Monday, November 22, 2010

Anugerah Paduka Srikandi PPPM - 22.11.2010

Semalam 21.11.2010 Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau PPPM telah memberi penghargaan kepada enam individu yang telah berjasa memimpin persatuan berkenaan. Sebelum ini anugerah tersebut dikenali sebagai Anugerah Serikandi dan pada tahun ini ianya ditukar kepada Anugerah Paduka Serikandi. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah berkenaan menyempurnakan majlis penghargaan tersebut yang diadakan di Hotel Istana Kuala Lumpur. Kesemua mereka menerima Pingat Emas Serikandi Bertatah Berlian, Sebuah Trofi dan Sijil Penghargaan.
Gambar diambil dari utusan Malaysia

Penerima-Penerima Anugerah Paduka Serikandi PPPM tahun ini adalah :-
  • Yang Dipertua PPPM, Datin Seri Rosmah Mansor
  • Mantan Yang Dipertua PPPM, Tun Hajah Rahah Mohd Noah, Tun Suhaila Mohd Noah, Tun Dr Siti Hasmah Mohd. Ali dan Tun Jeanne Abdullah
  • Mantan Timbalan Yang Dipertua PPPM, KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bt Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj

Turut hadir dalam majlis ini adalah Timbalan Yang Dipertua PPPM, Raja Puan Muda Perak Raja Mahani bt Raja Shahar Shah dan Ketua Pesuruhjaya PPPM, Datin Seri Zalillah Mohd. Taib.

No comments: