Monday, November 22, 2010

Raja Arab Saudi Ke USA Mendapatkan Rawatan - 22.11.2010

Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah telah berangkat ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung sakit tulang belakang yang dihidapinya akibat pengumpulan darah di sekeliling saraf tunjang baginda. Baginda dan rombongan berangkat hari ini, Isnin (22.11.2010) melalui Riyadh. Baginda yang berusia 86 tahun dan memerintah Arab Saudi semenjak 2005 dilihat telah menghadkan aktiviti rasmi baginda semenjak Jun 2010 atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Pada malam Ahad lepas, Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr. Abdullah al-Rabeeah dalam kenyataan rasminya melalui saluran telivision negara memaklumkan bahawa Raja Abdullah dalam keadaan baik dan akan kembali semula ke Arab Saudi untuk memerintah seperti biasa. Dengan keberangkatan ini, Putera Mahkota Sultan bin Abdul Azizi telah kembali dari percutian selama 13 minggu di Istana baginda di Agadir, Maghribi untuk memangku tugas-tugas Raja Abdullah sehingga baginda pulang semula ke Arab Saudi.

No comments: