Monday, October 18, 2010

Sultan Muhamad V tarik balik pingat dan darjah kebesaran empat individu - 18.10.2010

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Aiseri Alias dalam satu sidang akhbar yang diadakan di pejabat beliau pada 13.10.2010 memaklumkan bahawa KDYMM Sultan Muhammad V telah menarik balik bintang dan darjah kebesaran kepada empat individu. Dalam kenyataannya, beliau memaklumkan bahawa penarikan ini adalah hak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang dilakukan menurut hemah dan budi bicara baginda sebagai Sultan Kelantan. Penarikan ini telah dimaklumkan kepada mereka yang terlibat dan kesemua individu ini dilarang untuk menggunakan sebarang gelaran dan kemudahan yang mereka nikmati semasa menggunakan gelaran tersebut sebelum ini.

Individu terlibat seperti gambar di atas mulai dari kiri adalah :-

  1. YB Dato Ibrahim Ali, Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (perkasa) dan juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan. Berumur 57 tahun. Ditarik Darjah Jiwa Mahkota Kelantan (DJMK) yang membawa geleran Datuk Paduka berkuatkuasa 13.10.2010.
  2. Datuk Wan Hashim Wan Daud, Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang telah bersara pada tahun 2001. Ditarik Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (SPSK) berkuatkuasa 13.10.2010.
  3. Tengku Mohamed Shafiei Tengku Ibrahim, seorang kerabat diraja kelantan berusia 65 tahun. Ditarik Darjah Seri Mahkota Kelantan (DSMK) berkuatkuasa 13.10.2010.
  4. Tengku Abu Bakar Tengku Mansor, seorang kerabat diraja kelantan dan juga merupakan seorang pegawai keselamatan istana kelantan. Ditarik Jaksa Pendamai (JP) dan pingat Bakti (PB) berkuatkuasa 30.09.2010.

Datuk Ibrahim Ali dalam kenyataan akhbarnya memaklumkan bahawa beliau tidak berasa kecewa atau kecil hati atas penarikan pingat dan darjah kebesaran negeri Kelantan yang dianugerahkan kepada beliau sebelum ini kerana beliau sendiri merupakankan salah seorang yang begitu komited memperjuangkan institusi raja sebagai satu asas perlembagaan negara.

Hari ini 18.10.2010 Datuk Ibrahim Ali dijadualkan akan menjalani pembedahan jantung di Hospital Pakar Ampang Puteri. Beliau dimasukkan ke Ampang Puteri pada hari Jumaat selepas menghadiri pembentangan bajet 2011 oleh PM yang amat kita kasihi, Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan parlimen. Walau bagaimanapun keadaan beliau dilaporkan stabil. Sebenarnya beliau sudah berasa tidak sihat semenjak tiga minggu kebelakangan ini dan sudah hampir 10 tahun beliau menghadapi masalah berhubung jantungnya. Bersama-samalah kita mendoakan agar Pengasas dan Priseden PERKASA yang memperjuangkan dan mempertahankan hak-hak orang Melayu dari orang-orang bukan melayu ini dipanjangkan umur dan selamat menjalani pembedahan jantung. AMIN.

No comments: