Monday, November 22, 2010

Hari Keputeraan Sultan Johor Ke-52 Tahun - 22.11.2010

DAULAT TUANKU


Merafak Sembah
Menjunjung Kasih dan Setinggi-Tinggi Tahniah
Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-52
Sultan dan Yang di-Pertuan Bagi Negeri Johor Darul Takzim
dan
Jajahan Takluknaya
DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

DIRGAHAYU TUANKU PATEK


Dengan Segala Hormat Takzimnya
Yang Berdatang Sembah

SAHIYAR SHAARI AL-HAJ
Maharum Bugis Syah

DYMM Tuanku Ibrahim diputerakan di Hospital Besar Johor Baharu, Johor Darul Takzim pada 22 November 1958. Baginda naik tahta Negeri Johor Darul Takzim pada 23 Januari 2010. Baginda merupakan Putera Sulung Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail bersama YAM Enche' Besar Hajjah Khalsom binti Abdullah @ Josephine Rubby Trevorrow. Almarhum Sultan Iskandar berkahwin dengan YAM Enche' Besar pada 05 Januari 1956 di Istana Bukit Setualang, Johor Baharu, Johor dan bercerai pada Oktober 1962 di Singapura. YAM Enche' Besar Hajjah Khalsom binti Abdullah berumur 75 tahun merupakan anak seorang ahli perniagaan ternama dari Torquay, Cornwall. Beliau dilahirkan di England pada 02 Disember 1935. Disebelah kiri adalah Paduka Ayahanda DYMM Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail manakala gambar disebelah kanan adalah bonda baginda, YAM Enche' Besar Hajjah Khalsom binti Abdullah.

No comments: