Sunday, November 21, 2010

Nobat DiRaja Selangor - 21.11.2010

Negeri Selangor merupakan salah satu Negeri Beraja di Malaysia yang mempunyai peralatan Nobat. Peralatan Nobat Diraja Selangor merupakan peralatan bunyian tradisional yang diwarisi turun-temurun dan hanya dimainkan ketika berlangsungnya Istiadat-Istiadat Diraja seperti Pertabalan, Kemahkotaan, Keputeraan DYMM Sultan, Perkahwinan dan Kemangkatan. Nobat tidak boleh dimainkan selain daripada upacara/istiadat yang disebutkan tadi. Ahli dan pemainnya dipanggil orang Kalal manakala ketuanya dikenali sebagai Setiaguna. Ahli dan pemain Nobat Diraja Selangor ini mewarisi kemahiran bermain alat musik nobat berkenaan secara turun temurun bermakna bukan semua individu boleh memainkan peralatan Nobat Diraja Selangor ini. Peralatan Nobat Diraja Selangor ini ditempatkan didalam satu bangunan yang dikenali sebagai Balai Nobat Diraja di dalam kawasan Istana Alam Shah, Kelang, Selangor Darul Ehsan.

Peralatan muzik Nobat Diraja Selangor terdiri daripada :-

  1. Sebuah Nafiri
  2. Dua buah serunai. Hanya satu serunai sahaja boleh digunakan untuk setiap lagu yang dimainkan.
  3. Sebuah Lengkara atau Mengkara atau Mengara dengan dua batang rotan pemalu atau pemukul atau penukul.
  4. Dua Buah Gendang dengan sebatang rotan pemalu untuk setiap gendang.

No comments: