Tuesday, November 30, 2010

Sultan Selangor Sedih Melayu Malu Mengaku Melayu - 310.11.2010

Sultan Selangor telah menzahirkan rasa dukacita baginda terhadap segelintir orang Melayu yang sanggup mengadaikan bagsanya sendiri disamping malu mengaku dirinya sebagai Melayu. Titah ini disampaikan oleh baginda dalam majlis perasmian Wacana Raja Berpelembagaan - Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di Shah Alam semalam 29.11.2010.

Baginda melahirkan rasa sedih dan dukacita terhadap segelintir orang Melayu yang tidak bangga dengan bangsanya sendiri sehingga sanggup melupuskan perkataan MELAYU itu supaya hilang didunia ini. Titah baginda, ada segelitir individu Melayu yang berhijrah ke Selangor telah mempersoalkan peranan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan dan hak istemewa orang Melayu. Golongan ini mahukan sistem Raja Berpelembagaan disemak dan dikaji semula kerana mengangap institusi Raja-Raja Melayu sebagai tidak relevant dan mempersoalkan peranannya dalam sistem pemerintahan negara. Titah baginda lagi, ada diantara mereka ini meminta agar perkataan Melayu dihapuska daripada ungkapa RAJA-RAJA MELAYU. Baginda percaya perbuatan ini dilakukan haya untuk kepentinga diri sendiri atau politik mereka.

Titah baginda lagi sejarah yang ditulis oleh orang inggeris membuktikan bahawa mereka mengiktiraf kewujudan Melayu sebagai bangsa yang memulakan sejarah negara ini dengan menyatakan dalam tulisan mereka mengenai Tanah Melayu, Negeri Melayu Bersekutu dan Raja Melayu.

Baginda memaklumkan agar rakyat Selangor memahami sejarah Negeri Selangor supaya tidak timbul perasaan syak wasangka diantara mereka. Baginda amat berbangga dengan pembanguan di Selangor yang melibatka semua kaum dan tidak berniat untuk menyalakan api perkauman di Selangor.

Titah baginda lagi, Sejarah negara yang telah ditulis beratus-ratus tahun lalu membuktikan bahawa Raja-Raja Melayu telah membuka dan membangunkan negara ini (Tanah Melayu) sehingga menjadi sebuah negara maju (Malaysia) dan mampu bersaing dengan negara-negara lain didunia. Hanya dengan mengetahui sejarah sahaja akan menyedarkan kita betapa sukarnya perjuangan kita untuk mencapai keamanan yang kita kecapi sekarang ini.


Titah Baginda :-
KEPADA RAKYAT MELAYU, BETA INGIN MENYEDARKAN BAHAWA RAKYAT MELAYU TIDAK AKAN HILANG BEGITU SAHAJA KERANA NEGERI INI ADALAH TANAH TUMPAH DARAH KITA, DAN DITANAH BERTUAH INI JUGA TEMPAT KITA DIKUBURKAN.



No comments: