Thursday, October 21, 2010

Tuanku Zara rasmi pameran - 21.10.2010


Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim telah berkenan untuk merasmikan majlis pelancaran pameran Ribbon of life : Perak Heritage semalam 20.10.2010 bertempat di Garden Villa, Ipoh. Seramai lima pelukis tempatan dan seorang dari Filipina menyertai pameran ini iaitu Aminuddin Mohd Daud, Azizul Rabu, Mizral Abdul Manan, Shamsul Baharin, Dzulkarnain Daud dan Julbert Maranon. Pameran lukisan yang bertemakan Warisan Perak ini bertujuan mengutip dana untuk Persatuan Pink Champion Perak dan Breast Cancer Welfare Association. Hospital Pantai Ipoh dan Kumpulan Warisan Kinta merupakan penganjur bagi pameran ini. Marilah kita bersama-sama ke Garden Villa, Ipoh sambil memberi sumbangan dan membuat amal jariah bagi membantu mereka yang memerlukan.

No comments: