Thursday, November 25, 2010

Seri paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Raikan Presiden Loas dan Isteri - 25.11.2010

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah berkenan meraikan Presiden Loas, Choummaly Sayasone dan isteri Keosaychay Sayasone dalam satu Majlis Makan Malam Negara di Istana Negara malam tadi 24.11.2010. Dalam titah baginda, Tuanku Mizan berharap agar kedua negara meneruskan hubungan kerjasama demi kepentingan dan kemakmuran bersama. Tuanku Miza juga sempat mengucapkan tahniah kepada Sayasone atas ulangtahun ke-450 tahun bandaraya Vientiane sebagai ibu negara Loas baru-baru ini dan berharap iannya terus membangun dan menjadi sebuah bandar metropolis di rantau ini. Lawatan ini merupakan lawatan rasmi sulung Sayasone ke Malaysia selama 3 hari bermula semalam 24.11.2010 dan juga sebagai membalas lawatan negara oleh Tuanku Mizan pada 2008. Turut serta dalam majlis makan malam rasmi ini adalah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

No comments: