Sunday, November 28, 2010

Aktiviti Semalam 27.11.2010 Sabtu - 28.11.2010

Semalam memang satu hari Syah busy. Jam 11:00hrs Syah ke kedai gunting untuk bercukur kerana pisau cukur Syah tak hilang kemana dan malas nak selokngar sana-sini ........... Cukur dikedai jerlah jawapnya. lagipun Syah memang sudah biasa dengan kedai tu dan pekerjanya sorang jer berbangsa Bangladesh. Sampai sahaja di rumah anak saudara Syah, Mamat sudah sampai. Lepas bersiap Syah dan Mamat bertolak ke Seksyen 6, Wangsa Maju untuk menghadiri kenduri kahwin anak office mate Syah, Kak Fauziah. Muss dan Cd ke rumah Kak Ngan Faziah di Ampang. 1st time Syah pergi kenduri kahwin ada kambing panggang. Tu kau .............. seekor kambing torgolek didepan tetamu sedang dipanggang. Sempat jumpa Talib dan my ex boss Ir Razak. Masa Syah nak balik jumpa Nik Nuramalina dengan sesorang baru hendak datang. Heheheheh sapa tu Nik ....................

Selepas balik dari kenduri sepatutnya Syah terus ke rumah Kak Lang Ella di Ampang coz we all nak saing sama ke rumah Mak Uda Syah kerana my cousin Ain hendak bertunang. Sya dan Mamat singgah ke Highland Towers yang runtuh tak silap Syah tahun 1993 yang mengorbankan banyak nyawa termasuk Carlos anak Mantan Perdana Menteri Malaysia, Musa Hitam. Mamat kata last week mereka ke tempat nie waktu malam dan temankan kawannya seorang photographer. Bila view semula gambar tu dalam laptopnya nampak satu objek luarbiasa seperti seorang perempuan berpakaian putih dan berambut panjang. Dulu ada kawan Mamat kes macam tu juga dan download gambar tu dalam FB dan sesuatu terjadi kepada mereka semua dan bila jumpa pengamal tradisional, orang tu minta delete gambar tu dari facebook dan bila didelete semuanya ok macam biasa semula. Mamat kata dia nak cuba download dalam Fb tapi tak boleh kerana kat rumah dia ada masalah broadband pula baru-baru nie. No Comment ............ Hanya kelihatan dikawasan ini adalah 2 buah block yang telah ditinggalkan dan di hadapan kondo nie ada sebuah rumah banglow yang telah dikosongkan dan sudah ditumbihi lalang disamping diconteng dengan berbagai-bagai tulisan dan gambar. Masa siang Mamat kata tak seram tapi bila datang malam memang meremang bulu roma.
Dari Highland Towers, Syah dan Mamat ke Ampang dan biasalah Ampang kan.... Jalan Jem sedikit. Sampai rumah Kak Lang Ella sudah hampir jam 14:00hrs. Syah sempat solat Zohor dahulu dan kemudiannya Kak Lang Ella tunjukkan akhbar Harian Metro keluaran hari ini 27.11.2010 dimana Syah jadi testimoni Jusmate 5. Malu lak rasanya dan Syah sempat bergurau dengan Kak Lang Ella dan kata Hemmmmmmmm........ Akulah orang pertama keluar surat khabar dalam family kita kan? Semua orang tergelak. Lepas solat Syah, Firdaus dan Ku Chik naik kereta Mamat untuk ke Sungai Jeluk, Kajang manakala Kak Lang Ella dan suaminya Azam naik kereta mereka. Azam kata kat kami hari ini dia jadi pasangan kekasih sebab berdua jer dalam kereta kerana anak-anaknya naik dengan kami.

Sampai di Sungai Jeluk, Kajang hampir jam 15:00hrs dan pihak rombongan lelaki belum sampai lagi. Selepas salam dan cium Mak Uda dan keluarga yang lainnya, Syah ambil gambar hantaran satu persatu. Selepas selesai kerja Syah dibawah, Syah naik ke bilik atas untuk berjumpa Ain dan ambil gambarnya sekali. Semasa nak turun kebawah rombongan sebelah pihak lelaki sampai. Tak bincang lama pun dan iannya dibuat ringkas sahaja. Selepas itu ibu bakal tunang Ain menyarungkan cincin dan diikuti dengan doa dan kemudiannya jamuan makan dan sesi photography. Ain akan berkahwin pada bulan Mac tahun depan. Tunangnya Miri, adalah orang Terengganu. Masa di Kajang, Razak sepupu Syah keluarkan Harian Metro dan tunjuk pada semua orang mengenai testimoni Justmate Syah. Segan lak rasanya ............... Hehehheheh


Sampai rumah Kak Lang Ella, Syah solat Asar. Selepas solat Syah call Muss dan tanya nak balik Kl Residence jam berapa dan katanya pukul 22:00hrs dan Syah kata lamanya lagi dan dia kata kul 19:00hrs lepas solat Maghrib. Muss dan Cd di Rumah Kak Ngah Faziah ditaman bersebelahan Rumah Kak Lang Ella jer. Sebelum Maghrib Syah jalan-jalan tengok-tengok rumah orang kat taman tu - tengok cara mereka renovate rumah, pagar dan lain-lain dengan KakLang Ella. Selepas solat Maghrib, Muss datang dan singgah sekejap dirumah Kak Lang Ella coz nak tengok si Hitam kucing Muss yang diberi kepada Kak Lang. Dulu Muss panggil Hafiz dan bila Kak Lang bela ditukar nama ke Hitam. Dari rumah Kak Lang kami ke Rumah baru Zul di Emeral Hill Condo, Bukit Indah, Ampang. Cantik Sangat condo dia macam resort pula Syah tengok. Zul sekeluarga jamu kami makan mee goreng, cekodok, roti jala, air bandung cincau dan keropok goreng. Mus, Cd, Zul dan anak-anaknya sempat ber Karaok lagi. Sebelum tu kami tour - round-round satu rumah, nengok-nengok rumah baru Zul yang telah di renovate. Mereka upah pekerja Indonesia dan kalau kontraktor lain buat mereka hendak Caj RM60,000 tetapi dengan pekerja Indonesia tu hanya RM35,000.00 sahaja. Memang kemas kerjanya Syah tengok dan mungkin Muss juga nak gunakan khidmat pekerja tu untuk renovate rumahnya next year approx bulan Mac 2010. Kata mereka dibawah rumah mereka tu rumah artis Hamidah Wahab. Hampir jam 23:00hrs kami bertolak balik ke KL Residence. Malam tadi Syah intai ditepi tingkap bilik Syah pokok yang Muss tanam tu ada orang sudah buang. Hari ini Syah tanya guard dia kata tak tahu dan tanya cleaner pun tak tahu. Tak per lah, mungkin adalah yang dengki tu. Biarkanlah. Mus macam marah jer katannya kalau nak tebang pun inforlah dulu...........

No comments: