Friday, October 22, 2010

Solat Jumaat - 22.10.2010

Hari ini Syah solat Jumaat di Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur kerana sudah lama Syah tak solat disini, rindu pula rasanya. Tajuk khutbah Jumaat kali ini adalah RAAKYAT DIDAHULUKAN dan telah disampaikan oleh Imam Solat Jumaat hari ini iaitu Ustaz Amru Al Haz bin Adnan.
Dari office Syah turun di LRT Central Market dan jalan kaki ke Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur dan terus menuju ke Masjid Negara. Sebelum masuk ke Masjid, Syah beli kacang rebus dan minum air soya panas. Syah sempat meluangkan masa hampir 30 minit melawat Makam Pahlawan yang terletak dalam kawasan Masjid Negara sambil sedekahkan Al-Fatihah untuk almarhum/almarhumah yang pernah berjasa kepada bangsa dan negara kita. Selepas solat Syah beli Mixed Penut, Air Soya Panas dan Coconut Jelly. Masa nak menuju ke Stesyen LRT Central Market hari sudah mula nak hujan dan nasib baik tak hujan kalau tidak habis lencun dibuatnya. Sampai jer LRT Station hari sudah hujan.

No comments: