Sunday, October 10, 2010

Sultan Kelantan Sembelih Lembu - 09.10.2010

Semalan 08.10.2010, Sultan Kelantan, KDYMM Sultan Muhammad ke-V telah berkenan mencemar duli menyembelih seekor lembu di Masjid Muhammadi, Kota Baharu, Kelantan. Baginda berangkat tiba dimasjid berkenaan jam 11:00 pagi. Daging sembelihan akan diagih-agihkan kepada golongan miskin sekitar Kota Baharu. Sebelum ini Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad menyatakan bahawa Sultan Muhamad ke-V akan mengagihkan daging kepada fakir miskin seluruh kelantan yang melibatkan 99 ekor lembu sempena keputeraan baginda ke 41 pada 06.10.2010 lepas. Ini adalah permulaan daripada 99 ekor lembu berkenaan. Shukur Alhamdulillah atas kemurahan hati Tuanku Sultan kepada rakyat miskin dan tidak berkemampuan di Kelantan. Semuga Allah melanjutkan usia Tuanku Sultan Muhammad ke-V disamping dapat memerintah Kelantan dengan aman dan makmur. AMIN.

No comments: