Wednesday, October 27, 2010

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Peringkat Persekutuaan - 27.10.2010

Semalam Selasa, 26.10.2010 Yang Di-Pertuan Agong Malaysia XIII, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan mencemar duli mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat peringkat Persekutuan dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat di Istana Negara. Seramai 268 orang individu telah menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat dalam istiadat pada kali ini yang telah diadakan di Balairong Seri Istana Negara bermula lebih kurang jam 10:00am dan berakhir jam 11:00am. Tahniah Syah ucapkan kepada semua penerima.
Tuanku Mizan mengurniakan Pingat Kesatria Mangku Negara kepada Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, En Irmohizam Ibrahim - gambar diambil dari bernama.

No comments: