Sunday, October 3, 2010

Dinner - 03.10.2010

Petang tadi Syah jalan kaki dari KL Residence ke Pasar Malam Batu 16, Gombak. Saja jalan-jalan kat situ coz dah bertahun tak menjenguk pasar malam nie dan selain daripada tu kira exerciselah. Hehehhehehe............ Sudah berubah tempatnya dan peniaga tidak seperti dahulu ramai. Actually nak makan laksa tapi tak ada gerai yang sediakan tempat makan. Syah beli kuih jer. Dari pasar malam Syah ke Medan Idaman dan singgah di Restoren Nasi Kandar Deen dan makan Mee Goreng Mamak dan Barli Panas. Lepas makan terus jalan kaki balik semula ke KL Residence dan tiba KL Residence sudah masuk waktu solat Maghrib. Sebelum buat entry nie Syah makan nasi impit dan serunding daging kemudian ambil green tea.

No comments: