Tuesday, October 26, 2010

Urtabam - 26.10.2010

Hari ini Syah dari Rawang Residence dan mungkin minggu ini Syah lebih banyak berada disini. Malam tadi balik tak nampak Bak dan Mak Cik , Syah ingatkan mereka keluar ke Pekan Rawang. Pagi tadi masa keluar kerja tak nampak kereta mereka, mungkin mereka tidur rumah Firdaus kot ? Perjalanan hari ini berjalan lancar dan Syah sampai office 08:15am. Dari rumah Syah pakai t-shirt sahaja dan tukar baju kerja di office kerana Syah sudah letak empat helai kemeja didalam bilik stor. Semalam Syah hantar baju Syah ke laundry di aras -1, Menara TM untuk digosok dan mereka caj RM1.50 sehelai dan Syah hantar empat helai baju untuk dipakai pada hari Selasa hingga Jumaat

Proses menyediakan Urtabam. Banyak lagi gambar-gambar mengenai proses menyediakan urtabam didalam Album di Facebook Syah @ Tengku Sahiyar Shaari Al-Haj

Malam tadi untuk dinner Syah makan Urtabam dan minum Less Sugar Soya Bean . Syah makan 2 pcs Urtabam sebab lapo giler kerana tidak mengambil makanan berat siang semalam. Urtabam nie adalah Tosei Cuma tosei nipis dan Urtabam nie tebal. 1st time makan benda nie Syah tak tahu namanya Urtabam, cuma datang idea dan tanya mamak jual roti canai yang saya hendak tosei tapi tak mau nipis, saya hendak tebal sedikit. Mamak tu informed benda tu namanya Urtabam dan semenjak tu lah Syah tahu pasal Urtabam nie dan meminatinya. Tak semua orang tahu pasal menu nie dan kadangkala bila Syah ke kedai Mamak dan minta benda nie mereka tersenyum jer sebab kaum India jer tau makanan nie. Hehehehhehe............ Syah selalu beli Urtabam di Restoran Al-Bidayah – Nasi Kandar Pulau Pinang, disebabkan sudah biasa dengan mereka Syah selalu minta supaya tidak letakkan minyak. Kedai makan nie terletak bersebelahan 7Eleven dipekan Rawang, tempat Syah menunggu bas untuk ke Rawang Residence di Taman Garing Utama.

Tapow Urtabam di Al-Bidayah dan Makan di Rawang Residence

No comments: