Friday, November 26, 2010

Mahkamah Persekutuan Tolak Petisyen mantan Sultan Kelantan - 26.11.2010

Shukur Alhamdullilah Akhinya Kebenaran Memihak Kepada Yang Hak. Hari ini 26.11.2010 Mahkamah Persekutuan mengesahkan bahawa Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra (sekarang KDYMM Sultan Muhammad ke-V) berkuasa penuh sebagai Sultan apabila Sultan Kelantan mengalami ketidakupayaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri Kelantan. Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin selaku Ketua Panel, Hakim Datuk Mat Raus Shariff dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embung telah sebulat suara menolak petisyen Tuanku Ismail Petra, bahawa baginda tidak mempunyai bidang kuasa untuk merujuk persoalan tersebut kepada Mahkamah Persekutuan.

Menurut Tan Sri Zulkefli, Perlembagaan Negeri Kelantan memperuntukkan bahawa Tengku Mahkota Kelantan boleh melaksanakan tugas Sultan walaupun Sultan tidak mengalami ketidakupayaan. Tambah beliau kami (panel tiga hakim) berpendapat hanya seorang individu patut menguruskan hal ehwal Negeri Kelantan pada satu-satu masa. Sehubungan dengan itu, Tuanku Ismail Petra tidak mempunyai kedudukan dari segi undang-undang untuk meminta Mahkamah Persekutuan untuk membuat keputusan tentang persoalan berkaitan kuasa dan kewibawaan Tengku Mahkota ketika Sultan (Tuanku Ismail) mengalami ketidakupayaan.

DYMM Sultan Ismail Petra melalui peguamnya telah mengemukakan petisyen memohon Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tentang beberapa persoalan undang-undang samada KDYMM Sultan Muhammad Ke-V (Tengku Muhammad Faris Petra) yang ketika itu sebagai Tengku Mahkota Kelantan mempunyai kuasa untuk memecat atau melantik anggota Majlis Perajaan Negeri. Tuanku Ismail Petra juga memohon mahkamah untuk mempertimbangkan Samada KDYMM Sultan Muhammad ke-V yang pada ketika itu sebagai Tengku Mahkota Kelantan Kelantan mempunyai kuasa menghadkan pergerakan Tuanku Ismail Petra hanya didalam Istana Mahkota sahaja.

Dalam penghakiman setebal 33 muka surat itu, Tan Sri Zulkifli memaklumkan bahawa Tuanku Ismail tidak boleh melaksanakan tugasnya sebagai Sultan Kelantan mengikut Perlembagaan Negeri Kelantan selagi Tengku Mahkota menyandang jawatan Sultan ketika baginda mengalami ketidakupayaan. Disebabkan ketidakupayaan Tuanku Ismail sebagai Sultan Kelantan pada masa itu, hanya Tengku Mahkota Kelantan sahaja yang boleh melaksanakan kuasa Sultan itu mengikut Perlembagaan Negeri Kelantan.

No comments: