Sunday, December 26, 2010

Menziarahi Makam Almarhum Mantan Menteri Besar Perlis 1 - 26.12.2010

Syah @ Makam Almarhum Raja Dato' Haji Ahmad bin Raja Endut, Mantan Menteri Besar Perlis Pertama di Tanah Perkuburan Islam Masjid Paloh, Ipoh, Perak.

Semalam 25.12.2010 Syah ke Ipoh dan sempat singgah ke Masjid Paloh untuk menziarah Makam Almarhum Raja Dato' Haji Ahmad bin Raja Endut yang merupakan Mantan Menteri Besar (MB) Pertama Perlis yang dilantik pada 1948 hingga 1954. Almarhum tidak mewakili sebarang parti politik. Sebagai MB Perlis, Almarhum telah menghadiri mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi pembentukan Malaya yang diadakan di Dewan Mesyuarat Undangan Persekutuan di Kuala Lumpur pada 18.02.1948.

Batu Nisan Sebelah Kepala Almarhum Raja Dato' Haji Ahmad bin Raja Endut.
Al-Fatihah
Semuga Rohnya DiTempatkan Bersama-Sama Orang Yang Beramal Soleh.
AMIN.

Almarhum Raja Dato' Haji Ahmad diputerakan di Bandar DiRaja Perak, Kuala Kangsar pada 15.06.1892. Ayahanda Almarhum iaitu Raja Endut atau Tengku Bongsu Kenali adalah berketurunan dari Sultan Long Yunus ibni Sultan Long Sulaiman yang memerintah Kelantan pada 1763 - 1795. Almarhum juga pernah mendapat pendidikan di MCKK dan merupakan bekas Pegawai Daerah Larut dan Matang, Perak. Almarhum mangkat pada 26.08.1977 dan telah dimakamkan di Tanah PerkuburanIslam Masjid Paloh, Ipoh, Perak.

No comments: