Thursday, October 21, 2010

Pameran Kesihatan TM - 21.10.2010

Ditempat kerja Syah hari ini dan esok diadakan pameran yang diberi nama Love Your Body, For Life ........ Ada talk mengenai kesihatan juga dan pemeriksaan kesihatan percuma disamping jualan ubat-ubatan dan makanan berkhasiat. So kepada anda diluar sana marilah datang beramai-ramai ke Aras -1, Menara TM, Jalan Pantai Baharu untuk menikmati pemeriksaan tulang, darah dan gula secara percuma disamping membeli suppliment dengan kadar diskaun yang hebat, begitu juga dengan makanan dan minuman berkhasiat. Untuk ke Menara TM anda boleh menaiki LRT Putra dan turun di Stesyen Kerinchi. Menara TM betul-betul berhadapan stesyen berkenaan dan jalan kaki sahaja sudah sampai. Apa lagi Jom Semua.


Syah buat pemeriksaan darah dan dalam masa 1 minggu lagi dapat result dia. Selain daripada itu buat bone scan dan blood presure. Semua normal kecuali mereka kata Syah overweight iaitu kurang 4kg dari berat sepatutnya. Member-member kata kat Syah jangan nak diet lagi sebab memang dah kurus dan elok badan macam sekarang. Selepas tu Syah buat pemeriksaan toksin dalam badan melalui gambar mata Syah dan mereka inform dalam badan Syah banyak toksin terutamanya dibahagia usus besar dan badan serta ada kolestrol juga. Hasil daripada penerangan mereka Syah beli suppliment untuk buang toksin dalam badan dan masalah sembelit Syah iaitu EnerFlex Procardo, ianya merupakan premixed soybean with dieatry fibre. Dapat potongan harga 20%, RM64.00 dan harga asal RM80++ tak silap Syah. Didalamnya ada 15 sachets dan Syah akan minum waktu pagi. Iannya perlu menggunakan air suam dan tidak boleh menggunakan air panas kerana khasiatnya akan hilang dan jika menggunakan air sejuk iannya tidak akan larut. Syah beli bukan kerana terpengaruh dengan mereka tetapi hasil daripada pemeriksaan gambar mata Syah yang mereka ambil dan sakit-sakit yang diberitahu pada Syah memang ada betulnya tu yang beli suppliment tu, tak salah mencuba untuk kesihatan kita juga.
Lepas tu Syah beli biskut fibre (serat tinggi) IKO. Mereka offer Almond Oatmeal Crackers (20's), Muesli Oatmeal Crackers (20's) dengan harga RM15.00 dan dapat percuma beg kain, i pax foc crackers, Oat Crackers With 3 Seeds dan pass masuk Yoga Class di Celebrity Fitness untuk 14 hari secara percuma.

No comments: