Thursday, December 9, 2010

Nana dan Sean Bercerai Talak Satu - 09.12.2010

Tentu anda semua masih ingat kepada rancangan realiti TV Sehati Berdansa ?. Sein Ruffedge dan Nana yang merupakan Juara Sehati Berdansa musim ke-3 disahkan telah bercerai talak 1 di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam 08.12.2010 bersamaan hari Rabu. Sein telah melafazkan cerai terhadap Nana jam 14:46hrs selepas mahkamah meluluskan permohonan cerai yang difailkan oleh isterinya mengikut seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003. Nana memohon penceraian ini kerana tiada persefahaman dan gagal menyelesaikan perbalahan yang berpanjangan diantara mereka. Prosiding dijalankan didepan Hakim Syarie Zainor Rashid Hassan. Hakim dalam hujahnya memaklumkan bahawa pasangan ini tidak dapat menjalani kehidupan sebagai suami isteri serta tidak bahagia, mereka masih tinggal bersama tetapi tidur dibilik yang berlainan, pelbagai usaha untuk menyatukan mereka termasuk oleh kedua-dua keluarga gagal.


Nana dan Sein di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam 08.12.2010

Dengan lafaz cerai ini Nana diperintahkan beredah selama tiga kali suci dan mereka dikehendaki mendaftarkan penceraian mereka di Pejabat Agama Daerah Petaling dan membatalkan surat nikah mereka. Nana atau nama sebenarnya Noor Diayana Muhammad (26 tahun) merupakan anak kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib, bekas Menteri Besar Selangor. Tan Sri Muhammad merupakan bekas menantu kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor. Tan Sri Muhammad pernah berkahwin dengan puteri Almarhum Sultan Selangor, Ku Yah dan dikurniakan seorang putera. Nana merupakan anak kepada isteri pertama Tan Sri Muhammad dan pernah menyertai rancangan reality TV Mentor musim pertama. Nana berkahwin dengan Sein Ruffedge (27 tahun) atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustaffa pada 2006 dan dikurniakan sepasang cahayamata iaitu Syed Tamriz Al-Qudsy (3 tahun) dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy (1 tahun)

No comments: