada 1983. Salah seorang anakanda beliau, Tengku Ibrahim Petra pernah membuat tuntutan terhadap tahta Kelantan tetapi tidak berjaya.
  • Duduk dari kiri ke kanan :- YTM Tengku Ismail Petra (Sekarang Al-Sultan Kelantan), DYMM Al-Marhumah Raja Perempuan Zainab, KDYMM Al-Marhum Sultan Yahya Petra, YAM Tengku Rohani
  • Berdiri dari kiri ke kanan :- YAM Tengku Rozan, YAM Tengku Salawani dan YAM Tengku Marjan.
Gambar kenangan Tuanku Yahya Petra sekeluarga. Kanak-kanak lelaki disebelah kiri sekali merupakan DYMM Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Peta ibni Al-Marhum Sultan Yahaya Petra.

Friday, June 18, 2010

Kes Curang Meningkat Di Brunei - 18.06.2010

Salah sebuah akhbar harian unggul negara Brunei Darussalam, Media Permata, hari ini melaporkan bahawa kes curang atau membuat hubungan sulit dengan orang lain semakin bertambah dari tahun ke setahun dan menjadikannya sesuatu yang kritikal di Brunei. Perkara ini telah dimaklumkan kepada Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohammed Pengiran Haji Abdul Rahman semasa lawatan beliau ke Jabatan Hal Ehwal Syariah. Semasa lawatan berkenaan Jabatan Hal Ehwal Syariah memaklumkan sebanyak 113 kes dilaporkan ke Jabatan berkenaan pada tahun ini. Walau bagaimanapun akhbar itu tidak melapurkan statisk kecurangan mengikut jantina.

Thursday, June 17, 2010

7 Datuk & 3 JP DiTarik Darjah Kebesaran - 17.06.2010

Selepas Sultan Johor menarik Darjah Kebesaran kepada empat individu kini tiba pula giliran Pemangku Raja Kelantan, DYTM Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra melakukan perkara yang sama terhadap 10 orang individu yang melibatkan tujuh gelaran datuk dan tiga JP (Jaksa Pendamai). Diantara individu terlibat adalah :-
  1. Senator Ahmad Rusli Ibrahim - Datuk Paduka
  2. Shokri Mohamed, bekas Pegawai Kewangan Negeri - Datuk Paduka
  3. Ismail Ghani, bekas Pegawai Jajahan Kota Baharu - Datuk Paduka
  4. Wan Hassan Wan Zin, Ahli Perniagaan - Datuk Paduka
  5. Mohd Raihan Datuk Seri Dr Eusuff Teh, Ahli Perniagaan - Datuk Paduka
  6. Tan Huat @ Tan Liang Chong, Ahli Perniagaan - Datuk Paduka
  7. Ibrahim Ab Kadir, Ahli Perniagaan - Datuk Paduka
  8. Yusri Che Noh, Kontraktor - Jaksa Pendamai (JP)
  9. Tengku Ahmad Zahari Tengku Abdul Kadir, bekas Pegawai Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) - Jaksa Pendamai (JP)
  10. Tengku Abu Bakar @ Tengku Azman Tengku Ismail, Pegawai Bank - Jaksa Pendamai (JP)

keputusan menarik balik perlantikan dan penganugerahan ini telah dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Ai-Seri Alias setelah mendapat perkenan Pemangku Raja Kelantan dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Kompleks Kota Darul Naim. Kesemua individu telah dimaklumkan melalui surat dan penarikan perlantikan dan penganugerahan ini berkuatkuasa antara 29.09.2010 dan 09.05.2010. Penarikan ini adalah hak Pemangku Raja Kelantan mengikut hemah dan budibicara baginda sebagai Pemanku Raja Kelantan yang mewakili Al-Sultan Kelantan.

Promosi Streamyx TM - 17.06.2010

Semalam, selepas appointment dengan May Tan di NY, Syah singgah sebentar di Mid Valley Megamall. Rupa-rupanya TM buat promosi streamyx dan Toy Story 3 yang akan mula ditayangkan pada hari ini. Promosi ini diadakan di Center Court, Ground Floor, Midvalley Megamall. So kepada anda semua marilah datang beramai-ramai ke promosi TM nie sambil berhibur bersama keluarga dimusim cuti sekolah ini. Bermacam-macam aktiviti disediakan untuk anda semua. Promosi ini bermula dari 09 hinggan 20 Jun 2010. Inilah masanya kepada anda untuk melanggan streamyx disamping pelbagai offer yang diberikan.

Gambar ini adalah bagi aktiviti Buss & Woody Live - Meet and Greet Session. TM memberi anda peluang dan kesempatan untuk bergambar dengan watak-watak utama filem TOy Story 3. Selain daripada itu, diadakan juga program bergambar bersama Maskot Bluehyppo Streamyx dan and boleh download gambar berkenaan kedalam Bluehyppo Kidz Club Fun Page di facebook. Gambar yang paling kreatif akan mendapat hadiah. So anda semua........... luangkan lah masa anda dan keluarga mengunjungi promosi TM yang akan berakhir pada hari Ahad ini. Diantar program-program yang akan dijalankan pada hari ini hingga Sabtu adalah seperti berikut :-

  • 11:00am - Blue Hyppo meet & greet session
  • 12:00 noon - Buzz and Woody Live - meet & greet session
  • 03:00pm - Blue Hyppo ,eet & greet session
  • 04:00pm - Buzz & Woody Live - meet & greet session
  • 05:00pm - TM happy family game
  • 06:00pm - Buzz and Woody Live - meet and greet session
  • 07:30pm - Buzz & Woody Live - meet and greet session.

Bawalah anak-anak dan keluarga bergembira bersama TM dimusim cuti sekolah ini sambil melanggan perkhidmatan Streamyx TM.

Azrinaz Dicerai Talak Satu - 17.06.2010

Jika dahulu Syah dan kita semua dikejutkan dengan berita perkahwinan diantara KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Azrinaz Mahzar Hakim tapi hari ini kita merasa terkilan kerana Sultan Brunei melepaskan Azrinaz dengan talak satu dalam usia perkahwinan yang masih muda iaitu hampir menjangkau 5 tahun pada 20 Ogos ini. Syah mendengar berita ini melalui radio Era pagi tadi. Sebenarnya berita mengenai perceraian ini telah dimaklumkan kepada rakyat Brunei melalui RTB (Radio dan Televisyen Brunei) pada jam 08:00pm malam tadi. Berita ini disampaikan oleh YAM Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alaudin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar.

Dalam ucapanya beliau memaklumkan "Maka pada petang Rabu 03 haribulan Rejab 1431 Hijrah bersamaan dengan 16 haribulan Jun tahun 2010 masihi (baginda) telah menjatuhkan talak satu kepada isteri baginda, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar"

Dengan pengumaman ini telah menjawab segala teka-teki mengenai penceraian Sultan Brunei dan Azrinaz yang selama ini menjadi tandatanya kepada rakyat Brunei. Sehubungan dengan itu, segala gelaran dan pingat kebesaran yang diberikan kepada Azrinaz telah ditarik balik berkuatkuasa mulai tarikh penceraian. Walau bagaimanapun beliau tidak memaklumkan sebab-sebab penceraian dan hanya menyatakan ianya berlaku atas sebab-sebab khas tanpa memberitahu butiran lanjut. Azrinaz telah menjadi janda kepada Sultan Brunei dalam usia 30 tahun. Hasil perkahwinannya dengan Sultan Brunei, telah dikurniakan dengan sepasang cahaya mata. 

Dengan penceraian ini, Sultan Brunei hanya mempunyai seorang isteri buat masa ini iaitu Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha. Ini bukanlah kali pertama Sultan Brunei menceraikan isteri baginda kerana sebelum ini baginda menceraikan Mariam Abdul Aziz pada Februari 2003 selepas 21 tahun mendirikan rumahtangga dengannya. Dua tahun kemudian, pada 20 Ogos 2005 Rakyat Malaysia dan Brunei dikejutkan dengan berita perkahwinan Sultan Brunei dan Azrinaz. Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan baginda di Istana Sultan Brunei di Malaysia iaitu di Rumah Awang Alak Bertatar di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Sebelum berkahwin Azrinaz merupakan seorang penyampai berita di TV3. Azrinaz berkahwin dengan Sultan Brunei dalam usia 26 tahun manakala Sultan Brunei waktu itu berumur 59 tahun dengan perbezaan umur sebanyak 33 tahun.


Buat masa ini Sultan Brunei dikurniakan duabelas orang cahayamata dengan lima putera dan tujuh puteri dari tiga orang isteri baginda yang mana dua darinya telah diceraikan seperti berikut :-

Paduka Seri Baginda Raja Isteri, Pengiran Anak Hajah Saleha
  • Puteri Rashidah (26.07.1969)
    Puteri Muta-Wakkilah (12.10.1971)
    Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah (17.02.1974)
    Puteri Majeedah (16.03.1976)
    Puteri Hafizah (12.03 1980)
    Putera 'Abdul Malik (30.06.1983)
Mariam Abdul Aziz - Bercerai
  • Putera 'Abdul 'Azim (29.07.1982)
    Puteri 'Azemah (26.09.1984)
    Puteri Fadzillah (23.08.1985)
    Putera 'Abdul Mateen (10.08.1991)
Azrinaz Mazhar Hakim - Bercerai
  • Putera ‘Abdul Wakeel (01.06.2006)
    Puteri Ameerah (28.01.2008)

Wednesday, June 16, 2010

Balik kerana World Cup - 16.06.2010

Subuh tadi Muss bertolak semula ke Felda Mempaga, Bentong, Pahang untuk menyambung semula tugasnya. Kawan dia fetch pagi tadi. Katanya perjalanan lebih kurang dua jam sahaja. Rupa-rupanya kawan dia balik semalam semata-mata nak tengok perlawanan bolasepak piala dunia kerana hotel mereka duduk tu tak ada Astro, Brazil lawan Korea jam 04:00pagi tadi. Sanggup balik KL naik bas dan balik semula ke Bentong dengan kereta sendiri. By the way perlawanan pagi tadi Brazil menang 2-1. Hemmmmmm begitu sekali penangan bolak sepak - Worl Cup nie kan........... kalau dah minat mereka sanggup buat apa sahaja.

Zahea mengadap Raja Isteri - 16.06.2010

Kali ini kita dengar berita dari Brunei pula. Semalam 15.06.2010 bersamaan hari Selasa, Paduka Seri Baginda Raja Isteri, Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenaan menerima mengadap Mrs Zahea Havaseli Astiani, Isteri kepada Mohammad Reza Havaseli Asriani, Duta Besar Istemewa dan Mutlah Republik Islam Iran ke Negara Brunei Darussalam. Majlis ini telah diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam. Ini merupakan salah satu tugas rasmi Raja Isteri sebagai isteri @ wanita pertama (first lady) kepada Ketua Negara Brunei Darussalam. Brunei merupakan sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan Monarki Penuh berbeza dengan Malaysia yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan.

Tuesday, June 15, 2010

Dinner @ Pak Ya - 15.06.2010

Petang tadi Muss balik sekejap ke KL Residence dari Felda Mempaga, Bentung, Pahang untuk mengambil peralatan laptopnya yang tertinggal. Muss balik naik bas dan pagi esok kawannya Mazlan fetch dia ke Bentung semula. Petang tadi Syah inform Muss kita makan kat luar jer dan Syah belanja. Ingat nak makan Young Tau Foo tapi Syah cadangkan makan Chinese Food. So we all ke Pak Ya Muslim Chinese Food di Jalan Pandan Perdana, Pandan Utama yang dahulu dipanggil Kampung Pandan Dalam. Kedainya ditepi jalan sahaja.
So Syah kali nie tak mo tunjukkan pic makanan dan Syah akan gambarkan keadaan kedai makan nie sahaja untuk tatapan anda semua. Macam nielah kedainya ada tanglung macam rumah Syah juga. Mereka nie orang cina islam. Pelanggan yang datang setakat yang Syah nampak orang-orang Melayu dan Cina. Muss makan Nasi Daging Halia, Telur Dadar dan Fried Baby Kailan (kita orangpun makan sekali, buka dia balon sorang tau...hehehehe), Cd - Nasi Goreng Ikan Masin dan Yee Mee Kantonis dan Syah Nasi Putih dan Tom Yam Ayam. Syah minum Barli Limau Panas, Cd - Water Mellon Juice dan Muss Ice Kosong. Semuanya RM35.50.

Jadi Ahli Produk Kesihatan - 16.06.2010

Haaa Syah sudah menjadi ahli bagi produk kesihatan ini especially untuk memperolehi berat badan ideal bagi Syah. Petang tadi Syah masukkan duit dalam akaun dealer berkenaan sebanyak RM450.00 untuk menjadi ahli sekaligus membeli produk berkenaan. Berat Syah sekarang 79kg dengan ketinggian 157cm. Berat ideal sepatutnya untuk Syah lebih kurang 60kg, so targetnya adalah untuk mengurangkannya ke angka 19kg - 20kg. Insyallah Syah yakin Syah boleh lakukan dengan bantuan produk ini dan senaman. It is a challange. Syah sudah bank-in kepada dealler berkenaan dan menjadi ahli. Untuk sebarang keterangan lanjut berhubung produk ini Syah akan cerita bila iannya sampai ketangan Syah. Mereka akan poskan dari Kedah ke KL. Tunggu cerita selanjutnya sekurang-kurangnya hari Sabtu ini. Insyallah jika ianya berjalan lancar as planned.

Nasi Goreng Pagi Nie - 15.06.2010

Sampai jer office Syah, letak beg dan terus ke kantin. Ingat nak beli meehon goreng tapi dah nak habis ............. malas nak beli coz biasanya yang dibawah tu lebih berminyak. So sementara belum start ........DIET...... Syah beli Nasi Goreng, Ayam Goreng dan Syah suruh bubuh (bubuh tu means letak lah........) ikan bilis dan kacang sebagai penambah rasa kononnya. Syah tapow dan makan kat office. Target Sabtu nie nak mula Diet. Nanti Syah cerita apa produk yang Syah guna dan senaman yang Syah akan buat nanti dan kita lihat sama-sama hasilnya samada boleh tak ianya memberikan Syah berat badan ideal yang sepatutnya. Insyallah doakanlah yer. So every body Tunggu.............................................

Balai Polis Bergerak - 15.06.2010

Ini bukan Bas sekolah tapi Balai Polis Bergerak. Syah ambil gambar nie pagi tadi sambil tunggu bas. Balai polis nie sudah seminggu berada dihadapan hujung jalan ke Rawang Residence Syah. Kebetulan semalam Syah balik Rawang dan lihat ada balai nie, ingatkan ada berlaku sesuatu sebab tu dia ada kat situ tapi Syah malas nak tanya polis tu. Masa beli mineral water kat kedai, Syah tanya pekedai tu dan beliau maklumkan sudah seminggu balai tu ada disitu katanya dan sebelum ini dia nampak balai tu di Garing Permai dan sekarang giliran taman we all pula. Baguslah ada perkhidmatan macam nie terutamanya di area Rawang Residence Syah yang selalu jer ada kejadian pecah rumah. Syah rasa aktiviti seperti ini harus diadakan di seluruh negara terutamanya kawasan-kawasan berisiko tinggi berlakunya kejadian jenayah. Syabas dan Terima Kasih Polis Diraja Malaysia atas keperihatinan anda dalam menjamin kesejahteraan dan keselamatan rakyaat Malaysia.

Lirikhatiku - Jika Engkau Pergi

Bagi Segmen Lirikhatiku pada kali ini Syah memilih lagu Jika Engkau Pergi. Lagu ini dinyantikan oleh penyanyi kelahiran Singapura yang telah menetap di Malaysia, Imran Ajmain manakala liriknya ditulis oleh Imran sendiri bersama Sulu Sarawak. Komposernya Imran juga dengan gubahan Eddie Marzuki. Lagu ini mengingatkan kepada kita semua supaya tabah dan bersikap positif apabila ditinggalkan oleh orang yang kita sayang dan bukanya berduka memendam rasa yang akhirnya akan menggangu kehidupan kita. Sudah tentu orang yang meninggalkan kita itu hidup bahagia bersama pasangan barunya DAN mengapa pula kita perlu bersedih, bodoh namanya tu. Anggap sahaja jika Engkau Tak Nak Aku, Kau Yang Akan Rugi Sebab Kehilangan Orang Macam Aku. Kebiasannya jika kita benar-benar berhati mulia dan ikhlas, orang yang meninggalkan kita itu akan tetap mengingati kita apabila apa yang dia perolehi dari orang yang baru tidak seperti apa yang dia alami semasa bersama kita. TETAPI Jika anda sendiri orang yang tidak berguna memang patutpun dia tinggalkan anda. So pada anda diluar sana jika kekasih hati meninggalkan anda ini bukan bermakna dunia sudah kiamat. Hidup harus diteruskan dan buktikan pada orang yang meninggalkan kita itu, kita akan lebih berjaya tanpa dia. The Show Mus Go On.
  • Verse 1
Bermulanya semua hanya dengan rasa
ada saja yang tak kena
Rupanya kau berkasih
Menyingkir setia
Sandiwara penuh dusta
  • Prechorus 1
Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan
  • Chorus
Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu
  • Verse 2
Bermusim resah hadir membelai
Menyentuh hati kecewa
Janji sehidup semati
Tinggal tiada lagi
Impian hancur depan mata
  • Prechorus 2
Semakin terungkap kepastian
Biarlah ku rela melepaskan
Pada mu cinta cuma lah mainan
Sekadar untuk senda bersama
  • Ulang Chorus
  • Bridge
Puas sudah ku berikan engkau segalanya
Jalan cerita pun nyata akan berubah
  • Solo/Music Break
  • Ulang Chorusk

Monday, June 14, 2010

OBES - 14.06.2010

Petang tadi Syah ke Kelinik Zariff minta Ina tolong timbangkan berat dan tinggi Syah. Tunggu sampai kerja Ina siap dan dia panggil masuk. Berat Syah 79kg dan tinggi 157cm, Ina kirakan BMI Syah dan dia kata 31. Terbeliak mata dia tengok Syah dan kata Obes ko ni Yar. Argggggggggggg dah agak dahhhhhhhhhh............... Dia tulis semua maklumat dalam kertas dan beri pada Syah dan dia kata Syah kena jumpa dia 14.08.2010 dan bawa kertas ni semula coz dia nak tengok perubahannya sebab Syah kata kat dia Syah akan kurus badan semula. Masa di food court jumpa Kak Zaini dan diapun kata Syah sudah put on weight. Syah inform dia bila kurus nanti Syah akan jumpa dia balik. heheheh. Tension nyer................
  • So dalam minggu nie juga Syah akan diet dan bersenam. Mungkin nak cuba product Dr. Romzey. Nanti kalau Syah dah buat decision Syah akan maklumkan kepada semua dan kita boleh kongsi sama-sama cara Syah kuruskan badan supaya jadi macam dulu balik dan mana tahu anda yang ada masalah macam Syahpun boleh benchmark cara Syah nanti.

Dapat Juga Jumpa Yaya - 14.06.2010

Jam 12:50 tengahari tadi Yaya datang coz ada lunch appointment dengan Dr. Zainal, Sya dan Nash sempena tamat latihan industri Yaya pada hari Jumaat lepas. Ingat tak jumpa lagi coz Syah cuti since Wednesday dan baru hari ini masuk kerja. Sempat posing kejap dengan budak nakal nie. Apa-apapun all the best yer Yaya, belajar rajin-rajin kerana ada satu sem lagi nak habis. By the way thanks a lot Yaya kerana banyak tolong Abang Syah masa buat practicle kat sini. Yaya nie student Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Dia ambil course Diploma Sains Kesetiausahaan. Budak KL dan kampungnya di Kampung Setia Jaya, Setapak, KL berhampiran dengan KL Residence Syah di Taman Setapak Indah. Sesiapa nak berkenalan boleh contact dia melalui Facebook yaya zoela. Tur jer yang lain kena tanya tuan punya badan. Ok.

Pagi Isnin Yang Malas - 14.06.2010

Beginilah keadaan office Syah pada pagi ini. Masih ada yang cuti lagi coz biasalah musim cuti sekolah nie kan? Masa inilah nak spent time dengan keluarga dan bawa anak-anak bercuti, saudara kahwinlah, anak berkahtan dan macam-macam lagi aktiviti musim sekolah. Kata orang hari isnin nie hari yang paling malas nak pergi kerja, mana taknya dah cuti dua harikan. Company Syah bekerja lima hari seminggu, Sabtu Ahad rehat sakan kecuali mereka yang berkerja secara giliran atau shift. Syah cuti dari hari Rabu lepas lagi, standardlah bila masuk office kerja MELAMBAKKKKKKKKKKKKKKKK...........................

Muss Outstation - 14.06.2010

Hari ini jam 05:00am Muss sudah bangun sebab nak outstation ke Felda Mempaga, Bentong, Pahang. Kali ini dia tak bawa kereta dan pergi bersama collaguenya Mazlan dan Zamri. Mereka fetch Muss di KL Residence. Sebelum mandi Syah salam Muss dan dia bertolak masa Syah sedang solat Subuh. Kali ini mereka akan mengaudit Kilang Kelapa Sawit Felda Mempaga mulai hari ini 14.06.2010, Isnin hingga Jumaat 18.06.2010. Ok Muss selamat jalan, semuga anda semua sentiasa dilindungi Allah, selamat dimana juga berada, dipermudahkan segala urusan, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin.

Sunday, June 13, 2010

Masih Demam - 13.06.2010

Today still Demam dan tak dapat nak hadir majlis persandingan Hafis dan Nurartikah. Majlis sebelah pengantin lelaki. Muss dan Cd sahaja yang pergi dan Syah hanya kirim duit untuk Kak Ngah Faziah sahaja melalui Muss. Sekarang jam 06:50pm diaorang tak balik lagi mungkin ke rumah Kak Ngah kot. Hari nie - tengahari tadi Syah sempat basuh dan bersihkan sangkar kucing serta balcony dan buang najisnya sekali. Petang ini pula buang najis Nomi dan Blackie dalam bilik Muss. Jam 06:17pm tadi my Sister, Intan call tanya khabar coz dia dengar Ayahanda inform dia Syah demam. Syah informed dia nak ok dah demamnya. Baru jap tadi bagi nomi dan blacky makan. Jam 06:59pm Ayahanda call tanya khabar. Lunch tadi Syah masukkan mee segera dalam kuah sup yang buat malam tadi. Untuk dinner tunggu Muss balik kalau dia ada bawa apa-apa makanan ker dari majlis kahwin tu, kalau tak ada buat mee segera sahajalah coz nak keluar malas. Oklah Syah nak baring sekejap coz kepala masih pening sedikit .... sedikit je.

Tarik Gelaran Datuk - 13.06.2010

Pada hari Jumaat (11.06.2010) lepas, Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor yang juga merupakan Menteri Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia iaitu Datuk Abdul Rahim Ramli telah mengadakan satu sidang akhbar di Istana Besar Johor Baharu, Johor bagi memaklumkan perlucutan darjah kebesaran Datuk kepada empat individu. Menurut Datuk Rahim, segala keputusan telah dibuat selepas menimbang laporan terhadap individu-individu berkenaan sebelum dikemukan kepada Tuanku Ibrahim sebagai Sultan Johor untuk menarik semula gelaran berkenaan berdasarkan :-
  • Fasal 12 undang-undang dan peraturan bagi Darjah Mahkota Johor dan fasal 7(F) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1985 untuk memecat serta mengeluarkan mereka daripada Darjah Mahkota Johor.
Sultan Johor
Tuanku Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar
Penarikan ini merupakan kuasa mutlak Sultan Johor dan pihak Jumaah Majlis Diraja Johor tidak akan mendedahkan sebab-sebab penarikan berkenaan atas alasan tidak mahu mengaibkan individu-individu berkenaan. Berikutan daripada penarikan ini, individu-individu terlibat tidak boleh lagi menggunakan gelaran dan huruf ringkas darjah berkenaan dalam segala urusan rasmi /tidak rasmi mereka. Mereka juga dikehendaki memulangkan semula pingat yang telah dianugerahkan kepada Jumaah Majlis Diraja Johor. Penarikan ini berkuat kuasa bermula 04.06.2010.

Negeri Johor merupakan negeri yang pertama di Tanah Melayu memperkenalkan darjah kebesaran semenjak 1886 sebelum diikiti oleh negeri-negeri lain tigapuluh tahun kemudian.


Individu-individu berkenaan adalah :-

Komander Shaftdean Lutfy Rusland

  • Dua Darjah Kebesaran
  • Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) pangkat pertama
  • Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) pangkat kedua
  • Beliau merupakan adik ipar kepada Sultan Johor, Tuanku Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar iaitu suami kepada Tunku Muna Najiah binti Al-Marhum Sultan Iskandar dan merupakan puteri kepada Sultanah Zanariah.
Datuk Seri Chua Jui Meng
  • Dua Darjah Kebesaran
  • Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) pangkat pertama
  • Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) pangkat kedua
  • Beliau merupakan bekas Menteri Kesihatan dan sekarang telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Ahli Majlis Tertinggi PKR
Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir
  • Dua Darjah Kebesaran
  • Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) pangkat pertama
  • Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) pangkat kedua
  • Beliau merupakan penjelajah Solo Negara ke Kutub Utara dan Kutub Selatan.
Hassan Yunos
  • Satu Darjah Kebesaran
  • Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) pangkat kedua
  • Beliau merupakan seorang peguam.