Wednesday, November 24, 2010

Kesihatan Syah - 24.11.2010

Jam 10:00hrs tadi Syah call Kelinik Zariff dan bertanya mengenai Urine and Blood Test Syah dan mereka inform laporan tu sudah siap dan minta Syah datang berjumpa Dr Ferry atau nama sebenarnya Dr Faridah. Sepatutnya ada meeting tapi Syah minta excuse daripada my boss, Dik Nor untuk ke kelinik kerana ada appointment. Masuk jer kelinik Dr inform Syah bahawa :-
  • Urine Test Syah ok tak ada masalah

  • Kandungan Kolestrol Syah tinggi sangat iaitu 8.1 dan terbeliak mata Dr tengok Syah. Syah terpaksa ambil ubat Cholesterol dan Dr minta Syah ambil ubat tu waktu malam sebiji sehari. mengikut rekod doktor, pada 20.10.2008 Syah memang ada masalah kolestrol dan Cholesterol Level Syah 8.6 dan selepas berdiet dan makan ubat iannya turun kepada 3.9. Doktor minta Syah kurangkan makanan berlemak dan berminyak terutamanya seafood. Sebulan lagi Dr hendak buat blood test semula untuk melihat tahap kolestrol Syah.

  • Mengenai rasa sakit semasa Syah hendak buang air besar/kecil tu doktor kata iannya mungkin kerana otot dan saraf. Sakit yang Syah alami adalah mula-mula rasa sakit di testis dan iannya akan merebak (merayap) ke penis dan peha terutamanya sebelah kiri. Rasa sakit yang pedih dan nilu tapi sekejap sahaja. Syah memang ada masalah di Epididyms yang bengkak dan kata Dr Ferry ianya juga boleh menyumbang ke masalah rasa sakit tu.
  • Kata Dr ditulang belakang kita ada saraf tunjang dan jika ada salah satu saraf yang bermasalah, Syah juga boleh berasa sakit seperti yang Syah alami tu. Kata Dr Ferry sambil tersenyum macam orang datang period kadangkala bila buang air besar/kecil akan sakit begitulah yang dia maksudkan sakit pada Syah tu. Dr kata tak ada ubat dan kalau sakit tu terjadi kena ambil pain keller atau anti biotik sahaja. Dr Ferry kata Syah boleh buat follow up semula dengan hospital pakar yang Syah pergi hari tu kalau nak buat pemeriksaan semula. Syah tanya boleh ker berurut dan Dr kata jangan selalu tapi sekali sekala bolehlah kerana ditakuti jika satu hari nanti perlu dijalankan pembedahan akan menjadi sukar kerana saraf tadi akan melekat antara satu sama lain. Dia cadangkan kalau nak berurut sekali sekala boleh tapi bukan dijadikan amalan kerana ditakuti terjadi masalah yang disebutkannya tadi.

  • Tekanan Darah Tinggi Syah Dr kata normal iaitu 125/80 tak silap Syah tadi. Shukur alhamdulilah kalau tidak Dr kata kena makan ubat darah tinggi sebab BP Syah border.

Oklah Semua ............................ Doakan agar Syah sihat yer?

2 comments:

roy said...

Harap shah sihat semua ya..:)

tengkusyah said...

Terima Kasih Roy. Saya juga mendoakan agar Roy dan keluarga dalam keadaan yang sihat.