Wednesday, November 24, 2010

Pengarah Kraftangan Cawangan Terangganu Menerima AMN - 24.11.2010

Tahniah akhirnya semalam 23.11.2010 suami Kak Salki Mohd Dali, Zahir Ahmad menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Sepatutnya Abang Zahir menerima pingat tu pada 28.10.2010 tetapi terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Semalam Kak Sal call Syah dari Istana Negara selepas istiadat berkenaan. Menurut Kak Sal mereka masuk ke Balairong Seri Istana Negara lebih kurang jam 08:00hrs dan tamat jam 11:00hrs, selepas itu tetamu diberikan jamuan tengahari. Semasa istiadat ini menurut Kak Sal, Tuanku Mizan berseorangan dan tidak diiringi oleh Raja Permaisuri Agong. Kak Sal merupakan kawan Syah di TM dan sama-sama bertugas dulu tetapi sekarang beliau telah berpindah ke Kuala Terengganu kerana mengikut suaminya, Abang Zahir yang bertugas sebagai Pengarah Kraftangan Cawangan Terengganu.

Photo Kak Salki, Abang Zahir dan Anak-anak.

Dalam Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semalam, seramai 264 individu telah diberi penghargaan dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan telah mengetuai senarai penerima. Tan Sri Pairin menerima Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri. Diantara Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat yang di sampaikan dalam istiadat semalam adalah :-


  • Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) Membawa gelaran Tan Sri kepada seramai dua orang penerima

  • Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) Membawa gelaran Tan Sri kepada seramai seorang penerima

  • Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) Membawa gelaran Datuk kepada seramai tujuh orang penerima

  • Darjah Johan Mangku Negara (JMN) kepada seramai enam orang penerima

  • Darjah Johan Setia Mahkota (JSM) kepada seramai 27 orang penerima

  • Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN) kepada seramai 50 orang penerima

  • Darjah Ahli Mangku Negara (AMN) kepada seramai 93 orang penerima

  • Pingat Pangkuan Negara (PPN) kepada seramai 78 orang penerima

TAHNIAH DAN SYABAS SYAH UCAPKAN KEPADA SEMUA PENERIMA KERANA JASA MU DIKENANG

No comments: