Monday, October 11, 2010

Tuanku Mizan Canselor UPNM - 11.10.2010

KDYMM Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan telah di masyhurkan sebagai Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam satu majlis sempena istiadat konvokesyen pertama UPNM semalam, 10.10.2010. Turut mengiringi baginda adalah Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Permasyhuran baginda telah dibacakan oleh Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi. Dalam istiadat ini,Tuanku Mizan telah berkenaan menerima cokmar UPNM yang berasaskan pedang Zulfikar iaitu salah satu pedang yang pernah digunakan oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Dalam masa yang sama YTM Datuk Seri Tunku Puteri Intan Shafinaz binti Sultan Abdul Halim (Sultan Kedah) dan Jeneral (B) Tan Sri Mohamed Ghazali Mohamed Seth telah dilantik sebagai Pro-Canselor UPNM. Setelah istiadat pemasyhuran selesai, Tuanku Mizan telah berkenan mengurniakan Ijazah Sarjana Muda kepada 148 graduan UPNM yang terdiri daripada 144 pegawai kadet dan empat pelajar awam.

No comments: