Tuesday, October 5, 2010

Makan Malam @ Azrin Residence - 05.10.2010

Syah sempat berposing di Taman Mini Kak Cik

Malam ini Syah dinner di Azrin Residence. Syah sampai rumah hampir jam 08:30pm. Macam biasa panaskan AEL dan Syah ke kedai runcit semula kerana waktu turun bas tadi Syah beli roti dan tuna tapi Syah tertinggal barang tu di kedai. Pekerja tu senyum jer tengok Syah. Lepas Syah solat, Azrin call katanya baru bangun tidur dan dia hendak mandi, bila makanan dah siap dia call. Sementara tunggu tu Syah mamam 2 keping roti + tuna. Hampir jam 09:30pm baru Azrin call suruh datang makan.
Inilah dia nasi ayam yang dimasak oleh Arep. Ayamnya dia bakar bukan goreng. Ok lah SEDAP Sangat. Arep juga buat kek untuk Azrin sempena birthdaynya. Lepas makan Syah lepak sekejap dengan Bak dan Kak Cik, Arep serta Azrin. Tak lama lepas tu Syah minta diri untuk balik ke Rawang Residence dan minta Azrin tunggu depan rumah dia coz Syah terlupa bawa hadiah birthday dia. Jarak rumah Syah dengan Azrin cuma tujuh buah rumah sahaja. Actually Syah beri dia RM120.00 untuk beli baju di Zara coz Syah tak tahu nak belikan dia design apa coz dia nie cerewet skit pasal pakaian jadi lebih baik bagi dia duit dan dia pilih sendiri. Sebelum Syah balikAzrin sempat tunjukkan kereta baru Bak menggantikan kereta Iswara Aerobik lamanya. Bak beli Kereta Proton Saga BLM Special Edision 1.3 warna merah. By the way Bak tu Ayah Azrin dan sudah pencen.

No comments: