Friday, November 26, 2010

Raja Permaisuri Agong menghadiri Majlis Penutup Festival Fesyen Kuala Lumpur 2010 - 26.11.2010

Malam tadi (25.11.2010) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah berkenaan mencemar duli untuk menghadiri majlis penutup Festival Fesyen Kuala Lumpur (FFKL) 2010. Majlis diadakan di Laman Wau, Kompleks Kraft, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Turut mengiringi baginda adalah isteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datin Seri Masnah Rais. FFKL dianjurkan oleh Berita Harian Sdn Bhd dan mendapat tajaan daripada Hajaba sebagai penaja utama sebanyak RM250,000.00 dan Jakel memberi tajaan bernilai RM150,000.00 manakala AirAsia dan majalah Jelita sebagai rakan media. FFKL bermula semenjak Selasa lepas (23.11.2010) bertujuan memertabatkan fabric warisan Negara iaitu songket ke persada fesyen antarabangsa disamping menjadikan Kuala Lumpur sebagai hub fesyen peringkat global. Pada tahun in FFKL menampilkan 10 pereka muda bagi berentap menjuarai Anugerah Pesona Tenun Berita Harian (APTBH) 2010 yang julung kali diadakan. Antara pereka tersohor yang menampilkan rekaan masing-masing pada malam tadi adalah Albert King, Edric Ong, Faizal Hamid, Salikin Sidek dan Radzuan Radziwil

No comments: