Wednesday, October 6, 2010

Pakatan larikan DYMM Sultan Ismail Petra - 06.10.2010

Heboh dan kecoh di negeri Cik Siti Wang Kembang semalam gara-gara SMS yang memberi amaran bahawa ada pakatan jahat untuk melarikan Mantan Sultan Kelantan DYMM Sultan Ismail Petra ke Thailand melalui jalan darat. SMS itu telah diterima oleh Leftanan Kolnel Zahari Bakri pada jam 09:21am, 21.09.2010 lepas daripada individu yang tidak dikenalpasti identitinya. Baru semalam Zahari yang ditemani oleh salah seorang kakitangan Istana Mahkota membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian jam 10:50am.

Leftanan Kolnel Zahari Bakri - gambar diambil dari Kosmo


Petikan SMS berkenaan :-
  • salam, mohon kawalan ketat dan rapi disempadan (Kelantan-Thailand) ini kerana maklumat yang diperolehi ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand, minta dikeluarkan serta-merta arahan ini kepada semua yang bertugas di sempadan untuk bersiap sedia untuk menyekat niat jahat ini, marilah kita berdoa semuga Sultan Ismail Petra selamat dari golongan yang zalim. Please take nec action. Apa yang mungkin berlaku mereka ini akan menjadikan kem tentera sebagai tempat untuk berlindung. Elakkan daripada perkara ini berlaku atau di tuduh bersubahat.

Pada 04.10.2010 lalu Zahari ada terbaca mengenai perkara yang sama didalam sebuah laman blog the kelantan insider bertajuk posting 45: Sultan Ismail Petra akan dibawa lari ke Thailand. Sila click link dibawah untuk melihat entry berkenaan.

http://thekelantaninsider.blogspot.com/2010/10/posting-45-sultan-ismail-petra-akan.html

Sehubungan dengan itu beliau telah membuat keputusan untuk membuat laporan polis berhubung sms yang diterima oleh beliau supaya pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci kerana perkara seperti ini akan menjejaskan nama baik institusi diraja Kelantan dan menimbulkan kekeliruan/kemusykilan di kalangan masyarakat.

No comments: