Wednesday, December 15, 2010

Syah di Masjid Jamek Kuala Lumpur - 15.12.2010

Pernah tak anda melihat Masjid ini ? Kepada pengguna LRT di Stesyen Masjid Jamek tentu anda perasan Masjid yang cantik dan indah ini ditepi Sungai Kelang. Ini adalah masjid Jamek Kuala Lumpur. Semalam 14.12.2010, masa Syah berjalan keluar dari TM Training Center, Jalan Semarak selepas Program Engagement Session, terjumpa Abang Talib dan dia jemput naik dan turunkan Syah di Stesyen LRT dan disebabkan asik bersembang mengenai DYMM Sultan Johor, terlepas stesyen LRT Putra dan dia terpaksa turunkan Syah di Stesyen LRT Star Cempaka ... kat Ampang sana tue...........heheheh jauh sasarannya tak per lah. Ingat nak balik terus rumah tetapi disebabkan tersalah stesyen, Syah terus jalan-jalan di KL. Dari Cempaka naik LRT Star ke Masjid Jamek. Dari Stesyen Masjid Jamek Syah terus ke Masjid Jamek Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan Stesyen LRT Putera - Masjid Jamek untuk solat Zohor dan tergerak hati untuk ambil gambar didalam dan luar masjid. Selain daripada menyediakan ruang solat untuk lelaki dan perempuan serta kemudahan tandas dan tempak berwuduk, masjid ini juga menempatkan pejabat pentadbiran, bilik kuliah dan kediaman pegawai-pegawai masjid.

Masjid ini telah didaftarkan sebagai Warisan Kebangsaan dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Masjid ini dibina pada tahun 1909 ditebing pertemuan diantara Sungai Gombak dan Sungai Kelang. Pembinaan Masjid ini diselia oleh A.B. Hubbock yang merupakan seorang jurutera British yang pernah berkhidmat di India. Masjid ini diperbuat daripada batu-batu merah dan mamar yang menyerupai senibina masjid-masjid di Utara India. Masjid ini mempunyai tiga buah kubah dengan dua buah menara yang menghadap arah ke Timur. Masjid ini merupakan salah satu masjid tertua yang masih kekal digunakan di Bandaraya Kuala Lumpur dan menjadi tarikan pelancung. Pada tahun 1984 terdapat pengubahsuaian terhadap dewan solat bagi menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah terutanya untuk Solat Jumaat serta Solat Sunat Aidilfitri dan Aidiladha. Walaupun masjid ini dibuka kepada pelancong tetapi bagi pelancong yang bukan beragama Islam mereka tidak dibenarkan memasuki dewan solat. Jubah disediakan bagi mereka yang tidak menutup aurat.

Gambar-gambar Masjid boleh didapati di Face Book Syah di

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1617881300320&set=a.1617863539876.81088.1635014501#!/album.php?aid=81099&id=1635014501

No comments: