Thursday, November 11, 2010

Pengiran Jefri Bolkiah Saman Penasihat Kewangannya - 11.11.2010

Adinda Sultan Brunei, Pengiran Jefri Bolkiah telah mendakwa penasihat kewangannya, Thomas Derbyshire dan Faith Zaman di mahkamah New York kerana melakukan pecah amanah dan mengelapkan berjuta-juta wang beliau yang didakwa dilakukan oleh kedua-dua penasihat kewangannya itu pada 2006. Perbicaraan dilakukan di New York pada 09.11.2010 lepas. Pengiran Jefri telah melantik mereka berdua sebagai penasihat kewangan pada tahun 2004 dengan bayaran gaji lumayan untuk menguruskan perniagaan beliau termasuk New York Palace Hotel, rumah agam yang mempunyai 23 bilik di Long Island dan beberapa perniagaan beliau di Vegas.

Gambar terbaru Pengiran Jefri sewaktu istiadat pemeriksaan perbarisan sempena Hari Keputeraan Kekandanya Sultan Brunei baru-baru ini di Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam.

Pengiran Jefri mendakwa Faith menggunakan wang beliau dengan menganjurkan temasya mewah pada hari ulang tahun kelahiran Faith ke 30 serta melakukan pengubahsuaian rumah. Derbyshire dan Fatih dituduh mengelapkan USD 4 juta atau RM12.3 juta untuk membeli 150 buah televisyen plasma untuk Hotel New York Palace melalui syarikat Golden Twist yang dimiliki oleh Faith secara rahsia. Mereka juga didakwa menyeleweng USD 5 juta atau RM15.4 juta atas urusan membeli beberapa buah rumah di California setelah diberi kepercayaan untuk menguruskan empayar perniagaan Pengiran Jefri.

Salah satu patung Pengiran Jefri di rumah agam di Long Island yang tersebar luas di internet sekarang ini.


Hakim Ira Gammerman yang mengadili perbicaraan itu memaklumkan bahawa beliau tidak akan melihat beberapa patung Pengiran Jufri yang sedang melakukan hubungan sex dengan tunangnya kerana iannya tidak berkaitan dan kes ini bukannya kes seks. Derbyshire, isterinya dan Faith telah ditegur oleh hakim kerana mendesak juri melihat patung berkenaan. Pihak peguam pula diingatkan supaya tidak melibatkan kehidupan peribadi mewah Pengiran Jufri kerana iannya tidak berkaitan dalam kes ini.

No comments: