Wednesday, October 13, 2010

Nak Kesianpun Ada - 13,10.2010

Syah keluar office lebih kurang 06:30pm. Bila naik LRT dah tak ada tempat kosong dan berdiri. Bila tiba di Stesyen Jamek ada orang bangun dan Syah duduk. Macam biasa Syah dengar lagu guna earphones. Tiba-tiba Syah perasaan macam orang sebelah bercakap sesuatu dengan Syah. Bila Syah buka earphones rupa-rupanya perempuan dalam gambar tu kata
  • Abang boleh tolong saya tak, saya baru lepas kena ragut dan mereka belasah saya sambil menangis teresak-esak.

Dalam hati Syah ini tektik lama minta sedekah nie atau nak pau orang tapi dalam masa yang sama Syah terfikir juga kalau betul dia kena ragut kesian pula. Lalu Syah buka magic wallet Syah tapi ada RM10 dan RM50 jer. Syah buka purse dan ambil RM5 (RM1 x 5) dan beri pada perempuan tuh. Dia ambil sambil menangis. Syah tengok muka dia tak cederapun cuma baju belakangnya ada kesan lumpur. Jeling juga tangan dan kaki dia tak ada bengkak atau lebam mahupun luka. Tak silap Syah di turun di Stesyen LRT Jelatik. Kalau betul dia diragut memang kesian dengan perempuan nie Tapi kalau dia tipu itu memang rezeki dia lah.


No comments: