Friday, November 26, 2010

My Life Today - 26.11.2010

Pagi tadi semasa hendak bersiap Syah nampak ada kereta berhenti betul-betul depan pintu pagar Rawang Residence Syah. Ingatkan siapa, rupanya Azrin dan Arep. Azrin tanya samada Syah hendak ikut sekali ke Pekan Rawang sebab dia dan Arep hendak ke UiTM kerana Arep Konvo hari ini. Syah infor tak mengapa coz belum solat lagi. Syah keluar rumah jam 06:25hrs dan nampak ada pula kereta Azrin depan rumah dia, katanya tadi hendak ke Shah Alam. Bila Syah lalu gelap tapi ada orang dan Arep panggil Syah dan Syah tanya nape tak bertolak lagi katanya tertinggal barang. Azrin dan Arep jemput Syah naik sekali dan Syah sudah letak beg dalam kereta dia. Tapi Syah terfikir semula sebab Azrin kata sudah lambat dan mesti ada di UiTM Shah Alam jam 08:00hrs. So Syah keluarkan semula beg Syah dan inform mereka Syah naik bas coz mereka sudah lambat mana hendak hantar Syah ke Pekan Rawang lagi dan berpatah balik untuk ke Highway. So Syah tunggu bas sahaja.

Nak jadi cerita bas pula lambat 10 minit dari biasa. Ingatkan tak ada bas dan jika ini berlaku Syah kena jalan kaki ke Jalan besar. Dulu pernah jalan kaki ke main road dan ambil masa hampir satu jam baru sampai dan kalau naik kereta kurang 15 minit jer. Bas lambat dan trainpun lambatlah jawapnya. Ada train ke bangi tapi di platform sebelah dan Syah malas nak naik tangga lagipun train sudah hendak bergerak. Lama juga baru komuter sampai kerana hendak beri laluan pada ETS yang kami tidak dibenarkan naik itew. Sampai KL hampir jam 08:15hrs dan sempat sampai office sebelum jam 08:30hrs.

Sampai office, macam biasa, Syah naik tangga dari -1 ke Aras 14. Hari ini memang BZ giler di office, biasalah hujung bulan account closing dan banyak benda hendak di settlekan sebelum due datenya. Hari ini sahaja dua kali Syah ke TM Annexe untk hantar dokumen. Solat Jumaat di Surau Menara TM dan selepas solat beli buah apple hijau 5 biji, buah langsat satu plastik kecil dan papaya dua potong dan uncle tu caj RM8.00. Lepas beli buah Syah beli Susu Low Fat untuk dimakan bersama Low Fat Whole Wheat Cereal. Sepatutnya untuk breakfast tapi Syah makan waktu lunch coz malas nak makan benda lain.

jam 16:30hrs nie lega sedikit kerana kerja sudah disettlekan tapi masih ada lagi yang pending tapi boleh diuruskan kemudian coz it's not urgent. Kepala Syah asik sakit dari tengahari tadi di bahagian atas kepala. Mungkin terkejar sana-sini kot. Hehehehee ................ Ok jumpa lagi Semua ...................

No comments: