Sunday, October 10, 2010

Nenek Askanah Meninggal Dunia - 10.10.2010

Al-fatihah Buat Nenek Angkat Syah, Nenek Askanah yang telah kembali ke Rahmatullah pada Pagi Jumaat bersamaan 08.10.2010 lebih kurang jam tujuh lebih. Allahyarhamah menghembuskan nafas kerana sakit tua dihadapan anak-anaknya dirumah Allahyarhamah di Pontian, Johor. Rumah Allahyarhamah betul-betul dihadapan Hospital Pontian. Semenjak puasa lepas Allahyarhamah sudah mula tidak mahu makan. Allahyarhamah berusia dalam lingkungan 85 tahun sebaya dengan Tun Dr Mahathir. Allahyarhamah memang rapat dengan Syah dan anggap Syah macam cucunya sendiri. Last Syah jumpa dia tahun lepas sewaktu dia datang ke Rumah anaknya, Kak Cik di Rawang. Syah tak sempat hendak ke Pontian cuma bank in kan RM100.00 untuk buat kenduri Allahyarhamah Nenek melalui cucunya Erin. Syah juga sedekahkan Al-Fatihah selepas solat untuk Allahyarhamah Nenek Askanah. Itu sahaja yang Syah mampu lakukan.
  • Marilah kita bersama-sma sedikahkan pahala Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Nenek Askanah. Alfatihah............... semuga roh Allahyarhamah Nenek Askanah di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan soleh. AMIN.

Teringat Syah, kalau Syah melawat Allahyarhamah di Pontian, Pagi lagi dia sudah kejutkan Syah untuk solat subuh dan dia akan memasak dan Syah kena makan apa yang dia masak, itu mesti. Hehehehe. Dan kadangkala dia suruh Syah belikan di surat khabar kerana nenek memang suka baca suratkhabar sebab tu dia tahu perkembangan dunia dan kadangkala soalan yang dia tanya Syah tak boleh jawap. Sampai sekarang Syah teringat petua yang dia bagi bagaimana nak buat nasi nasi lemak boleh elok dari pagi sampai malam. Rahsia tue ................. Dulu nenek pernah meniaga nasi lemak dan semenjak dia sudah berumur gerai depan rumahnya telah disewakan untuk buat restoran menyediakan makanan seperti ketupat, rendang dan macam-macam ada. Sampaikan orang Singapurapun datang makan di restoran tu sebab tak payah nak tunggu raya untuk menikmatnya - tiap-tiap hari ada. Nenek juga suka tanya Syah bila nak kahwin dan selalu cakap jika Erin kahwin mesti kopun akan Kahwin juga Syah, katanya.

Nenek-Nenek, Nampaknya tak sempat Syah nak jumpa dan cium Nenek macam biasa, tapi itu tak bermakna Syah tak ingatkan Nenek dan Syah akan sentiasa mendoakan Nenek disana dan itu lebih bermakna dari melihat Nenek yang tidak bernyawa lagi. Mungkin Nenek tak tahu yang Syah dan Erin dah tak rapat macam dulu lagi tapi Syah tak mahu beritahu Nenek masa Nenek hidup takut Nenek sedih. Sebab itu Syah tak ikut dia balik pagi Jumaat tu dan dia tak sebutpun pasal nak ajak Syah kesana cuma dia maklumkan Nenek sudah tiada. Syah tak ambil hatipun sebab kita orang memang sudah jauh sekarang, tapi ada juga berjumpa dan berhubung melalui telefon sekali sekala. Tapi Dia ada inform kalau ajak Syahpun takut Syah tak selesa kerana ramai orang dan mereka stay lama di Pontian dan akan balik hari Ahad. Semuga Nenek Aman dan Damai disana. AL-FATIHAH.

No comments: