Thursday, November 4, 2010

Istana Raja Perlis Tidak Terjejas Banjir - 04.11.2010

Sebentar tadi Syah menelefon ke Istana Arau yang terletak di Jalan Raja, Bandar DiRaja Perlis Indera Kayangan untuk mengetahui keadaan Istana ekoran banjir teruk yang melanda negeri Perlis dan Kedah sekarang ini. Istana Arau merupakan Istan Rasmi Raja Negeri Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Sumber dari kakitangan Istana memaklumkan bahawa Istana Arau tidak terjejas teruk akibat banjir berkenaan cuma bahagian dapur, surau dan gym sahaja dinaiki air. Syah dimaklumkan bahawa Arau merupakan kawasan yang agak tinggi dan kebiasannya air akan mengalir terus ke Kangar dan Kangar dilapurkan terjejas akibat banjir berkenaan. Walau bagaimanapun Istana persemayaman (kediaman) Tuanku Raja Perlis di Istana Fauzana, Bintong tidak terjejas kerana berada dikawasan yang agak tinggi. Shukur Alhamdulilah.

2 comments:

Anonymous said...

istana tuanku dekat arau,yang,teruk dekat kangar iaitu ibu negeri..leh pancing ikan gak..tak nak try ker...:)

Anonymous said...

istana di kangar kekanda kebawah duli tuanku dinaiki air hingga paras betis..